CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4712|Reply: 13

'Saya Mohon Maaf Kerana Menjadi Seorang Yang Teruk' - Zayn Malik

[Copy link]
Post time 26-3-2019 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Zayn Malik mengejutkan peminatnya Sabtu lalu apabila meminta maaf kerana menjadi 'seorang yang teruk' dalam satu status Twitternya yang kini sudah dipadamkan.


Penyanyi berusia 26 tahun itu kemudiannya mengeluarkan kenyataan mengenai kesihatan mentalnya bagi meredakan kebimbangan peminatnya.


Mantan ahli kumpulan One Direction (1D) itu berkata dia berada dalam keadaan gembira walaupun tidak selalunya.


Menerangkan bahawa kadang-kadang dia meluahkan rasa marah di media sosial, Zayn berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.





Kredit foto: Twitter





'Saya gembira, walaupun tidak setiap hari dan terima kasih kerana kamu semua memahami saya' kata penyanyi lagi Pillow Talk itu.


Sebelumnya, status Twitter itu mencemaskan peminatnya dan diulang-kicau lebih 14 ribu kali.







Kredit foto: Twitter





Ramai berpendapat rasa marah Zayn itu berikutan temu bual seorang lagi mantan 1D, Louis Tomlinson yang berkata hubungannya dengan Zayn tidak baik sejak 2015.


Louis juga berkata dia berasa sedih apabila Zayn tidak menghadiri persembahan khasnya di X-Factor pada 2016, sejurus selepas kematian ibunya, Johannah Deakin.





Kredit foto: Twitter





'Saya bertelefon dengan semua rakan 1D sebelum persembahan tribute kepada kematian ibu saya dan menjemput mereka semua datang termasuk Zayn, tetapi beliau tidak muncul walaupun sudah berjanji' kata Louis lagi.


'Saya faham, saya harap Zayn OK' tambah Louis dalam temu bualnya. Temu bual itu kembali dibincangkan apabila adik perempuan Luois pula meninggal dunia baru-baru ini.





Kredit foto: Matt Baron





Sebelum ini, Zayn juga menghadapi masalah peribadi termasuk mengalami kemurungan dan perpisahan dengan teman wanitanya, supermodel Gigi Hadid. Zayn juga sedang sibuk menyiapakan album terbarunya.





Kredit foto: Getty Images





Nampaknya, Zayn akan terus menjadi kambing hitam dalam 1D, mungkinkah kerana beliau adalah punca perpecahan kumpulan tersebut? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2019 12:33 PM | Show all posts
Dia pun dah senyap selepas keluar Islam hari tu

Tunggu album baru kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:52 PM | Show all posts
rindu personality beliau dalam VC night changes
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Serabutnya tengok tattoo .. dgn serabainya.. apoo
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Smga hbgn zayn n louis akn baik kmbali..zouis is awesome
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 05:06 AM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 26-3-2019 12:33 PM
Dia pun dah senyap selepas keluar Islam hari tu

Tunggu album baru kot

so heshe skang penganut agama apa sisthur?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-4-2019 06:07 AM | Show all posts
hyie replied at 5-4-2019 05:06 AM
so heshe skang penganut agama apa sisthur?

He later told British Vogue in November 2018 that he would not call himself a Muslim anymore, and told that his parents accepted his adult decision to no longer identify with Islam.[141] He generally prefers not to discuss religious topics in public.[142]

Rasanya dia sekarang tak menganut apa2 agama
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 11:01 AM | Show all posts
da free thinker kot. xde agama apa2 dh. syg nyeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2019 10:19 PM | Show all posts
kualibesi replied at 13-8-2019 11:01 AM
da free thinker kot. xde agama apa2 dh. syg nyeeee

Rasanya dia become atheist skrg.
Mungkin pada dia lbh baik since dia pun dah tak jalani hidup as muslim lagi, dia rasa better dr hipokrit. Since Gigi pun kata dia half muslim (padahal it doesn't make her muslim pun kalau ayah dia muslim) dan tak pernah hidup as muslim.
Mungkin one day Zayn blk semula pada islam, rasanya dia nk live as muslim pun ssh since kerjaya dia dan lifestyle dia mcm tu skrg. one day.. doakan je dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu i minat gila dkt zayn ni.. tp since dia keluar islam and bertatoo ni i dh mls nk ambil tahu.. sama juga dgn justin biebier.. dulu tgh hot ada isu.. skrng terima la akibat
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu i minat gila dkt zayn ni.. tp since dia keluar islam and bertatoo ni i dh mls nk ambil tahu.. sama juga dgn justin biebier.. dulu tgh hot ada isu.. skrng terima la akibat
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 02:27 PM | Show all posts
Jeanspurple replied at 14-8-2019 10:19 PM
Rasanya dia become atheist skrg.
Mungkin pada dia lbh baik since dia pun dah tak jalani hidup as  ...

ye lah, he's more to barat. ssh nk adapt gaya hdp as muslim. unless mmg duk country muslim. tp sini punnn ramai jeeeeee hdp lebih pda barat
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaya hidup dia dah macam tu, kalau di identify dengan Islam, memang tak sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 09:57 PM | Show all posts
Dah murtad, bnyk tatts & plihara anjing. Lantak lh kat depa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.062935 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list