CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:

Untuk Apa Aku Hidup Di Dunia Ini?

8-5-2018 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3561| Komen: 12

Description: Kali ini saya ingin berbincang mengenai persoalan yang sering bermain dalam hati kita. Dalam kesibukan kita sehari-harian, tentu pernah kita terhenti dan berfikir sejenak lalu bertanya pada diri sendi ...
Kali ini saya ingin berbincang mengenai persoalan yang sering bermain dalam hati kita. Dalam kesibukan kita sehari-harian, tentu pernah kita terhenti dan berfikir sejenak lalu bertanya pada diri sendiri.


“Aku tak tahu ke mana arah hidupku lagi.”
“Apa yang aku buat dalam hidup ni?”
“Apa ertinya hidup aku ni?”

Ya, sebagai langkah selamat, pasti akan ada yang menjawab bahawa hidup ini adalah satu persinggahan dan akhirat adalah destinasi yang kekal. Memang jawapan itu tidak salah secara literalnya. Bagaimanapun, ia terlalu umum kerana hidup saban hari perlu terisi dengan perkara yang bermanfaat bukan untuk diri kita tetapi untuk umat. 


Sejauh Mana Aku Mampu Menyumbang Kepada Kebaikan Sejagat? 


Ya, sebagai insan kerdil, pasti soalan itu terlalu besar. Namun, jika dilihat dari konteks yang lebih kecil, anda boleh memberi kebaikan orang di sekelilng anda. Begitu juga dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan. 

Beri nilai kepada kehidupan orang atau makluk lain, barulah anda akan rasa hidup anda lebih bernilai. Jadi, apa yang boleh anda lakukan? Mudah saja, mulakan dengan perkara yang kecil tetapi besar maknanya, di persekitaran anda dan anda mampu menyawalnya seperti berikut:

1. Hormati dan sayangi diri anda. Lindungi diri anda daripada perkara negatif dari segala segi. 
2. Hormati dan sayangi ibu bapa serta keluarga anda. Lindungi mereka, bantu mereka dan berusaha menggembirakan mereka.
3. Jaga lidah anda daripada menyakiti perasaan orang lain. Jaga juga jari anda daripada tidak menyebarkan keburukan di dalam internet dan sosial media.
4. Jaga persekitaran anda. Jaga kebersihan dan elakkan pembaziran. Sentiasa membersih dan mengemas rumah dan persekitaran.
5. Beri perhatian kepada haiwan peliharaan atau yang terbiar. Letakkan rasa ehsan dan beri mereka sedikit makanan dan minuman.
6. Menanam dan menjaga tumbuh-tumbuhan di persekitaran anda agar subur juga akan mampu membuatkan hati anda berasa senang.

Aku Dah Buat Semua Itu Tetapi Aku Rasa Tidak Cukup Bahagia!

Berasa hebat dan puas adalah satu kehendak. Manusia memang tidak lari daripada kehendak yang keterlaluan hingga mereka sanggup melakukan perkara di luar kemampuan dan batas. Cubalah kawal diri anda dan bijak mengukur baju di badan sendiri. Usah terlalu mendesak diri anda. Itulah yang akan membuat anda stres.

Tanya pada diri anda, apa yang anda mahu dalam hidup ini. Apakah perkara di bawah ini yang sering anda rasa? 

“Aku mahu dipuji!”
“Aku mahu dipuja!”
“Aku mahu dicemburui!”
“Aku mahu membalas dendam!”
“Aku mahu buktikan yang aku bukan gagal!”

Foto Carian internet
Jika ada di antara perkara ini yang sering bermain di minda anda sebenarnya anda sedang bersaing dengan ‘kejahilan’ anda sendiri. Anda stres kerana ‘ketamakan’ anda sendiri. Jadilah diri sendiri. Tidak perlu buat sesuatu untuk menunjuk pada orang lain.

Misalnya, anda tidak perlu ‘check in’ bila anda berada di lapangan terbang kerana tindakan itu hanya semata-mata hendak memberitahu orang yang anda akan terbang sebentar lagi. Ia adalah satu rasa untuk ‘menunjuk-nunjuk’ atau riak, tidak kiralah apa pun niat anda sebenarnya.

