Setiap negara ada budaya dan tradisi turun- termurun yang masih lagi diamalkan meski pun dalam kehidupan moden. Keunikan tradisi lama meski pun agak pelik namun tetap menjadi daya tarikan kepada generasi muda untuk mencubanya. Di Jepun, ada satu tradisi perayaan pelik yang disambut setiap tahun. Perayaan ini dikenali sebagai Saidaiji Eyo, yang juga dikenali sebagai Hadaka Matsuri yang bermaksud festival telanjang. Ia biasanya disambut pada masa yang sama seperti Tahun Baru Imlek. Baru-baru ini BBC melaporkan berita tentang tradisi Saidaiji Eyo yang begitu menarik perhatian. Bayangkan beribu-ribu lelaki berada dalam keadaan separuh bogel dengan hanya berpakaian 'loincloth' (pakaian yang biasa dipakai oleh ahli sumo) untuk mencari sebatang kayu sepajang 20 cm yang dipanggil Shingi.
Lelaki yang berjaya mendapatkan Shingi tersebut akan digelar sebagai Fukuotoko yang bermaksud lelaki beruntung. Menurut kepercayaan mereka, lelaki beruntung itu akan menerima kesihatan dan kekayaan yang hebat disepanjang tahun tersebut. Perayaan ini dipercayai telah wujud pada 510 tahun dahulu, dan sudah menjadi impian lelaki di sana untuk menjadi Fukuotoko. Pada sambutan tahun ini, kira-kira 10,000 telah terlibat menyertainya, termasuk juga pelancong asing. Perayaan unik ini telah diadakan di kuil Buddha Kinryozan Saidaiji di Okayama pada 16 Febuari lepas. Para peserta yang terlibat telah disucikan di dalam air terlebih dahulu sebelum berlumba mencari tongkat yang akan dicampak ke arah orang ramai. Mereka berendam di sungai Yoshii, kemudian pada pukul 10 malam lampu dimatikan. Sami kuil yang berdiri ditingkap setinggi 4 meter akan melemparkan Shingi itu ke arah orang ramai. Pertarungan merebut Shingi itu telah berlangsung lebih kurang dua jam. Saidaiji ini bukan sahaja merupakan festival kesuburan yang dianggap membawa hasil yang baik pada sepanjang tahun, malah ia juga satu perayaan yang menyeronokkan dan menjadi satu tarikan kepada pelancong luar untuk hadir sendiri melihatnya. -CARI |
14
Bagus |
18
Marah |
7
Terkejut |
15
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT