Zayn Malik mengejutkan peminatnya Sabtu lalu apabila meminta maaf kerana menjadi 'seorang yang teruk' dalam satu status Twitternya yang kini sudah dipadamkan. Penyanyi berusia 26 tahun itu kemudiannya mengeluarkan kenyataan mengenai kesihatan mentalnya bagi meredakan kebimbangan peminatnya.
Mantan ahli kumpulan One Direction (1D) itu berkata dia berada dalam keadaan gembira walaupun tidak selalunya. Menerangkan bahawa kadang-kadang dia meluahkan rasa marah di media sosial, Zayn berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya. 'Saya gembira, walaupun tidak setiap hari dan terima kasih kerana kamu semua memahami saya' kata penyanyi lagi Pillow Talk itu. Sebelumnya, status Twitter itu mencemaskan peminatnya dan diulang-kicau lebih 14 ribu kali.
Ramai berpendapat rasa marah Zayn itu berikutan temu bual seorang lagi mantan 1D, Louis Tomlinson yang berkata hubungannya dengan Zayn tidak baik sejak 2015. Louis juga berkata dia berasa sedih apabila Zayn tidak menghadiri persembahan khasnya di X-Factor pada 2016, sejurus selepas kematian ibunya, Johannah Deakin. 'Saya bertelefon dengan semua rakan 1D sebelum persembahan tribute kepada kematian ibu saya dan menjemput mereka semua datang termasuk Zayn, tetapi beliau tidak muncul walaupun sudah berjanji' kata Louis lagi. 'Saya faham, saya harap Zayn OK' tambah Louis dalam temu bualnya. Temu bual itu kembali dibincangkan apabila adik perempuan Luois pula meninggal dunia baru-baru ini. Sebelum ini, Zayn juga menghadapi masalah peribadi termasuk mengalami kemurungan dan perpisahan dengan teman wanitanya, supermodel Gigi Hadid. Zayn juga sedang sibuk menyiapakan album terbarunya. Nampaknya, Zayn akan terus menjadi kambing hitam dalam 1D, mungkinkah kerana beliau adalah punca perpecahan kumpulan tersebut? - CARI
|
2
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sang_Pencinta replied at 26-3-2019 12:33 PM
Dia pun dah senyap selepas keluar Islam hari tu
Tunggu album baru kot
hyie replied at 5-4-2019 05:06 AM
so heshe skang penganut agama apa sisthur?
kualibesi replied at 13-8-2019 11:01 AM
da free thinker kot. xde agama apa2 dh. syg nyeeee
Jeanspurple replied at 14-8-2019 10:19 PM
Rasanya dia become atheist skrg.
Mungkin pada dia lbh baik since dia pun dah tak jalani hidup as ...
ADVERTISEMENT