Sejak semalam lagi, dua keping gambar tersebar meluas di sosial media yang memperlihatkan seorang pengawal keselamatan warga asing dalam keadaan berlumuran darah yang dikongsi menerusi akaun Facebook yang bernama Jamal Ismail.
Memetik laporan online portal Malaysian Digest, kejadian yang berlaku pada 5 November lalu sekitar jam 6 petang itu difahamkan berpunca daripada pengawal keselamatan yang berbangsa Bangladesh tersebut dikatakan cuba mencabul seorang wanita mengandung di dalam tandas awam di pusat istirehat R&R Tanjung Puteri, Johor Bahru. Menurut Jamal Ismail yang merupakan suami mangsa, suspek melulu masuk ke dalam tandas dan bertindak memegang kemaluan isterinya. Terkejut dengan perbuatan pengawal keselamatan itu, isterinya menolak warga asing itu sebelum bergegas mendapatkannya. “Malah lelaki itu turut berkata yang dia mahu memegang kemaluan isteri saya. Isteri saya terus lari keluar mendapatkan saya. Saya terus cari dan berjumpa dengan lelaki itu.”
Sehubungan itu, Jamal turut kesal kerana rakan suspek yang dikenali sebagai Husin tampil mempertahankan suspek dan mahu memukulnya, selain pihak R&R merayu agar tidak membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. Dalam pada itu Jamal mengingatkan orang ramai khususnya kaum hawa agar cari teman bersama sekiranya ingin menggunakan tandas di R&R atau pun di mana sahaja supaya lebih berhati-hati dengan segelintir pengawal keselamatan warga asing. - CARI
|
13
![]() Bagus |
13
![]() Marah |
18
![]() Terkejut |
26
![]() Sedih |
36
![]() Lawak |
14
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spiderman80 replied at 6-11-2016 10:27 PM
Abangla kena fitnah!! Oh no!!
Kita mesti carikan keadilan untuk beliau!!
TuntungReturn replied at 6-11-2016 11:24 PM
mcm pelik cita ni. bini kena cabul x report polis. ni bukan kes curi mempelam bleh setel tepi
ADVERTISEMENT