Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia telah ditemui oleh pihak polis Indonesia dalam sebuah longkang di Desa Liberia,Teluk Mengkudu di daerah Serdang, kira-kira 50km dari Medan Rabu lalu.
Menurut laporan portal berita, medansatu.com, indentiti mayat itu disahkan berdasarkan cebisan tiket pesawat yang ditemui dalam poket seluarnya dan difahamkan dia memasuki Medan pada pukul 7 malam,Isnin lepas. Jurucakap polis Seksyen Teluk Mengkudu dipetik sebagai berkata, selain cebisan tiket itu polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan pemeriksaan dengan pihak MAS mengesahkan berdasarkan tiket itu bahawa individu tersebut seorang penumpang warga emas bernama Mohd Ladzim Abdullah, berusia 65 tahun dari Kuala Selangor.
Polis berkata, terdapat kecederaan kesan seretan pada bahagian muka dan badan mayat itu yang kini ditempatkan di Hospital Bhayangkara Polis Sumatera Utara di Medan untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi berkata, pihak Konsulat Jenaral Malaysia di Medan telah diminta untuk membantu dan bekerjasama bagi mengenal pasti mangsa.- CARI |
13
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
23
Sedih |
10
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
FOTHER-MUCKER replied at 17-11-2016 03:21 PM
Betulke warga Malaysia?
Mana tau kalau warga Indonesia guna ic warga Malaysia?
meklalala replied at 18-11-2016 11:38 AM
sedihnya..takziah untuk keluarga mangsa...agak2 dia pergi bercuti dengan siapa ya? kesian sangat kal ...
rospinki replied at 18-11-2016 12:14 PM
tah2 pegi keajr minah indon ..langsung kena rampok disana
ADVERTISEMENT