Gara-gara mencuri petai, lelaki yang juga penganggur direman empat hari selepas ditangkap petang semalam. Sinar Harian melaporkan, suspek berusia 20-an itu mencuri petai di kebun jiran sekampung di Kampung Lingai, Batu Rakit, Kuala Nerus jam 1.30 petang pada Mac lalu. Difahamkan, pengadu, 65, yang juga ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung berkenaan bersama pemilik kebun dan beberapa penduduk setempat bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan ada orang mencuri petai di kebun 'Haji Din'. Sebaik tiba, seorang lelaki dikenali dilihat melarikan diri dari lokasi berkenaan selepas menyedari kehadiran mereka. Sementara itu, menurut sumber, suspek yang kelam kabut ketika menyelamatkan diri daripada dicekup penduduk kampung tidak sempat mengambil motornya. "Suspek meninggalkan motosikal jenis Honda Wave berwarna biru dan beberapa papan petai di dalam bakul motor berkenaan," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. - CARI
|
9
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nanny_1 replied at 13-3-2019 03:11 PM
mentang-mentang la mengadu ahli jawatankuasa komuniti apa jadah
laju je ko tangkap kan
cuma mente ...
MMlava replied at 13-3-2019 03:08 PM
susah sangat ke rakyat sekarang sampai petai pun terpaksa curi buat makan sekeluarga????
CharlesDera replied at 13-3-2019 04:00 PM
bukan kerajaan pakatan haramjada banyak bantu rakyat ka...wakakakakakkakaka
chinta89 replied at 13-3-2019 03:57 PM
menteri kan.. sapa berani.
MMlava replied at 13-3-2019 03:08 PM
susah sangat ke rakyat sekarang sampai petai pun terpaksa curi buat makan sekeluarga????
msdummy.2018 replied at 13-3-2019 04:11 PM
Sb petai seikat berhrga rm10seikat.. Ada 3-4 papan jer.. Kalo mata dia kecil lagi xrasa apa.... Pe ...
ADVERTISEMENT