CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Nak Pilih Yang Mana Satu?

27-4-2018 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2710| Komen: 1

Description: Bulan April dan Mei 2018 memang merupakan bulan yang agak panas buat rakyat Malaysia. Bukan sahaja kerana sememangnya El-Nino sedang menyerang tetapi juga bahang pilihanraya yang telah diumumkan bakal ...
Bulan April dan Mei 2018 memang merupakan bulan yang agak panas buat rakyat Malaysia. Bukan sahaja kerana sememangnya El-Nino sedang menyerang tetapi juga bahang pilihanraya yang telah diumumkan bakal berlangsung pada 9 Mei 2018 ini.


Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk berbicara soal pilihan. Namun, perbincangan ini bukan berkisar tentang politik dan masa depan negara tetapi tentang ‘bagaimana’ mahu membuat keputusan yang bijak.

Berikut adalah 4 perkara yang perlu anda fikirkan sebelum dan semasa membuat keputusan. Manakala perkara kelima pula ialah tindakan anda selepas menerima keputusan. Jom kita tengok ini.



1. Apa yang mahu dipilih?
Hidup adalah pilihan. Setiap hari kita bernafas kerana kita mahu meneruskan kehidupan kita. Setiap hari kita pergi ke tempat kerja kerana kini mahu meneruskan kelangsungan hidup kita. Kita yang menentukan apa yang kita pilih. Dalam dunia ini tidak ada kebetulan. Segalanya telah ditentukan dan tertulis. Cuma ada kala kita tersilap membuat pilihan kerana terdorong pada sentimen atau perasaan. Hakikatnya, pilihan itu adalah tanggungjawab kita. Jadi, berusahalah untuk membuat pilihan berani dan bijak.


2. Kenapa perlu pilih?
Tidak bolehkah kalau tidak memilih? Ah, sememangnya hidup ini perlu memilih. Kita kena pilih sama ada kita mahu menuju ke arah A atau B. Kita tidak boleh menuju kedua-dua arah secara serentak. Tujuannya ialah supaya langkah kita itu teratur dan berkesan. Tidak carca-merba. Kita perlu menyandang tanggungjawab terhadap diri dan masa depan kita. Usah biarkan orang lain membuatkan keputusan untuk kita kerana kita yang tahu apa yang kita mahu. Bukan orang lain.

3. Apa manfaatnya?
Seboleh mungkin jangan tersalah pilih kerana kemampuan kita untuk membuat pilihan yang tepat terhadap hidup kita akan memberi manfaat pada diri kita sendiri. Jika kita memilih kerjaya yang sesuai dan akhirnya memberi peluang yang terbuka luas pada kita pada masa depan, maka beruntunglah. Oleh itu, berilah sebanyak masa yang boleh untuk diri kita berfikir sebelum membuat sesuatu pilihan kerana ia adalah masa depan anda.

Foto Carian internet

4. Apa akibatnya?
Kesan daripada pilihan yang dibuat itu akan kita rasa sama ada sebaik sahaja keputusannya keluar atau pun selepas beberapa ketika setelah sesuatu terjadi. Jadi, sama ada kesan jangka pendek atau jangka panjang, kitalah yang sebenarnya bertanggung jawab penuh terhadap akibat yang diterima. Jika hal baik yang berlaku, bersyukurlah tetapi jika tidak menjadi atau gagal, usahlah terlalu panik. Segera perbaiki kesilapan kita dan usah ulangi pilihan salah pada masa depan. Hidup perlu diteruskan.

5. Bertawakal!
Doa itu usaha dan tawakal itu berserah pada Allah. Setelah membuat pilihan atau keputusan, maka berserahlah selebihnya kepada yang Maha Berkuasa. Kita hanya insan yang lemah dan tidak sempurna. Jika kita berjaya, maka berbahagialah. Jika tidak, usah kecewa.  Beri peluang kedua pada diri kita. Selagi hayat dikandung badan, usah berhenti berharap dan berusaha sebaik mungkin. Paling utama, berserah dan pasrah!

Semoga anda semua mendapat manfaat daripada solusi yang disarankan. Jika artikel ini berguna untuk anda, kongsikan ia dengan rakan-rakan dan keluarga. Sila nyatakan Sebarang cadangan, komen dan perkongsian di bawah. Selamat mengulangkaji manifesto terbaik dan selamat mengundi. Jumpa lagi!


Sekian,
Liza Ali
Facebook: Liza Ali
www.123mamanet.com
19

Bagus
36

Marah
39

Terkejut
26

Sedih
26

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (179 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 28-4-2018 02:45 AM
Sis vokuru dah tekad nak pangkah gajah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.284737 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top