Menerusi video yang tular di laman sosial, seorang penunggang motosikal dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan menunggang motosikalnya dengan laju ketika kenderaan dari arah kirinya sedang bergerak. Loading FB Post... Selepas melambung akibat merempuh Perodua Alza, penunggang berkenaan tiba-tiba berdiri dan terus membuka langkah silat. Memang rare!
Lelaki itu kemudian memegang kakinya bagi menahan kesakitan sebelum membuka langkah silat sekali lagi di tepi laluan berkenaan. Dalam video itu, kelihatan dua penunggang motosikal lain kemudian berhenti dan membantu mangsa. Menjengah ruang komen rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi berbeza terhadap insiden berkenaan. Bukan selalu dapat lihat orang bersilat selepas terbabit kemalangan. Apapun, langgar lampu itu adalah satu kesalahan jalan raya yang serius. Jangan buat, okey! - CARI
|
Kurex replied at 8-1-2020 10:29 AM
kalau pergi memang kurex banyak kali nampak motor hampir2 nak kena langgar sebab langgar lampu isya ...
Mfzg89 replied at 8-1-2020 10:33 AM
kurex tukar r dp ko..jijik r tengok jantan jelir lidah ..
Fly_over: berani gila heols langgar lampu isyarat gitu mse jln 1 lg dh byk kenderaan lalu. cari penyakit.
sarung replied at 8-1-2020 11:03 AM
Nak try ilmu silat dia lah
ADVERTISEMENT