CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Saya Benci Dengan Apa Yang Saya Lakukan! Saya Ingin Berubah!

23-5-2018 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7716| Komen: 11

Description: Ada masanya anda akan berasa seperti jeran mahu bersiap dan pergi ke tempat kerja. Atas sesuatu sebab, anda mungkin berasa sedih, kecewa, rendah diri, malu atau kesal. Bahkan anda tidak mahu hal itu b ...
Ada masanya anda akan berasa seperti jeran mahu bersiap dan pergi ke tempat kerja. Atas sesuatu sebab, anda mungkin berasa sedih, kecewa, rendah diri, malu atau kesal. Bahkan anda tidak mahu hal itu berulang lagi dalam hidup anda dan anda mahu melakukan sesuatu yang lebih baik, baru atau berbeza atau yang sudah lama anda pendam. 


Bila anda berasa sebegini, tidak ada yang lebih baik melainkan anda ‘berubah angin’.  Perubahan boleh dilakukan secara organik menerusi kehidupan yang kita lalui dan mahukan. Bila anda rasa baik, sekaligus anda akan rasa kuat dan berkemampuan untuk menghadapi sebarang situasi.

Tidak mustahil dalam beberapa bulan anda akan mampu tersenyum semula. Daripada rasa ‘hampa kecewa’ dulu berubah pada rasa ‘hidup menjadi-jadi’. 

Apa yang berlaku? Semestinya sebab anda sudah berubah dan sebenarnya ada teknik dan cara untuk berubah. Sebelum itu kita kena lihat dulu mengapa kita kena berubah.


Kenapa perubahan itu penting untuk setiap orang?

Seperti hal lain dalam hidup, rasa untuk berubah ini bukan datang dalam sekelip mata. Ia kadang-kadang mengambil masa berdekad lamanya. Hingga bila anda rasa sudah tidak tertanggung dan terlalu stres dan jiwa rasa tidak tenteram lagi. Barulah anda sedar yang anda mahu berubah kerana terdesak.

Sekali gagal tidak akan membuatkan anda serik tetapi bila berkali-kali gagal atau tepu barulah anda akan terfikir bahawa jalan yang anda ambil itu mungkin salah. Jadi, anda kena cari cara lain yang boleh memberikan keputusan yang lebih baik. 

Di sinilah baru anda sedar bahawa ada beberapa perkara perlu kita ubah dalam hidup anda. Hal ini meliputi tentang kerja, perhubungan atau persekitaran anda.

Antara tanda-tanda anda perlukan perubahan:

1. Anda tidak boleh tidur atau tidak boleh bangun. 
2. Sedih, hiba, kecewa dan rendah diri.
3. Tidak boleh fokus pada buku yang dibaca.
4. Tidak boleh fokus pada kerja atau pelajaran.
5. Tidak berminat untuk belajar atau tidak ada hobi.
6. Tiba-tiba mendapat ruam/ulser, sakit kepala atau sakit-sakit badan.
7. Makan terlalu banyak atau hilang selera.
8. Menjauhkan diri daripada rakan-rakan dan keluarga.
9. Baran atau mengeluh setiap masa.

Lebih teruk lagi, semua masalah di atas memakan diri anda secara senyap. Ia merosakkan kesihatan, kerjaya, perhubungan, peluang, kejayaan dan kehidupan anda secara keseluruhannya.

Foto Carian internet
Faedah Untuk Membuat Perubahan Positif

Tentulah faedah yang diperoleh daripada perubahan positif itu bukan sedikit. Anda akan menjadi orang baru atau bagai dilahirkan semula. Umumnya orang yang sering stres akan mempunyai sikap ‘down’ yang merosakkan hidupnya. Berlawanan daripada senarai di bawah, anda akan mendapat manfaat yang sebaik-baiknya bila berubah.

Untuk benar-benar merangsang hati anda agar berubah, lihatlah hasil yang bakal anda dapat:

1. Pendapatan meningkat
2. Tidak lagi takut orang kata
3. Tidak lagi cuba memuaskan hati semua orang 
4. Lebih yakin dan berjaya mengatasi rasa malu
5. Lebih gembira dan bahagia
6. Lebih sihat
7. Kerjaya baru
8. Lebih yakin di depan orang ramai
9. Yakin dengan prinsip mereka
10. Jualan lebih baik
11. Bisnes tambah maju

Foto Carian internet
Mungkin senarai di atas terlalu sempurna tetapi itulah yang selalunya berlaku bila anda semakin positif dan mahu berubah. Memang ia bukan mudah untuk dicapai tetapi bila anda mahukan yang terbaik untuk dirinya, maka ia akan berusaha bersungguh-sungguh.

Semoga artikel terakhir saya ini bermanfaat pada anda semua. Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon jutaan ampun dan maaf jika ada kesalahan saya sepanjang saya bersama anda di ruangan ini.

Jika anda ingin mengetahui ‘Cara Berkesan Untuk Berubah’ bolehlah ikuti sambungan tulisan saya ini  di http://123mamanet.com/cara-berkesan-untuk-berubah/ dalam ruangan INSPIRASI. Sayonara.

Liza Ali
www.123mamanet.com
36

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
28

Sedih
30

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (156 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote deluca 24-5-2018 02:12 AM
Saya suka kerja sayaaaaa
Quote grizz 24-5-2018 09:23 AM
xsuke keje pon kne hadap la..sbb dgr cite member dorg lg trok..
so bersyukur la ade keje..
Quote myakayina 24-5-2018 10:51 AM
psl kerja mmg takde masalah.. i love what i'm doing now..its just about my personal life..complicated..
Quote tunangku 24-5-2018 05:05 PM
Klau saya stress.. mmg x leh g keja.. kena m.c
Terus melayang rm50
Mmg betullah org sakit jiwa ni byk rugi..berbanding dgn org positif
Quote misscendol 25-6-2018 11:54 AM
dont stress.... go travel....
Quote cikkittydiva 28-11-2018 07:23 AM
Aku rasa ni cepat baran la lately ni..  suka duduk sendiri2..  kena ubah ni.. mcm takde life sejak benti keje.{:yameteh
Quote Cutedebok 20-12-2018 08:42 PM
Saya sayang diri saya
Quote nanayaya 13-10-2020 03:30 PM
Kadang-kadang pernah rasa begini
Quote neerxa 15-3-2021 01:18 AM
Buat double job la. Satu yg bg ko duit. Satu yg buat ko happy
Quote Bylaaz 19-3-2021 10:15 PM
Buat apa yang hati kita suka
Quote pikah89 27-7-2021 11:08 AM
Hmmm saya skrg nk cri kje baru je

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055552 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top