Pasangan penyanyi terkenal Beyonce dan Jay-Z mengumumkan akan menawarkan peluang kepada peminat mereka untuk memenangi tiket konsert percuma seumur hidup jika mereka boleh menjalani hidup sebagai vegan selama sebulan.
Penyanyi lagu Lemonade itu mengumumkan pertandingan tersebut kepada 123 juta pengikut Instagramnya sebagai tanda sokongan terhadap Greenprint Project yang menggalakkan peminatnya mengurangkan jejak karbon alam sekitar melalui pemakanan berasaskan tumbuhan sahaja. Beyonce sendiri berjanji hanya akan memakan makanan berasaskan tumbuhan sebagai sarapan setiap hari dan tanpa daging setiap Isnin. Manakala, Jay-Z pula akan memakan makanan berasaskan tumbuhan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Buku The Greenprint Project adalah hasil karya Marco Borges, jurulatih kecergasan Beyonce yang mula dipasarkan Disember lalu. Buku tersebut menerangkan pemakanan vegan dan rancangan senaman. Malah, Beyonce dan Jay-Z menulis mukadimah pengenalan buku tersebut. Dalam peraturan pertandingan yang digariskan, seorang pemenang akan dipilih untuk mendapat dua keeping tiket ke kesemua konsert Beyonce dan/atau Jay-Z sepanjang 30 tahun akan datang. Tapi, ini tidak menghalang pengumuman Beyonce itu disambut dengan hangat oleh peminatnya. Masing-masing meluahkan perasaan tidak sabar untuk menyertai cabaran vegan demi mendapat tiket konsert percuma seumur hidup. Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat Beyonce dan Jay-Z adalah hipokrit kerana kemewahan seperti rumah dan jet peribadi mereka sudah pastinya menyumbang kepada banyak jejak karbon. Walau apapun, sekurang-kurangnya Beyonce berbuat sesuatu untuk alam sekitar dan menggembirakan peminatnya. Siapakah agaknya peminat yang bakal bertuah itu? - CARI
|
7
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT