CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir Dikapak Suami Kerana Tak Beli Kereta Idaman

26-3-2019 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8046| Komen: 68

Seorang lelaki mengugut isterinya dengan kapak hanya kerana tidak dapat membelikannya kereta idaman selepas gagal mendapatkan pinjaman bank.


Gambar Hiasan


Berita Harian melaporkan, dalam kejadian di Kampung Sapagaya Hilir, Lahad Datu, jam 6 petang pada Khamis lalu itu, suspek turut menampar isterinya dan mengugut akan membakar rumah mereka.

Kejadian berpunca apabila suspek dikatakan hilang sabar selepas mangsa, 45, memaklumkannya dia tidak dapat membelikan kereta idaman suaminya itu kerana pinjaman bank tidak diluluskan.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya dilaporkan mangsa tengah hari semalam sebelum suspek ditahan di rumah keluarga berkenaan.

“Mengikut laporan, kejadian berlaku ketika mangsa yang baru pulang dari mengambil anak di sekolah. Suspek dikatakan bertanyakan mengenai urusan pembelian kereta yang diidamkan.

“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan dia tidak mampu menunaikan permintaan suaminya itu ekoran sudah melebihi had kelayakan pinjaman,” kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor.

Berang hajatnya tidak kesampaian, suspek menampar pipi mangsa sebelum mengambil kapak dan mengugut akan memotong mangsa serta membakar rumah mereka.

Mangsa yang ketakutan melarikan diri ke rumah keluarganya sebelum membuat laporan polis.

Hasil ujian mendapati suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. - CARI
6

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 26-3-2019 05:59 PM
Asalkan berlakiii.. biawak pun tak pe
Quote prettyuglybabe 26-3-2019 06:04 PM
mesti bini keje gomen ni
Quote Buritan 26-3-2019 06:11 PM
prettyuglybabe replied at 26-3-2019 06:04 PM
mesti bini keje gomen ni

Cam member aku.. pinjam duit sampai maksimum.. dia kata laki nak buat rumah.. aku tengok tiang pun tadak.. inikan rumah.. hmm kesian pompuan bodo
Quote adm7 26-3-2019 06:11 PM
Sorry. kereta apa ye? Myvi hibeam ke?
Quote batu kikir 26-3-2019 06:16 PM
Wahai pompuan....... cukup2 lah jadi bodo.
Dah lah kerja, ambil anak..... lepas tu suruh beli keta idaman. Rumahpun bini yg beli itu sebab tu nak bakar rumah..... sebab buksn dia yg beli
Quote TOPwind 26-3-2019 06:38 PM
habis tu jika tak kawin ustaz marah lgi pun mna \nak cari yg halal.
Quote GigaMom 26-3-2019 06:41 PM
Kenalan2 aku yg bperangai bgini
Mmg x lah nk nasihat dh
Otak mereka2 ni dh sewel semcm di tune laki bewok
So let them live a life like they want gituh ja laa
Quote matchstick 26-3-2019 06:44 PM
Apa lah malang naseb ko kak...
Quote nobito 26-3-2019 06:45 PM
GigaMom replied at 26-3-2019 06:41 PM
Kenalan2 aku yg bperangai bgini
Mmg x lah nk nasihat dh
Otak mereka2 ni dh sewel semcm di tune lak ...

hasil didikan suami yg sempurna
Quote paiayam 26-3-2019 06:50 PM
Tak guna punya suami. Dahlah mintak bini apply loan, loan x lulus kau nak kapak bini. Gila
Quote onexox97 26-3-2019 06:58 PM
Buduh LA jantan Gini keje LA. Beli sendiri kereta tu
Quote shida81 26-3-2019 07:07 PM
Ak x paham knp zaman skang ramai pompuan yg Bodo...
Quote giyomi 26-3-2019 07:14 PM
y lar masih bodo dl zaman ni...ni mesti dak kampung yg berpegang teguh surga di tapak kaki suami wlpon dia penagih. sah2 lepas sebulan dua dia cari len atau jual kereta tuk beli dadah
Quote jazaa100 26-3-2019 07:15 PM
Mcm kawan aku....

Laki nk keta besor....dia buat Loan, lulus....car dealer suruh dtg sign document..sampai kat sana, dia pikir & pikir pastu ckp kat car dealer tu blh tak dia pikir dulu, car dealer tu pun mcm suka je, kata tak pe....tak kisah, pikir dulu....laki dia dah tarik muka mcm babi kena panggang....

Pastu gaduh gaduh....laki ugut klu tak belikn dia keta tu, dia kwin lg satu....dia tak beli pun...3bln pastu laki dia kwin dgn org siam....

Selamat dia....
Quote jazaa100 26-3-2019 07:18 PM
adm7 replied at 26-3-2019 06:11 PM
Sorry. kereta apa ye? Myvi hibeam ke?

Takkn le myvi keta idaman laki dia....

Myvi tu keta bbnu....
Quote cupu 26-3-2019 07:24 PM
Edited by cupu at 26-3-2019 07:26 PM

Nasib la laki aku tak mcm ni...btahun kawen pya la susah aku nk beli kete sendiri..dia ckp pakai yg ada je.sbb dia dh ada dua...dan masih elok sbb dia byk naik motor..skali aku bkenan satu no plat sabah sbb mcm nm aku,aku beli no tu..dkt setahun jg aku simpan no tu sblm dpt pakai

Come on ladies...zmn skrg bkn zaman nk kn tunduk je..klu jns laki xbetul tu,jgn diikut sgt..xde pasal nk jd muflis.
Quote GigaMom 26-3-2019 07:58 PM
jazaa100 replied at 26-3-2019 07:15 PM
Mcm kawan aku....

Laki nk keta besor....dia buat Loan, lulus....car dealer suruh dtg sign documen ...

Dh cerai blm
Jantan miskin merempat loan sdiri x layak, gatal merenyam pula nk ugut2 kawin lain, selayaknya ditalak 3 kan

Jantan kalau dh ugut2 nak kawin lain mmg x respek kat bini dah
Quote ninja boy 26-3-2019 08:03 PM
Marah betul korang
Apalagi janda2 patut ada kelab gengster sendiri
Quote jazaa100 26-3-2019 08:03 PM
GigaMom replied at 26-3-2019 07:58 PM
Dh cerai blm
Jantan miskin merempat loan sdiri x layak, gatal merenyam pula nk ugut2 kawin lain,  ...

Cerai lah....

Bini dia skrg kaya raya...dah x payah bela bewak....bela ank je 3org

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.098114 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top