CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh Hamil, Rupanya Mahasiswa Hidap 'Cyst' Ovari

21-9-2018 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5645| Komen: 28

Dituduh hamil hingga dipaksa ke klinik untuk pemeriksaan membawa kepada penemuan mengejutkan apabila doktor mengesahkan seorang wanita menghidap sista (cyst) ovari.


Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Salmah mendedahkan kisahnya ketika bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada 2013 di mana dia disahkan terdapat sista (cyst) ovari sebesar 42 sentimeter dengan berat 12 kilogram (kg) dalam perutnya.

Dia pada mulanya menyedari keadaan perutnya yang semakin membuncit, tetapi masih berfikiran positif dan menganggap badannya semakin berisi hinggalah dia ditegur penyelia kolej yang menuduh dia mengandung.



Walaupun bermatian menafikannya, namun penyelia kolej tetap bertegas mendakwa wanita itu bertubuh dua hingga membawanya ke klinik bagi mendapatkan pengesahan.

“Dik, awak hamil ke?! Kalau awak tidak mahu mengaku juga yang awak ni hamil, saya bawa awak ke klinik untuk pemeriksaan," katanya.

Perasaan lega ketika dimaklumkan tidak hamil bertukar menjadi takut dan sedih apabila doktor mengesahkan dirinya menghidap sista dan perlu dirujuk ke hospital Kuantan.

"Maaf puan, adik ni tak hamil, tapi dia suspek sista," kata doktor itu.

Menurut doktor berkenaan, sista itu terlalu besar hingga hampir memudaratkan Salmah.

“Dik, sista awak ni dah besar sangat sampai dah tertutup organ dalaman awak yang lain," katanya.

Bagaimanapun, Salmah bernasib baik kerana pembedahan berjalan lancar dan doktor berjaya mengeluarkan sista ovari sebesar 42 sentimeter dengan berat 12 kg itu.

Berikutan insiden itu, Salmah menasihatkan wanita lain untuk melakukan pemeriksaan sekiranya mengalami simptom kitaran haid tidak teratur dan mengamalkan pemakanan sihat.


Kredit foto: Twitter

"Kepada semua kaum hawa bidadari syurga, mari kita amalkan bersama-sama. Semoga kita sentiasa diberi kesihatan berpanjangan," ujarnya. - CARI
33

Bagus
31

Marah
40

Terkejut
36

Sedih
36

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (189 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Foxey 21-9-2018 12:17 PM
Mak aiii... Besar dan berat cyst dia.
Quote zafira 21-9-2018 12:31 PM
betul tu kena buat pemeriksaan ... mak akak pun jadi macam ni... dia punya perut mcm perempuan mengandung 6 bulan.. masa tu dia late 40's... sebab takut punya pasal sanggup tak nak jumpa doktor... lps tu bila susah nak kencing... baru lah berani pi jumpa gynae dan a week after that terus operate... doktor jangka operate dalam 2 jam gitu.. kesudahan jadi 6 jam lebih sebab complicated... dengan liquid 1 balang besar, 1 balang kecil... dengan tah apa-apa daging rupa mcm usus semua ada  kat dalam.. geli weiii... hantar pi lab confirmed cancerous... alhamdulillah ok lepas buat chemo..

Quote buapakperut 21-9-2018 01:24 PM
12 kg? lagu berat dari baby 2 tahun
Quote begg 21-9-2018 02:27 PM
Sebut je la ketumbuhan..  Udah macam nigga ja..  Sista ke hulu sista ke hilir..
Quote rospinki 21-9-2018 02:32 PM
babai betul iklan bank rakyat asik terklik ja


apa penyebab benda cyst ni sista?

aku baca benda ni kembang je ras tekak
Quote duri_durians 21-9-2018 03:11 PM
rospinki replied at 21-9-2018 02:32 PM
babai betul iklan bank rakyat asik terklik ja

bahasa mudahnya dia adalah ketumbuhan cecair. dalam kantung tu ada cecair, sama ada darah, protein, nanah, dan pelbagai.
dia boleh ada kt mana2 je dalam badan tu. aku punya kes melekat kt luar ovari, dan dekat usus kecik2. punca tak diketahui. doc bedah keluarkan yg kt ovari. yg kat usus dia tak berani usik takut terodok usus.




