CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Beri Ikan Atau Tangkap Ikan

30-4-2018 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3154| Komen: 6

Description: Kempen pilihanraya sedang rancak.Sebenarnya kempen pancing undi dah berjalan lama.Janji bertaburan. Sagu hati pun bertaburan. Duit kocek pun ada .Segala macam.Baguslah tu. Orang susah memang patut dit ...
Kempen pilihanraya sedang rancak.
Sebenarnya kempen pancing undi dah berjalan lama. 
Janji bertaburan. Sagu hati pun bertaburan. Duit kocek pun ada .Segala macam.


Baguslah tu. Orang susah memang patut ditolong. Wajib. 

Saya tekankan “orang  susah’. Tapi orang “senang" pun patut ditolong. Kerana mereka pun ada susahnya. Definisi susah untuk orang susah dan susah untuk orang tak susah, berbeza. Tapi hakikatnya susah in their own way. Dan semua memerlukan bantuan. Begitu juga orang kaya. Seluruh rakyat Malaysia mesti diberi pertolongan. Cuma cara berbeza. 


Yelah takkan nak beri RM250 sagu hati kepada orang yang berpedapatannya RM15,000 sebulan. Namun dia ada masalah tersendiri yang memerlukan bantuan. Mungkin kelonggaran syarat pinjaman rumah. Mungkin soal cukai. Sekadar contoh. 


BR1M diakui bagus. Sedikit sebanyak meringankan beban kewangan orang orang susah, orang berpendapatan rendah. Buat seketika. Tapi ok lah juga pada takde..

Tapi bagi golongan miskin, yang tidak ada punca pendapatan tetap ia tidak mencukupi.  
Bagaimana pula golongan pertengahan. Ramai rakyat Malaysia itu adalah kelas pertengahan. Mereka tidak layak sebagai penerima BR1M jika berdasarkan gaji bulanan. Dan mereka bayar cukai pendapatan. Mereka bukan kaya raya. Mereka pun kesempitan.

Tapi apa bantuan untuk mereka? Lazimnya tak ada. Sebab ? Mereka miskin tidak, kaya pun tidak. Sana tak dapat, sini tak dapat.
Lantas seperti orang miskin dan orang susah mereka juga perlu bantuan. Itu  sebab dkatakan tadi semua perlu bantuan –cara dan kaedah berlainan, mengikut keperluan golongan terrtentu.

Kenaikan gaji, elaun dan macam macam lagi memang bagus. Cuma ingin bertanya daripada sumber kewangan uttuk menunaikan janji. Kalau ada cukup untuk digunakan Alhamdulillah. 


Kalau kantong tak cukup penuh, ada dua kemungkinan  - 1) buat pinjaman 2) buat dak, janji tak ditepati. Itu yang dibimbangi.
Baru baru ini ( kira baru lah juga ) Tengku Mahkota Johor bermurah hati memberi peluang kepada rakyat beli barangan keperluan di pasar raya dan beliau sendiri yang membayarnya. Setiap  orang diperuntukkan RM3000.

Perebutan berlaku untuk mengambil seberapa barangan yang sempat sebelum pasar raya tutup. 
Kita tahu bagaimana keadaan di pasar raya berkenaan selepas shopping spree berakhir.

Saya tak salahkan orang ramai. Saya pun akan berbuat demikian jika saya berada di sana ketika itu.
Tidak lama kemudian Datuk Seri Najib Razak memberi kad petrol untuk pemandu teksi. Perebutan turut berlaku.
Saya tak salahkan pemandu teksi yang berebut. 

Realitinya ramai di antara kita yang mengalami kesempitan kewangan ditekan  masalah yang timbul akibat ekonomi yang lembab, kos hidup yang meningkat.

Semua foto: Carian internet
Persoalannya mengapa dan bagaimana ini berlaku.
Sesiapa pun yang memerintah ini satu masalah yang mesti diatasi.

Bantuan “ciput ciput” ok tapi janganlah sampai wujud keadaan rakyat seolah olah mengemis atau komoditi yang boleh dibeli.
Yang diperlukan sesuatu long term. Not a welfare state .

