Sejak kebelakangan ini, viral palsu yang berunsur fitnah yang sengaja dikenakan ke atas Polis Diraja Malaysia, PDRM boleh dikatakan berulang kali berlaku.
Terbaru, dakwaan kecurian 30 baju uniform anggota polis di sebuah kedai dobi di Subang Jaya dinafikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitter rasminya. Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari, dalam laman Facebook Polis Daerah Subang Jaya pula berkata dakwaan kecurian itu yang diviralkan di laman media sosial sejak Selasa adalah cerita viral lama. “Viral ini adalah palsu…Tiada kes seperti ini dilaporkan di daerah Subang Jaya (baru-baru ini),” katanya. Mohammad Azlin turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita dan perlu memastikan kesahihan berita itu sebelum diviralkan.
Kes kecurian baju uniform polis itu dilaporkan pada Februari tahun lepas. Seorang pemilik kedai dobi membuat laporan polis apabila menyedari sebanyak 30 helai uniform polis telah dicuri dari kedai itu selepas dipecah masuk.- CARI |
28
Bagus |
21
Marah |
20
Terkejut |
28
Sedih |
22
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT