CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bumi Bukan Flat! Lelaki Ini Guna Go Pro Dan Sebiji Belon Untuk Menjelajah Angkasa

28-2-2019 12:20 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 3654| Komen: 12|Original author: Oleh: intan

Description: Menakjubkan,lelaki ini hanya perlukan sebuah Go Pro dan sebiji belon untuk menjelajah angkasa!
Baru - baru ini kecoh perbalahan mengenai golongan yang mempercayai bahawa bumi itu sebenarnya rata dan bukannya berbentuk sfera. Macam - macam jenis teori dikemukakan oleh golongan flat - earth ini malah sehingga kini, masih berlangsung perbalahan ini terutamanya di media sosial.

Walau bagaimanapun, lelaki bernama Stuart Shippee ini mungkin boleh membuatkan golongan flat - earth berfikir sejenak. Walaupun video ini telah lama dan pernah tular pada tahun 2015, apa salahnya jika kita tunjuk video ini untuk 'acik-acik' flat earth. Ha rasakan flat earthers!

Stuart Shippee bersama belon gergasinya
Idea untuk menggunakan belon dan Go pro tersebut tercetus apabila Stuart ingin melihat keadaan bumi dari angkasa. Untuk menjadi angkasawan mungkin terlalu lama untuk layak, jadi dia melaksanakan misi tersebut. Lelaki tersebut hanya bermodalkan belon gergasi dan sebuah Go Pro untuk merakamkan perjalan ke angkasa tersebut.


Menurutnya, Go Pro tersebut diikat bersama belon tersebut dan dilepaskan di udara, dan untuk perjalanan pulang, Go Pro tersebut telah dilengkapi dengan payung terjun supaya tidak hancur apabila belon itu pecah dan jatuh ke bumi. Untuk lokasi setelah mendarat, kamera tersebut telah dilengkapi dengan GPS supaya lokasinya dapat dikesan dan boleh dibawa pulang. Isyarat GPS tersebut akan di 'refresh' setiap 5 minit, jadi tidaklah sukar untuk dikesan lokasinya kecuali kamera tersebut jatuh ke dalam laut.

Ketika ditanya kenapa Stuart melakukan aktiviti ini, dia mengatakan bahawa dia mempunyai lebih masa terluang, dan menjadikannya sebagai hobi yang dapat dikongsi kepada orang ramai. Stuart belum lagi mencuba untuk menerokai angkasa dan itu salah satu usahanya dalam mengabadikan pengalaman baru untuk dirinya serta orang ramai.

Jom kita lihat video Stuart di Youtube yang menggunakan nama BloonStu menjelajah angkasa menggunakan Go Pro dan sebiji belon. 


Video ini telah tular pada tahun 2015 dan telah mendapat tontonan hampir 5 juta penonton di laman sesawang Youtube. Sebelum itu, ada juga yang cuba membuat perkara yang sama pada tahun 2013, tetapi Go Pro tersebut tidak dapat dikesan dan akhirnya ditemui  oleh pendaki di Gunung Canyon. Footage sepanjang penjelajahan juga dapat dikesan dan dipaparkan kepada umum.

Footage yang dapat dilihat setelah kamera GoPro milik 5 pelajar tersebut dijumpai.

Ada sesiapa boleh tunjuk video ini kepada golongan flat earth? Sangatlah dialu - alukan. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Spicymami 28-2-2019 12:44 PM
I tak pedulik pasal planet ni bentuk apa cuma bukan ke kalo guna go pro lense, hasil rakaman video akan jadi curvy / bulat  
Quote Catpaw 28-2-2019 01:16 PM
Dah ada kan thread ni
Quote zulka 28-2-2019 02:36 PM
lantak la bulat ke flat ke leper ke...ada aku kisah
Quote msrosse 28-2-2019 04:03 PM
Golongan flat earther ni .. ko bagilah bukti & vid cemana pun ... ianya ttp x akan mengubah pendirian mereka   apa ingt drg tak bkk google & utube ke?
Quote Beribear 28-2-2019 07:36 PM
Iolss kalau naik flight tengok kat luar tingkap pon nampak bumi ni sfera.. Lg2 kalau airport dorg dekat dgn laut. Mmg jelas nampak lengkungan. Boleh tengok kalau kalau gi jogja bila flight takleh mendarat lg.. Nti dia pusing2 nampak la bentuk bumi ni
Quote gigahertz 1-3-2019 12:27 AM
kenapa aku rasa macm seram semacam bila camera tu nak mendarat ?
Quote orgsepang 1-3-2019 11:50 AM
Buang masa je tunjuk pada orang degil macam sohai tu dek
Quote Artemesiaa 1-3-2019 11:57 AM
Thread ulangan asalnya dia nak tunjukan hanya guna gopro pun boleh rakam ruang angkasa
Quote najib888 1-3-2019 07:52 PM
Kah kah kah... dah pakai go pro dgn fish eye lense, pastu kata dah debunk FE.. pfggggghh..
berlambak kot video yg lagi sincere dari ni..  
Quote drivethru 1-3-2019 08:37 PM
Bulat ke, flat ke, anak sohai tetap x pegi sekolah. Aritu sohai cakap anak2 dia baca komen netizen. So bila anak dia nak bagitahu dah xnak jadi anak sohai.
Quote pai.kacang 4-3-2019 09:23 AM
orang kalau taknak percaya... hantar dia luar bumi suruh tgk sendiri pun dia takkan percaya. ade je lah dia punya kona baring
Quote Juju89 4-3-2019 03:41 PM
dunia ni penuh dengan pelbagai pendapat yang berbeza.

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-12-2022 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.095572 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top