Wabak maut Covid-19 yang melanda negara kita menyebabkan ramai yang terjejas pendapatan terutama apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlarutan hampir dua bulan. Namun, situasi itu langsung tidak melemahkan semangat pelakon yang popular menerusi drama Mr Grey, Fendy Bakry untuk mencari rezeki biarpun di saat sukar ini. Akuinya, ada hikmahnya apabila dia tidak dapat berniaga kurta di musim penularan pandemik berkenaan. Lantaran itu, anak kelahiran Beseri, Perlis itu memberi sepenuh tumpuan terhadap kedai makannya, Bhenang Kitchen di Kampung Baru sejak PKP dikuatkuasakan 18 Mac lalu. "Saya berniaga kurta di bawah nama Bhenang, tahun lalu. Saya terfikir mahu meneruskan perniagaan sama dan meneroka sektor baru. "Akhirnya, timbul idea Bhenang Kitchen untuk berniaga makanan. Ada hikmah juga tak berniaga kurta dengan keadaan penularan wabak COVID-19 belum berakhir. Saya kekalkan nama dan pasukan yang sama. "Saya kena fikir untuk mencari sumber pendapatan lain demi survival selepas penggambaran diberhentikan akibat pandemik COVID-19," katanya kepada BH Online.
|
fliphair8 replied at 6-5-2020 11:11 AM
From pic nampak sedap....ghupe ko pun mmg ghupe niaga kuey teow...teruskan...ujung2 lagi masyuk dari ...
Orix replied at 6-5-2020 09:26 AM
nampak sedap. presentation wayyy better dari ex tunang zara zya tu spe tah nm
ADVERTISEMENT