CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Enggan Urus Majlis Rakan Baik, Nama Pengapit Dibuang Dari Senarai Jemputan

1-10-2018 05:04 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 5061| Komen: 23|Original author: Oleh: Suzy


Merancang sebuah majlis perkahwinan memang mengambil masa dan tenaga yang banyak. Terdapat banyak perkara perlu diselesaikan termasuklah lokasi, gaun pengantin, lokasi bulan madu, kek dan kos perbelanjaan. 

Jadi, tidak hairanlah bakal pengantin mengambil masa yang panjang dan memerlukan bantuan rakan demi merealisasikan majlis perkahwinan impian. 

Namun, jika salah percaturan boleh putus sahabat dibuatnya!


Foto: Mirror UK


Menerusi Facebook, seorang wanita mendedahkan bagaimana persahabatan 20 tahunnya terkubur begitu saja dengan alasan yang tidak masuk akal!

Menurut Marissa rakannya, bakal pengantin sering merajuk dan mahu semua perkara mengikut telunjuknya. Setelah rakannya menerima lamaran daripada teman lelaki, Marissa bersetuju untuk menjadi pengapit kerana menghargai persahabatan mereka. 


Foto: Mirror UK

Malah, ketika rakannya itu menganjurkan parti bujang, Marissa sanggup menjadi pelayan di majlis itu apabila rakannya kekurangan bajet untuk mengupah pekerja! 

Bantuan Marissa itu malangnya memakan diri. Marissa pula dituduh antisosial oleh rakan baiknya apabila dilihat kurang berbual dan hanya melakukan tugasnya. 


Foto: Mirror UK

Kemuncak kepada perselisihan itu berlaku apabila Marissa gagal hadir untuk membeli makanan bersama bakal pengantin itu. Rakannya bertindak mendiamkan diri dan tidak menyapa Marissa kerana ketidakhadirannya.

Seminggu selepas itu, bakal pengantin itu mula meluahkan isi hatinya kepada Marissa.

Selain menuduhnya seorang pembuli, rakannya turut mendakwa Marissa langsung tidak membantu dia menguruskan majlis perkahwinannya. 

Marissa juga dikatakan tidak memuji foto majlis pertunangannya dan memberikan komen bahawa dia adalah 'pengantin paling cantik'.

Lebih sadis, Marissa dimarahi kerana tidak ‘like’ gambar pra perkahwinan dimuat naik rakannya yang kemudian bertindak memutuskan hubungan persahabatan serta tidak menjemput Marissa ke majlis perkahwinannya.

Eh, ada juga kawan berperangai begini ya? Sudahlah pentingkan diri, langsung tidak menghargai kawan yang dah banyak bersusah-payah memuaskan kehendaknya. - CARI
15

Bagus
17

Marah
20

Terkejut
25

Sedih
15

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bilissey 1-10-2018 05:11 PM
manusia macam ni pun ada? Bertabahlah si suami {:teatime
Quote Artemesiaa 1-10-2018 05:16 PM
Bukan benda baru pun ramai je yang berperangai sebegini zaman sekarang ni
Quote meisapoya 1-10-2018 05:57 PM
Bridezilla sangat
Quote 234126 1-10-2018 07:53 PM
Tak payah kawan la dengan pengantin tu. Tak worth it {:run
Quote Veneer 1-10-2018 08:33 PM
Baguslah dah kawen. Perempuan yang cantik cantik perangai hodoh dan bodoh mcm ni elok kawen cepat cepat tak de lah aku tersalah pilih nnti.
Quote RatuDunia94 1-10-2018 10:10 PM
Haha.. mcm drama kokesen kat channel Diva.
Quote arm_band 2-10-2018 07:43 PM
bridezilla la tu
Quote eyansss 2-10-2018 11:07 PM
teringat luahan seseorang kat fd sebab kawan baik yang lahanat sangat buli diorang2 sebelum, semasa dan selepas kenduri... siap nak kelepet duit dia suruh tempahkan hotel untuk honeymoon...
Quote Foxey 3-10-2018 09:09 AM
uihh... macam ni pun boleh? 20 years kawan but because of petty things like those boleh putus? memang tak worth la kawan dengan orang macam tu
Quote pai.kacang 3-10-2018 10:05 AM
poyo giler kawan macam tu
Quote Cyempaka 3-10-2018 10:24 AM
tabahnya marissa. bleh bertahan 20tahun dgn kwn perangai mcm ni. kalo aku silap2 sebulan pun xsampai
Quote leylapple 3-10-2018 11:34 AM
eyansss replied at 2-10-2018 11:07 PM
teringat luahan seseorang kat fd sebab kawan baik yang lahanat sangat buli diorang2 sebelum, semasa  ...

macam pnh baca jugak...
bukan si pengantin suruh kawan2 dia beli baju pengapit tapi bayar sendiri?
Quote eyansss 3-10-2018 11:42 AM
leylapple replied at 3-10-2018 11:34 AM
macam pnh baca jugak...
bukan si pengantin suruh kawan2 dia beli baju pengapit tapi bayar sendiri ...

aah... semua kena bayar sendiri... dah la keras kejung kainnya... alih2 masa kenduri dia ada bridesmaids lain kan...
Quote leylapple 3-10-2018 12:18 PM
eyansss replied at 3-10-2018 11:42 AM
aah... semua kena bayar sendiri... dah la keras kejung kainnya... alih2 masa kenduri dia ada bride ...

ha....

plastu dia play victim kan?

org mcm nie ada di mana2 lah
Quote eyansss 3-10-2018 02:11 PM
leylapple replied at 3-10-2018 12:18 PM
ha....

plastu dia play victim kan?

aah...  memang drama abeh pengantin tu...  aku yang baca pun stress, ni kan pulak tt dengan kengkawan yang mengadap...
Quote leylapple 3-10-2018 02:28 PM
eyansss replied at 3-10-2018 02:11 PM
aah...  memang drama abeh pengantin tu...  aku yang baca pun stress, ni kan pulak tt dengan kengka ...

bertabah la ada kwn mcm nie...


Quote rain2169 4-10-2018 08:43 AM
tanda-tanda sakit  mental....
sick people....
tak rugi tak dapat kawan macam ni.....
Quote BoongaKertas 4-10-2018 09:23 AM
ni mesti ego tahap langit ni. sanggup dia buat2 buta utk friendship 20years tu. ish3!
Quote mongoose_kidz 5-10-2018 01:08 AM
eyansss replied at 2-10-2018 11:07 PM
teringat luahan seseorang kat fd sebab kawan baik yang lahanat sangat buli diorang2 sebelum, semasa  ...

cerita baru ke da lama ek...
boleh bg link x..
aku ade byk masa..hehe

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.056813 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top