CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Maafkan Saya, Saya Bukan Anak Baik" - Tulis Nota Sebelum Bunuh Diri

30-4-2018 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5163| Komen: 27

Seorang lelaki sempat meninggalkan sekeping nota berbunyi "Maafkan saya, saya bukan anak yang baik," sebelum membunuh diri di Tokong Buddha Lim Fan Sah, Jalan Tabuan, Kuching, petang semalam.




BH Online melaporkan, seorang pekerja tokong berkenaan menjumpai lelaki berusia 38 tahun itu tidak sedarkan diri di dalam kereta dalam keadaan berlumuran darah pada jam 5 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek, mangsa mengelar pergelangan tangan kiri dan kanan menggunakan senjata tajam selain terdapat koyakan pada dahi dan kaki kanan.

Berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat memandu masuk ke kawasan tokong pada jam 1.40 petang.

"Pekerja tokong yang kebetulan melalui di kawasan berkenaan kemudian meninjau kereta berkenaan sebelum menemui lelaki terbabit dalam keadaan berlumuran darah.

"Sepasukan polis dari Balai Polis Sentral kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut," katanya.


Foto: BH Online

Hasil pemeriksaan menemui sekeping nota dalam Bahasa Cina yang meminta maaf kerana tidak menjadi anak yang baik.

Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan anak kedua daripada tiga beradik yang berasal dari Kuching dan bekerja sebagai buruh.

"Polis juga menemui sebilah pisau yang digunakan lelaki terbabit untuk mencederakan dirinya di dalam kereta berkenaan," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS), untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI
5

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 30-4-2018 09:55 AM
Siannnya.....

Berat beban masalah yg ditanggung....
Mungkin di diskriminasikan dlm keluarga...di banding bandingkn dgn adik beradik lain....

RIP
Quote SLAManya 30-4-2018 10:01 AM
jazaa100 replied at 30-4-2018 01:55 AM
Siannnya.....

Berat beban masalah yg ditanggung....

betul kak.... maybe dah lama tanggung beban dan depress
akhirnya tamatkan hidup
Quote Knowlee 30-4-2018 10:02 AM
Entah apa masalah peribadinya...
Quote jlo 30-4-2018 10:02 AM
RIP..
Quote minguk 30-4-2018 10:14 AM
takziah....
Quote Rainrein 30-4-2018 10:50 AM
Kesiannye.
Quote iloveselangor 30-4-2018 11:02 AM
Mesti sebab dia miskin keluarga di buang dia....Cina memang camtu.  Sebab tu ada yg sanggup melacor.
Quote SweetShera 30-4-2018 11:06 AM
yg ppuan pulak klu nk kawen mesti kena cari lelaki kaya

sanggup tukar agama

Quote iloveselangor 30-4-2018 11:15 AM
Nasib baik kita tak dilahirkan Cina.

Syukurrr
Quote sarahmirza 30-4-2018 11:29 AM
Kesiannya dia.
Kalau dia tau berforum boleh juga share masalah kat PP.
Sekurang2nya kurang sikit tekanan hidup.

Takziah. RIP.
Quote moonbug 30-4-2018 11:46 AM
Seksanya kerat-kerat diri sendiri
Quote besarkecik 30-4-2018 12:36 PM
Memang jinjang sejenis suka bandingkan anak
Quote jazaa100 30-4-2018 12:57 PM
moonbug replied at 30-4-2018 11:46 AM
Seksanya kerat-kerat diri sendiri

Bila hati dah terlalu sakit, kerat diri sendiri pun dah tak rasa apa....
Quote jazaa100 30-4-2018 01:03 PM
Edited by jazaa100 at 30-4-2018 01:23 PM
SLAManya replied at 30-4-2018 10:01 AM
betul kak.... maybe dah lama tanggung beban dan depress
akhirnya tamatkan hidup


Dari nota yg di tinggalkn pun, blh agak dah mcmana mental dia kena dera.....

Sorang ank kwn akk....ckp kat mak dia, tak pe lah....ank ank mak yg lain pandai pandai...abg tak pandai pun tak pe....dari situ, akk kata dia selalu bandingkn ank ank dia sampai ank dia jd low self esteem....tapi dia tak ngaku....

Sbb tu akk pentingkn keyakinan diri pd ank...tu yg penting....dari situ dia blh bangkit....akk lebih penting hantar ank ke program motivasi dari hantar tuisyen dari pg sampai mlm....

Akk tak kisah ank org dpt straight As berderet deret ke....gi bljar obersea ke..., yg penting akk tak pernah nk ckp...ank mak ton dpt straight As...pandai budak tu...baik budak tu....beriman nya budak tu pd ank akk...
Ada aku kisahhh...

Dia dpt straight As...Alhamdulillah...rezeki dia....
Rezeki masing masing takkn sama....yg penting kita bersyukur...semua dah di tetapkan Allah....
Quote M.Rose 30-4-2018 01:18 PM
Semuga tenang disana
Quote Elle_mujigae 30-4-2018 01:53 PM
Syahdunya ayat dlm nota tu..huhu...
Quote ayamserati 30-4-2018 03:06 PM
depresi tuh..cuba laa luahkan perasaan pada sesiapa kalu ada masalah...kesiannya..
Quote iloveselangor 30-4-2018 07:35 PM
sarahmirza replied at 30-4-2018 11:29 AM
Kesiannya dia.
Kalau dia tau berforum boleh juga share masalah kat PP.
Sekurang2nya kurang sikit t ...

Harap ko x kutuk dia kalau dia berporum sis.
Quote salmon-suki 30-4-2018 11:58 PM
Pape pn suicide is not the way laa...cuba bwk berbincang dlu dgn family...

tp lawak gk komen poremer2 kt sini,takziah to that chinese guy y suicide tp kalau ada malays y suicide yuolzs kecam habis2an..so double standard gitu haa..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.123665 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top