Teringat kata kata ini: "Jika kamu beri seseorang ikan, dia akan makan selama sehari. Jika kamu ajar dia tangkap ikan dia akan makan sepanjang hayat".
5

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
18

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote devilito2 30-4-2018 01:17 PM
"Jika kamu beri seseorang ikan, dia akan makan selama sehari. Jika kamu ajar dia tangkap ikan dia akan makan sepanjang hayat".
Quote JowY 30-4-2018 01:43 PM
xleh buat dikotomi mcm ni

org miskin mmg xde peluang byk, lagipun xde masa belajar kemahiran baru, kena keje utk cari makan kan

org miskin bkn semuanya malas atau xde hasrat utk belajar

beri makanan  = beri masa utk belajar kemahiran baru = beri peluang

jgn menangani isu kemiskinan dari segi org kaya

Quote chicozinn 30-4-2018 03:07 PM
tau xpe..jurang miskin n kaya sangat jauh kot..blum lagi masuk miskin bandar..sdih tau..
Quote kakmonaBN 30-4-2018 03:13 PM
pembangkang promote rakyat hidup susah dalam masa yang sama mintak derma rakyat tuk kempen pru gantung bendera yang tak ada hasil

giler punya kencing

Quote makkenits 30-4-2018 05:30 PM
JowY replied at 30-4-2018 01:43 PM
xleh buat dikotomi mcm ni

org miskin mmg xde peluang byk, lagipun xde masa belajar kemahiran baru ...

ni aku punya honest opinion ye.. org miskin majoritinya miskin segala2 - miskin harta dan paling rugi, miskin sikap!!! miskin harta - harta boleh dicari bila diberi peluang dan usaha.. tapi bila miskin sikap, nothing can be done.. aku pernah berpeluang mingle with them some time ago.. tlg salur bantuan dan bimbing mereka utk tambah pendapatan atau kemahiran... kat malaysia ni, sebenarnya bnyk bantuan kpd golongan miskin samada daripada federal, state, private or NGO.. terlalu banyak... tapi yg betul2 amik peluang ni utk ubah life diorg, boleh dikira dgn jari...

seronok tgk yg tau amik peluang bila diberi peluang untuk tambah pendapatan atau pi ke pusat kemahiran (elaun bulanan diberi ye).. tu termasuk kelas motivasi (dapat elaun harian / elaun hilang pendapatan)... ada yg berjaya dapat pendapatan beribu sebulan bila tau guna peluang diberi.. tp sedihnya, bnyk juga yg mengharap bantuan cash money shj.. bila disuruh smbg belajar di pusat kemahiran - tak minat, nak tunggu bf masuk minang (ni jawapan yg real aku pernah dapat bila tanya kenapa tak nak masuk kelas kemahiran).. bila diberi bantuan perniagaan, modal dibuat beli motor baru or peralatan dijual utk dpt cash money.. bila diminta pi kelas motivasi, semua pakat lari nak balik rumah (last2, aku organize bw diorg dgn bas pi ke kem di kawasan ulu banat.. xleh nak lari balik rumah dah tp terpaksa berkawan dgn mak lampir.. padan muka aku dgn diorg)..

so, jgn kata org miskin tak diberi peluang.. yg x pernah dapat bantuan tu, mungkin ada sebab tertentu yg kena diselidik terlebih dahulu.. plus, org yg betul2 miskin, selalunya diorg x reti nak meminta atau mencari sumber bantuan... bila dapat bantuan tu, atas sebab keprihatinan masyarakat sekeliling yg laporkan dia pd gomen, ngo, etc... tp org yg suka amik kesempatan atas peluang yg disediakan oleh federal, state, private or NGO, diorg akan usaha cari dan dapatkn bantuan but then disalahgunakan..

Quote JowY 30-4-2018 10:47 PM
makkenits replied at 30-4-2018 05:30 PM
ni aku punya honest opinion ye.. org miskin majoritinya miskin segala2 - miskin harta dan paling r ...

pandangan kamu betul jugak, tapi bukan semua

betul, dunia ini mmg penuh dgn org malas belajar, org kaya pun ada yg malas dan suka main skim cepat kaya je

pandangan aku, kita kena pikir dan buat research utk paham sbb org miskin mempunyai minda/sikap mcm ini. salahkan golongan ini takkan menyelasai masalah

beri ikan atau ajar tangkap ikan, kedua2 boleh gagal kalau kita tak paham dgn sepenuhnya

dan kedua2 boleh membantu golongan miskin kalau kita ade buat research

universiti ade byk, tapi semua sibuk main ranking, keluarkan research yg xleh bantu transform masyarakat





Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.104290 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top