Jika anda mampu membuang segala sifat mahu bersaing-saing dalam hidup, 90 peratus masalah anda akan selesai. Hiduplah mengikut kemampuan diri anda. Jika anda stres kerana memegang jawatan besar, lepaskanlah jawatan itu. Jika anda stres menanggung hutang yang besar, lepaskanlah hutang itu. Biarlah anda hanya jadi insan ‘kecil’ tetapi anda mampu membahagiakan diri dan orang di sekeliling anda.

Kesimpulannya, soalan-soalan yang anda tanyakan di atas itu, ada jawapannya bila anda mula memberikan perhatian kepada perkara kecil dengan penuh ehsan. Itulah tujuan anda hidup sebenarnya. Bukannya mengejar kemewahan, membuat hutang besar atau pun riak dengan kejayaan anda. 

Hiduplah seadanya dan nikmati sepenuhnya pemberian Allah. Hirup udara segar saban hari, prihatin dengan persekitaran anda. Lihatlah bulan bintang dan rasai kasih sayang Allah. Insya-Allah anda akan tahu tujuan hidup anda.
Semoga artikel ini bermanfaat pada anda semua. Jumpa lagi!

Liza Ali
www.123mamanet.com
24

Bagus
10

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
19

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 8-5-2018 01:35 PM
life is a long journey..
Quote grizz 8-5-2018 02:47 PM
kwn aku lg senang..wt je xtau..asal idup lg katenye..
Quote akik 8-5-2018 03:06 PM
grizz replied at 8-5-2018 02:47 PM
kwn aku lg senang..wt je xtau..asal idup lg katenye..

kawan kau gelandangan ke apa?
Quote noraidil_06 8-5-2018 03:09 PM
"Jika anda mampu membuang segala sifat mahu bersaing-saing dalam hidup, 90 peratus masalah anda akan selesai. Hiduplah mengikut kemampuan diri anda. Jika anda stres kerana memegang jawatan besar, lepaskanlah jawatan itu. Jika anda stres menanggung hutang yang besar, lepaskanlah hutang itu. Biarlah anda hanya jadi insan ‘kecil’ tetapi anda mampu membahagiakan diri dan orang di sekeliling anda."

I like this part. Life is easy if kite stop bersaing
Quote grizz 8-5-2018 03:26 PM
akik replied at 8-5-2018 03:06 PM
kawan kau gelandangan ke apa?

xdela..die wt je pe yg die nk..
xkisah pon kne maki ke..kne kutuk ke..kne puji ke..
bile tnye xmarah ke org yg maki ko..
tu la jwpn die..asal idup lg okey la tu..
xjejas idup die pon..

Quote akik 8-5-2018 03:42 PM
grizz replied at 8-5-2018 03:26 PM
xdela..die wt je pe yg die nk..
xkisah pon kne maki ke..kne kutuk ke..kne puji ke..
bile tnye xm ...

coolnya kawan kau. jangan simpan dalam dah lah.
Quote grizz 8-5-2018 03:46 PM
akik replied at 8-5-2018 03:42 PM
coolnya kawan kau. jangan simpan dalam dah lah.

yg tu xtau..klu simpan dlm..
menakutkn kot klu meletop tetiba..
kalah hirosyima kne bom gamaknye..

Quote Cari-suzy 8-5-2018 05:43 PM
thank you..sangat bermanfaat..sy nak masukkan dalam blog saya ye kak Liza Ali.
Quote mommymonster82 9-5-2018 02:18 AM
Terbaik artikel ni..
Insaf...
Tq puan penulis..
Terbaik
Quote lilac85 9-5-2018 10:31 AM
grizz replied at 8-5-2018 03:26 PM
xdela..die wt je pe yg die nk..
xkisah pon kne maki ke..kne kutuk ke..kne puji ke..
bile tnye xm ...

Bgs kwn ko tu
Quote mbhcsf 9-5-2018 03:17 PM
untuk ape saya hidup ?
untuk redha ALLAH dan semestinya ini perjuangan personal.

bila  letakkan itu maka kita fokus je , so ada saya kesimpulan akhir itu adalah jawapannya.

Quote Amalinarazi 14-5-2018 02:01 PM
Thank you for the write up

Lihat semua komen(12)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-8-2022 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.069017 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top