CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1974|Reply: 7

Saidaiji Eyo, Festival Lelaki Telanjang Di Jepun

[Copy link]
Post time 18-2-2019 12:44 PM | Show all posts |Read mode



Kredit Foto: BBC News



Setiap negara ada budaya dan tradisi turun- termurun yang masih lagi diamalkan meski pun dalam kehidupan moden. Keunikan tradisi lama meski pun agak pelik namun tetap menjadi daya tarikan kepada generasi muda untuk mencubanya.


Di Jepun, ada satu tradisi perayaan pelik yang disambut setiap tahun. Perayaan ini dikenali sebagai Saidaiji Eyo, yang juga dikenali sebagai Hadaka Matsuri yang bermaksud festival telanjang. Ia biasanya disambut pada masa yang sama seperti Tahun Baru Imlek.


Baru-baru ini BBC melaporkan berita tentang tradisi Saidaiji Eyo yang begitu menarik perhatian. Bayangkan beribu-ribu lelaki berada dalam keadaan separuh bogel dengan hanya berpakaian 'loincloth' (pakaian yang biasa dipakai oleh ahli sumo) untuk mencari sebatang kayu sepajang 20 cm yang dipanggil Shingi.



Kredit Foto: BBC News



Lelaki yang berjaya mendapatkan Shingi tersebut akan digelar sebagai Fukuotoko yang bermaksud lelaki beruntung. Menurut kepercayaan mereka, lelaki beruntung itu akan menerima kesihatan dan kekayaan yang hebat disepanjang tahun tersebut.


Perayaan ini dipercayai telah wujud pada 510 tahun dahulu, dan sudah menjadi impian lelaki di sana untuk menjadi Fukuotoko. Pada sambutan tahun ini, kira-kira 10,000 telah terlibat menyertainya, termasuk juga pelancong asing.


Perayaan unik ini telah diadakan di kuil Buddha Kinryozan Saidaiji di Okayama pada 16 Febuari lepas. Para peserta yang terlibat telah disucikan di dalam air terlebih dahulu sebelum berlumba mencari tongkat yang akan dicampak ke arah orang ramai.



Kredit Foto: BBC News



Mereka berendam di sungai Yoshii, kemudian pada pukul 10 malam lampu dimatikan. Sami kuil yang berdiri ditingkap setinggi 4 meter akan melemparkan Shingi itu ke arah orang ramai. Pertarungan merebut Shingi itu telah berlangsung lebih kurang dua jam.


Saidaiji ini bukan sahaja merupakan festival kesuburan yang dianggap membawa hasil yang baik pada sepanjang tahun, malah ia juga satu perayaan yang menyeronokkan dan menjadi satu tarikan kepada pelancong luar untuk hadir sendiri melihatnya. -CARI



Kredit Foto: BBC News

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 02:09 PM | Show all posts
kalu dulu meollss xpasti la tapi kalu zaman skang ni takut jadi daya penarik penggemar jubo jahhh..huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
bila nk buat kt mesia?
pandang ke timor
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyarkkkk... x tau nk kata apaaa... #lgbt
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 03:12 PM | Show all posts
Bukan benda baru pun tiap2 tahun ada festival  ni dah turun temurun, hanya segelintir masyarakat luar je yang baru tahu mengenainya terutama yang baru2 nak berjinak melancong kesana.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 04:46 PM | Show all posts
haritu tengok cite kt tv. ada la part dorang pakai gini. anak buah aku gelak, dia ckp mcm pakai pampers. yg tv pun takde plak censored siap nampak montot hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 06:02 PM | Show all posts
oouh, ok. new information, new knowledge.
rasa agak janggal, kekok. this is so alien. yup, semua rasa ni normal. clash of culture sedang berlaku dalam otak.. no need to be judgemental, this is their culture and how they live

Ok. thank you tuan tanah. Saidaiji Eyo ye namanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 03:44 PM | Show all posts
agak pelik juga festival ini baru tahu wujudnya festival seperti ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-12-2022 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.087536 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list