Quote sekel 21-9-2018 03:12 PM
takkan perut ko besar kembung mcm pompuan ngandung ko biarkan jer dik

lg lh dh tahu period tak ok

mmg kena buat check up

nasib baik cepat

bole bawak maut
Quote aechae 21-9-2018 03:42 PM
Boleh dia biar smpai membesar gtu? Org once detected trus remove, buat biopsy lg...
Quote insulin 21-9-2018 03:47 PM
Cabaran seorang gadis/wanita. Takziah ya. Semoga cepat sembuh.
Quote Teru2Bozu 21-9-2018 04:09 PM
Ya Allah, lindungi la aku dari penyakit berbahaya
Quote rospinki 21-9-2018 04:20 PM
duri_durians replied at 21-9-2018 03:11 PM
bahasa mudahnya dia adalah ketumbuhan cecair. dalam kantung tu ada cecair, sama ada darah, protein ...

terima kasih cik durian..cuma tak tau punca dia. org dulu2 sebut sakit ni sakit dalam perut..ramai jugak kes ketumbuhan dalam perut mcm org mengandung..ada org kata buatan org la bagai.





Quote matkpop 21-9-2018 04:32 PM
berat tu 12kg
Quote meisapoya 21-9-2018 06:34 PM
Ada sorang ni, terkena cyst. Punca nya, dia kata dia suka makan ayam. Pagi petang, siang malam makan daging putih. Mungkin ayam tu dh inject hormon, so dia trigger penyakit ni.. so, dia kata kalau boleh kurangkan makan ayam tambah2 tempat di cucuk ubat hormon tu mcm bawah kepak or peha. Isi dada ok.

Harap2 semua wanita jaga makan minum. Perut pon kena tengok selalu ada kembung keras ke apa cepat2 gi check. Period track juga. Mungkin sbb cyst, anaemia, etc.
Quote CardiGans85 21-9-2018 08:46 PM
Kalau tak bermukah, jangan takut nak scan. Dulu masa aku study, roomate aku pun perut kembung gak tapi tak dela besar pun. Pi la kat unit rawatan kat universiti tu, kawan aku kena perli dengan MA ke nurse lelaki masa tu sebab dia ingat kawan aku tu mengandung.

Sekali check, angin je. Depan doktor aku perli balik lelaki tu, ni mengandung ke?ckp la elok sikit. Tersipu2 dia masa tu. Igt aku kesah?bengong.
Quote lumie 21-9-2018 08:49 PM
Bapak besor and berat cyst nye. Bahaya tol
Quote makita 21-9-2018 09:01 PM
Besar mcm gitu perut dia lek lek je x jumpa doc. Kalu xde sapa tegur dia ngadung mmg ke sudah dia x check kot.
Meols kulit kasar sket kt leher da gelabah jumpa doc.
Quote MsKathryn 21-9-2018 10:50 PM
Edited by MsKathryn at 21-9-2018 10:52 PM

Minta dijauhkan dr segala penyakit merbahaya
Get well soon dik..
Quote babyleo68 22-9-2018 12:07 AM
Alhamdulillah semoga Mak awak sugar selalu...
zafira: betul tu kena buat pemeriksaan ... mak akak pun jadi macam ni... dia punya perut mcm perempuan mengandung 6 bulan.. masa tu dia late 40's... sebab tak ...

Quote clarizsa 22-9-2018 12:11 AM
begg replied at 21-9-2018 02:27 PM
Sebut je la ketumbuhan..  Udah macam nigga ja..  Sista ke hulu sista ke hilir..

Sista tu bhsa melayu kot
Perkataan asalnya cyst
Mmg istilah dia mcm tu
Bukan ketumbuhan biasa
Ni sakit puan
Mmg panggil mcm tu

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046375 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top