View: 3982|Reply: 28
|
[Tempatan]
Kisah sista Salmah: Sangka kepala bayi, rupanya cyst ovari 42 sm, 12 kg
[Copy link]
|
|
KUANTAN - Disangka kepala bayi rupanya sista (cyst) ovari sebesar 42 sentimeter dengan berat 12 kilogram (kg) berada di dalam perut seorang wanita.
Itu yang dialami oleh pemilik Twitter Salmah, ketika bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada 2013.
Kisahnya kembali tular di laman sosial hingga mendapat perhatian netizen.
Katanya, keadaan perutnya membuncit dan membesar mula dikesan malah berasa senak.
Namun, dia tidak mengendahkan, hanya menganggap perut buncit dan badan berisi.
Hinggalah, dia ditegur oleh penyelia kolej dengan mendakwa dia mengandung.
Pelbagai penafian telah dilakukan namun penyelia kolej tetap bertegas hingga membawanya ke klinik bagi pengesahan selanjutnya.
“Dik, awak mengandung ke?!” Dengan muka tak puas hati dia cakap dekat aku macam ni.
“Kalau awak tidak mahu mengaku juga yang awak ni mengandung, saya bawak awak ke klinik untuk pemeriksaan," katanya.
Lebih memeranjatkan, ketika melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan dirinya disahkan menghadapi sista dan perlu dirujuk ke hospital Kuantan.
Jelasnya, hasil pemeriksaan mengesahkan saiz sista sebesar 42 sentimeter dan sangat kritikal.
"Aku punya kes besar kerana sista ovari sudah memenuhi ruang perut. I’m 50/50 guys!," katanya.
Bagaimanapun, pembedahan berjalan lancar dan berjaya mengeluarkan sista ovari sebesar 42 sentimeter dengan berat 12 kg.
Dia turut menasihatkan kepada wanita untuk melakukan pemeriksaan sekiranya mengalami simptom kitaran haid tidak teratur dan mengamalkan pemakanan sihat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mak aiii... Besar dan berat cyst dia. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu kena buat pemeriksaan ... mak akak pun jadi macam ni... dia punya perut mcm perempuan mengandung 6 bulan.. masa tu dia late 40's... sebab takut punya pasal sanggup tak nak jumpa doktor... lps tu bila susah nak kencing... baru lah berani pi jumpa gynae dan a week after that terus operate... doktor jangka operate dalam 2 jam gitu.. kesudahan jadi 6 jam lebih sebab complicated... dengan liquid 1 balang besar, 1 balang kecil... dengan tah apa-apa daging rupa mcm usus semua ada kat dalam.. geli weiii... hantar pi lab confirmed cancerous... alhamdulillah ok lepas buat chemo..
|
|
|
|
|
|
|
|
12 kg? lagu berat dari baby 2 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Sista?
Sebut je la ketumbuhan.. Udah macam nigga ja.. Sista ke hulu sista ke hilir..
|
|
|
|
|
|
|
|
babai betul iklan bank rakyat asik terklik ja
apa penyebab benda cyst ni sista?
aku baca benda ni kembang je ras tekak
|
|
|
|
|
|
|
|
bahasa mudahnya dia adalah ketumbuhan cecair. dalam kantung tu ada cecair, sama ada darah, protein, nanah, dan pelbagai.
dia boleh ada kt mana2 je dalam badan tu. aku punya kes melekat kt luar ovari, dan dekat usus kecik2. punca tak diketahui. doc bedah keluarkan yg kt ovari. yg kat usus dia tak berani usik takut terodok usus.
|
|
|
|
|
|
|
|
takkan perut ko besar kembung mcm pompuan ngandung ko biarkan jer dik
lg lh dh tahu period tak ok
mmg kena buat check up
nasib baik cepat
bole bawak maut |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh dia biar smpai membesar gtu? Org once detected trus remove, buat biopsy lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Cabaran seorang gadis/wanita. Takziah ya. Semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, lindungi la aku dari penyakit berbahaya |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih cik durian..cuma tak tau punca dia. org dulu2 sebut sakit ni sakit dalam perut..ramai jugak kes ketumbuhan dalam perut mcm org mengandung..ada org kata buatan org la bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorang ni, terkena cyst. Punca nya, dia kata dia suka makan ayam. Pagi petang, siang malam makan daging putih. Mungkin ayam tu dh inject hormon, so dia trigger penyakit ni.. so, dia kata kalau boleh kurangkan makan ayam tambah2 tempat di cucuk ubat hormon tu mcm bawah kepak or peha. Isi dada ok.
Harap2 semua wanita jaga makan minum. Perut pon kena tengok selalu ada kembung keras ke apa cepat2 gi check. Period track juga. Mungkin sbb cyst, anaemia, etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak bermukah, jangan takut nak scan. Dulu masa aku study, roomate aku pun perut kembung gak tapi tak dela besar pun. Pi la kat unit rawatan kat universiti tu, kawan aku kena perli dengan MA ke nurse lelaki masa tu sebab dia ingat kawan aku tu mengandung.
Sekali check, angin je. Depan doktor aku perli balik lelaki tu, ni mengandung ke?ckp la elok sikit. Tersipu2 dia masa tu. Igt aku kesah?bengong. |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak besor and berat cyst nye. Bahaya tol |
|
|
|
|
|
|
|
Besar mcm gitu perut dia lek lek je x jumpa doc. Kalu xde sapa tegur dia ngadung mmg ke sudah dia x check kot.
Meols kulit kasar sket kt leher da gelabah jumpa doc. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MsKathryn at 21-9-2018 10:52 PM
Minta dijauhkan dr segala penyakit merbahaya
Get well soon dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semoga Mak awak sugar selalu...zafira: betul tu kena buat pemeriksaan ... mak akak pun jadi macam ni... dia punya perut mcm perempuan mengandung 6 bulan.. masa tu dia late 40's... sebab tak ...
|
|
|
|
|
|
|
|
begg replied at 21-9-2018 02:27 PM
Sebut je la ketumbuhan.. Udah macam nigga ja.. Sista ke hulu sista ke hilir..
Sista tu bhsa melayu kot
Perkataan asalnya cyst
Mmg istilah dia mcm tu
Bukan ketumbuhan biasa
Ni sakit puan
Mmg panggil mcm tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|