CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kerja 25 Tahun Sebagai Pengawal Keselamatan Gaji RM900 Besarkan 8 Anak' - Alif Syukri Dedah Rahsia Pengorbanan Arwah Ayah

28-2-2019 12:05 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 29358| Komen: 191|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Pengusaha kosmetik terkenal Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman atau Aliff Syukri Terlajak Laris menerima perkhabaran yang menyedihkan kelmarin berikutan pemergian ayahandanya akibat serangan jantun ...
Pengusaha kosmetik terkenal Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman atau Aliff Syukri Terlajak Laris menerima perkhabaran yang menyedihkan kelmarin berikutan pemergian ayahandanya akibat serangan jantung dan paru-paru berair. 


Kredit foto: Instagram
Pemergian ayahandanya itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada dia sekeluarga. Aliff juga berkongsi rahsia pengorbanan ayahnya selama ini. Menurut Aliff, selama 25 tahun ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji kurang RM900 sebulan untuk membesarkan 8 orang anak.



Kredit foto: Instagram
Walaupun dalam kesempitan, ketika kecil ayahandanya sering membawa Aliff berjualan jeruk dan pernah bercita-cita ingin membelikan Aliff sebuah motosikal RXZ tetapi hasrat ayahandanya itu tidak kesampaian. Ibu bapanya kemudian berpisah dan masing-masing memilih haluan yang baru.


Aliff juga mendedahkan selama empat tahun dia memulakan perniagaan Dherbs, ayahandanya banyak menolong walaupun kehidupannya sendiri tidak pernah cukup dengan kos tanggungan yang tinggi.


Kredit foto: Instagram
Sebaliknya Aliff pula sejak kecil berjanji akan membelikan ayahandanya sebuah kereta Honda. Aliff lebih bernasib baik kerana perniagaannya membuahkan hasil dan tiga tahun lalu Aliff berjaya mengabulkan janjinya dengan menghadiahkan sebuah kereta buat ayahandanya yang diterima olehnya dengan penuh kegembiraan.


Kredit foto: Instagram
Aliff berkata dia bersyukur dapat menunaikan impian ayahnya semasa dia masih hidup. Walau bagaimanapun, dia rasa berduka atas pemergiannya dan berjanji akan menjaga kereta itu sebagai tanda kenangan antaranya dan arwah ayahandanya.


Kredit foto: Instagram
Takziah diucapkan kepada Aliff sekeluarga atas pemergian ayahandanya, Allahyarhan Hj Kamarzaman B Hj Kamaludin. Solat jenazah dijadualkan pada hari ini  jam 10 pagi, di Masjid Makmuniah, Sungai Nipah. -CARI
8

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 28-2-2019 12:15 PM
semalam dok baca kapsyen dia, kakak & mak dia, memang selok ler aku nanges, merebas air mata...teringat arwah ayah sendiri
Quote wak_lu 28-2-2019 12:17 PM
sedihnya baca kapsyen mak, alif n kakak dia...meleleh air mata ni
Quote Sang_Pencinta 28-2-2019 12:18 PM
edoraixora replied at 28-2-2019 12:15 PM
semalam dok baca kapsyen dia, kakak & mak dia, memang selok ler aku nanges, merebas air mata...terin ...

Sedih meruntun hati sangat cerita cerita dia

Tak sangka besar peranan ayah dia

Selama ni dia tak pernah cerita
Quote Sang_Pencinta 28-2-2019 12:19 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BuYjd3agMy9/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]
Quote umbut 28-2-2019 12:19 PM
Aku baca kat ig pun meleleh air mata..
Quote epal_ijau 28-2-2019 12:20 PM
Walaupon x berkenan ngan perangai dia tp seriously ak pon nangis wei baca post dia kat ig tu.. baca post kak yatie dgn bonda rozita pon sedih gak..
Quote Sang_Pencinta 28-2-2019 12:20 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BuYxAzYFIn5/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]
Quote Sang_Pencinta 28-2-2019 12:21 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BuYj7MzBOgG/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]
Quote shernazz 28-2-2019 12:30 PM
Sedih plak.iols tgk pic adek beradik dua orang tu..
Quote nazzse 28-2-2019 12:48 PM
edoraixora replied at 28-2-2019 04:15 AM
semalam dok baca kapsyen dia, kakak & mak dia, memang selok ler aku nanges, merebas air mata...terin ...

Hanya yang dah rasa tahu sakitnya macam mana kan
Quote budakpink 28-2-2019 01:19 PM
Aku pun x bkenan sgt ngn alip tu tapi tengok video abah die kebumi kat youtube nangis wooo.sedih
Quote fealefea 28-2-2019 01:30 PM
mata i bengkak teruk baca semua caption famili ni. Kena bangkit setiap kali jatuh. Sifat anak anak bonda sama cam bonda.
Quote RatuDunia94 28-2-2019 02:09 PM
Time gini sedih ah.. esok dtg perangai gedik dia org nyampah balik..
Quote chachani 28-2-2019 02:50 PM
Asal bace je kat ig/fb bonda, tok alip n yati tu mst nak meleleh airmata.. Aduiii sebak n sedih btl plk smlm..
Quote pavlovachoc 28-2-2019 03:01 PM
takziad dato aliff, kak yatie .. igtkan bapak diorng x kawen lg ..
Quote misz_sanggul 28-2-2019 03:20 PM
RatuDunia94 replied at 28-2-2019 02:09 PM
Time gini sedih ah.. esok dtg perangai gedik dia org nyampah balik..

mmgler myampah gak..
tp mmg kupuji bonda ni didik ank2 die kenal agama lbey n hormat ibu bapa..
same goes to abby wpun kawen cerai byk kali..bonda pun cam tu gak x silap 3 laki..
bkn sng nk didik jd ank2 yg terbaik..wpun pgai kegedikan tu diwarisi dr mak die jgk


Quote umbut 28-2-2019 03:27 PM
RatuDunia94 replied at 28-2-2019 02:09 PM
Time gini sedih ah.. esok dtg perangai gedik dia org nyampah balik..

Kalau serious je boring ler. Aku ok je alif , sajat, vida.... hidup must enjoy happy bkn keras dentum 24jam
Quote ikanmasin 28-2-2019 03:49 PM
yg kehilangan bapa jer tau perasaan itu mcm mana..
sebak baca kisah mereka dgn arwah bapa nya..
Quote mesmerize 28-2-2019 03:54 PM
ai pun nangis2 kat opis ni tengok ig DAS neh sejak dua menjak ni..
sebab mmg penah merasa peritnya hantar jenazah bapa sendiri ke perkuburan.. balik kubur nangis2 rindu n rasa putus semangat bak patahnya sebelah sayap.. harap DAS bertabah sebab perasaan grieving itu normal dan sementara saja ..insyaAllah lepas beberapa bulan or setahun dah ok.. i amik masa setahun nak lupakan kesedihan kehilangan bapa ai..

anak2 memang akan sayangkan bapa yang susah payah bekerja nak beri nafkah pada anak2...

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.056494 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top