CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

5 Kumpulan K-Pop Paling Hangat Untuk Tahun 2018/2019

18-2-2019 01:03 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 7306| Komen: 14|Original author: Oleh: Ferr_Remy

Description: BTSPencalonan mereka untuk kategori "Best Recording Package" pada majlis anugerah Grammy pada baru-baru ini yang berlangsung di Amerika Syarikat ternyata amat memeranjatkan peminat-peminat muzik d ...
Kebangkitan muzik Korea Pop, yang lebih dikenali sebagai K-Pop kini bukanlah asing di mata peminat muzik di seluruh dunia. Kejayaan mereka yang bersilih ganti di Amerika Syarikat terutamanya, tidaklah memeranjatkan. Dari kumpulan Wonder Girls, Girl's Generation sehinggalah ke Blackpink, mereka semakin mengukuhkan jenama K-Pop yang berjaya menembusi pasaran muzik di seluruh dunia biarpun hanya menggunakan bahasa kelahiran mereka. Jom kita tengok senarai kumpulan yang digilai anak-anak muda zaman sekarang!


BTS


Pencalonan mereka untuk kategori "Best Recording Package" pada majlis anugerah Grammy pada baru-baru ini yang berlangsung di Amerika Syarikat ternyata amat memeranjatkan peminat-peminat muzik di sana. Biarpun pulang dengan tangan kosong, kemunculan mereka di karpet merah anugerah tersebut mendapat liputan luas media bukan sahaja di negara tersebut, malahan di seluruh dunia. BTS juga pernah memenangi anugerah untuk kategori "2018 Favorite Social Artist" pada majlis anugerah American Music Award yang berlangsung pada tahun lalu. Sangat popular dengan lagu "Love Yourself", populariti BTS sebagai kumpulan KPOP paling popular setakat ini ternyata tidak dapat disangkal lagi.



Blackpink

Image result for blackpink

"Blackpink is the revolution" - Sesuai dengan ungkapan yang acapkali dilaungkan di dalam lagu nyanyian mereka, Blackpink ternyata semakin popular di seluruh dunia. Dianggotai oleh Lisa, Jeannie, Rose dan Ji-soo, revolusi muzik yang dibawakan mereka ternyata memberi impak yang sangat besar di dalam kerjaya muzik mereka sehinggakan Blackpink mampu menembusi pasaran Hollywood, baru-baru ini. Mempertaruhkan salah sebuah lagu yang paling popular untuk tahun 2018 yang berjudul Ddu Du Ddu Du, biarpun masih belum mempunyai album penuh, Blackpink kini sedang sibuk dengan siri jelajah untuk konsert sulung mereka yang diberi nama "Blackpink : In Your Area" dan ini termasuklah Malaysia yang bakal menyaksikan kehadiran kumpulan berkenaan tidak lama lagi.


iKON

Image result for iKON

Siapa saja yang tidak pernah dengar lagu "Love Scenario"? Menjadi antara lagu yang paling hit untuk tahun lalu, iKon yang ditubuhkan pada tahun 2015 sekali lagi berjaya menempatkan diri mereka di antara kumpulan K-Pop yang popular masa kini. iKON juga merupakan pemenang untuk Artist Of The Year, Asia Artist Award yang berlangsung pada tahun lalu.


 Momoland

Image result for momoland

Kumpulan yang dianggotai seramai sembilan orang ini juga tidak kurang hebatnya. Ledakan lagu mereka yang berjudul "Bboom Bboom" pada tahun lalu berjaya melonjakkan nama mereka ke persada muzik di seluruh dunia. Mempertaruhkan sisi yang agak berbeza dari kumpulan Blackpink, aksi lincah dan gedik yang ditonjolkan mereka seiring dengan lagu yang rancak ternyata mampu meletakkan mereka di antara kumpulan Kpop yang terunggul ketika ini,


TWICE

Image result for TWICE

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan TWICE? Pernah dianggap sebagai pengganti kepada kumpulan Girl's Generation, TWICE berjaya meletakkan diri mereka di tangga kedua selepas kumpulan BTS di dalam kaji selidik yang dilakukan Gallup Korea untuk tiga tahun berturut-turut. Biarpun lagu-lagu dendangan mereka tidaklah sehebat sambutan yang diberikan kepada Blackpink pada tahun lalu, kumpulan Twice masih memiliki kelompok peminat yang besar sehingga masih mampu menyerlah dan khabarnya mereka juga merupakan di antara penyumbang utama kepada kenaikan saham JYP Entertainment yang meningkat dari angka ₩4,500 kepada ₩31,400 pada tahun 2018.

Ternyata kerja keras mereka diiringi muzik-muzik yang trendy dan terkini amat berbaloi. Bila agaknya artis-artis Malaysia akan berjaya seperti mereka ya? -CARI
33

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote robinmosby 18-2-2019 10:45 PM
Big bang takde keeee
Quote borrow 18-2-2019 11:02 PM

big bang tgh berehat. Deyols gi military service.

Quote Ferr_Remy 19-2-2019 07:58 AM
borrow replied at 18-2-2019 11:02 PM
big bang tgh berehat. Deyols gi military service.

Yeszaaaaa.
Quote kosaifriks 19-2-2019 09:01 AM
BTS...yeszaaa
Quote borrow 19-2-2019 07:39 PM

2020 nanti wat comeback. Neway bamnaga dah debab sket
Quote mieymiey 20-2-2019 10:57 AM
Iols suka Big Bang sebab diorang nampak ala-ala badboy. Yang kat atas ni, nampak jambu sangat.
Quote chip92 20-2-2019 11:24 AM
red velvet?
Quote borrow 20-2-2019 12:47 PM
mieymiey replied at 20-2-2019 10:57 AM
Iols suka Big Bang sebab diorang nampak ala-ala badboy. Yang kat atas ni, nampak jambu sangat.
[ig]https://www.instagram.com/p/BtNf962De4B/[/ig]

"adik"baru BTS ni super duper jambu   Ntahlah dh trend kat sana. Macho or jambu ai layan jah kikiki


Quote mieymiey 20-2-2019 01:39 PM
borrow replied at 20-2-2019 12:47 PM
"adik"baru BTS ni super duper jambu   Ntahlah dh trend kat sana. Macho or jambu ai layan ja ...

Macam patung
Quote Juju89 6-3-2019 04:44 PM
korea banyak sangat kumpulan kpop sussah nak ikut perkembangan muzik  negara ni. sering ada kumpulan baru muncul.
Quote aciklola 21-3-2019 01:16 PM
borrow replied at 20-2-2019 12:47 PM
"adik"baru BTS ni super duper jambu   Ntahlah dh trend kat sana. Macho or jambu ai layan ja ...

jambunya macam ni pun boleh jadi artis ke?
Quote JDT 21-3-2019 01:42 PM
Txt debut with crown..
[youtube]JtQlgdN-onM[/youtube]
Quote JDT 21-3-2019 01:43 PM
kosaifriks replied at 19-2-2019 09:01 AM
BTS...yeszaaa

Yesza juga... Hahah satu2nya band Korea yang saya follow..
Quote kwik 21-3-2019 02:49 PM
Blackpink is the revolution..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-12-2022 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.085966 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top