CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Viral Budak Lelaki Hilang, Noor Ayrill Ditemui Selamat

6-11-2016 02:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16321| Komen: 144

Description: Kanak-kanak lelaki 10 tahun, Noor Ayrill Aqasha yang dilaporkan hilang sejak 31 Oktober lalu, akhirnya dijumpai selamat.

Kanak-kanak lelaki 10 tahun, Noor Ayrill Aqasha yang dilaporkan hilang sejak 31 Oktober lalu, akhirnya dijumpai selamat.

Memetik laporan Berita Harian, budak lelaki yang diviralkan hilang itu ditemukan di sebuah perhentian bas oleh seorang remaja di Ampang, jam 7 malam pada Sabtu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu sebelum ini dilaporkan terakhir dilihat berada di sekitar kawasan Jalan Jejaka 9.

Dia juga dikatakan sering keluar rumah, namun kebiasaannya akan pulang sendiri. - CARI

Foto: Astro Awani


22

Bagus
18

Marah
26

Terkejut
25

Sedih
20

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babyleo68 6-11-2016 02:33 AM
Alhamdulillah dah jumpa and selamat.. Jalan jejaka dekat je ngan rumah iolls selalu gi beli barang kat aeon maluri tu
Quote FanTasyCreaTioN 6-11-2016 02:37 AM
Berita lebih detail

Thank to @MarryPottet  

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1020991&page=3#pid63592708

ADIK NOOR AYRILL AQASHA SUDAH DIJUMPAI

Kuala Lumpur, 6 November 2016 - Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, 10, yang dilaporkan hilang ditemui selamat oleh abang kepada rakannya di perhentian bas di Ampang, lewat petang ini.

Bapanya, Noor Shahril Yusmarizal, 39, berkata anaknya dijumpai Mohd Ismail Abdullah, 15, iaitu abang kepada rakan Noor Ayrill Aqasha, ketika dalam perjalanan menuju ke rumah kawannya di Bukit Ampang.

"Saya hanya tahu mengenai berita penemuan dia apabila dimaklumkan oleh bekas isteri kerana ketika itu saya tiada di rumah kerana sedang mencari anak saya di luar.

"Saya amat bersyukur dia ditemui dalam keadaan selamat. Itu yang paling penting," katanya ketika dihubungi.

Noor Ayrill Aqasha sebelum ini dilaporkan hilang pada 31 Oktober lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.

Sementara itu, Mohd Ismail pula berkata, dia memang kenal kawan adiknya itu, terutama apabila kehilangannya menjadi viral di media sosial.

Sumber: Harian Metro via fb PDRM

Quote kaishi 6-11-2016 02:43 AM
Alhamdulillah dah jumpa..... harap tak ada trauma pape
Quote FanTasyCreaTioN 6-11-2016 02:58 AM


Berita lebih awal ada kat sini
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1020991&extra=page%3D1

Quote kuzaime 6-11-2016 07:20 AM
Syukur selamat..mak @ bapaknya tolonglah peka..umo 10 tahun dh biasa n selalu keluar umah sndiri..
Quote mirandanicky1 6-11-2016 07:21 AM
Alhamdulillah syukur dh jumpa selamat
Quote awaynepian 6-11-2016 07:25 AM
Alhamdulillah....
Quote sarahmirza 6-11-2016 07:27 AM
FanTasyCreaTioN replied at 6-11-2016 02:58 AM
Berita lebih awal ada kat sini
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1020991&e ...

Kau jangan buat2 senyum ya dik.
Dah tak balik rumah beberapa hari, risaukan mak, risaukan orang ramai lagi.
Lepas ni kena kurung je budak ni, jangan beri keluar sendiri.
Pergi sekolah balik sekolah je boleh.


Quote fishcracker 6-11-2016 07:30 AM
selama ni duk rumah kawan ke tu..berani budak ni x balik
Quote akusukaq 6-11-2016 07:57 AM
kecik lagi dah bagi masalah, besar nanti entah laa
Quote HazeLJoseph 6-11-2016 08:01 AM
Kau pergi mana dekk oii,  takkan laa tido rumah gf ala ala cerita budak villa nabila tu
Quote miftahuljamilah 6-11-2016 08:08 AM
Risau area tu dekat dengan sekolah saya..kawasan bandar yang sibuk ..budak2 sekarang pkl 11 mlm pun ada pergi main kat rumah kawan tak balik2
Quote raihaneem 6-11-2016 08:33 AM
Dia boring kot...ayah p kerja, dok di bilik sewa..
Hrp ibu bapa dia slow talk tnya dia...bhya dok kerap keluar sorang2 mcmtu
Quote shanshero 6-11-2016 08:49 AM
family problem ka dah 3 bulan tak pegi sekolah
Quote Sazida 6-11-2016 09:00 AM
FanTasyCreaTioN replied at 6-11-2016 02:58 AM
Berita lebih awal ada kat sini
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1020991&e ...

Kudusnya muka ko dekkk lpas jumpa boleh smiling mcm takde ape belaku., tgk kau pun xde la busuk mcm budak xmandi.. Elok je. Hmm, kalau ye pn nk bwk diri, tgu lg 10 thun dekk oi. Bukan skrg. Ni kalau adik aku, da lempang 60x bertubi2.,
Quote ronapink 6-11-2016 09:05 AM
budak kurang sayang,rajin keluar merayau..pas2 xsekolah..

besar nanti ada harapan jadi samseng, sbb dia berkawan dengan budak2 besar yang dah xsekolh,

akan terlibat dengan rokok pas2 dadah
Quote lostfaith 6-11-2016 09:25 AM
Anak anak mangsa perceraian ni kesian.
Quote idakamaruddin 6-11-2016 09:36 AM
FanTasyCreaTioN replied at 6-11-2016 02:58 AM
Berita lebih awal ada kat sini
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1020991&e ...

amboi dik kecik2 rambut berhighlight

parent bercerai anak2 terbiar

duk plak kwsan bandar..byk terdedah ngn benda bukan2

elok la plak mak bapak ckp sllu keluar n biasa blk sendiri

budak kecik lg tu oiii
Quote awekjepun 6-11-2016 09:46 AM
Blh tak aku nak speku dia stay di rumah rakan dia, bila dh kecoh..si abg antar pulang & ckp jmpa tepi jln..
Apa pun..alhamdulillah sbb dh jmpa..

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.075041 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top