CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima"-Fattah Amin

7-3-2025 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31061| Komen: 20|Original author: Raline

ai 2.PNG


Fattah Amin meluahkan kerisauan dan sedikit rasa kecewa apabila tidak dapat meluangkan masa bertemu anaknya tunggalnya, Nur Fatima Aisya yang kini berada dalam kondisi kesihatan yang kurang baik.

Dakwa Fattah atau Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, dia gagal untuk berjumpa dengan puterinya itu selepas beberapa kali membuat percubaan ke rumah bekas isteri, Nur Fazura.

“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima.

“Kasihan Fatima tak sihat, mohon doakan Fatima semua,” katanya dalam InstaStory.

ai.PNG


Dalam hantaran tersebut juga pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menangkap layar gambar anaknya menerusi Instagram anaknya yang dikawal bekas isteri.

Dalam foto dikongsikan, Fatima sedang makan ubat yang dipercayai disuap ibunya.

Namun, tidak dapat dipastikan penyakit yang menyerang si kecil itu.


Fattah dan aktres, Fazura bernikah pada 27 November 2017 namun bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Rentetan itu, hak penjagaan anak menjadi milik Fazura manakala Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan20002 7-3-2025 05:00 PM
tadi nanpak gak lalu kat ig. xtaw la masalah deme ni apa. hope ada penyelesaian yg baik.
Quote TeropongThaico 7-3-2025 05:40 PM
Lain machiam punya statement
Moga timoh sembuh cepat ye
Quote sharlenetexas 7-3-2025 05:43 PM
Berapa banyak thread tt oi.


Quote Gokuuu 7-3-2025 10:53 PM
Mcm ni nasib perceraian yg ada revenge di dlm
Quote adelea 8-3-2025 09:51 AM
Fazura ni spesies ngai gak ker ?
Duit nak , bapak tak bg jumpa dgn anak
Quote gigi 8-3-2025 10:40 AM
spesis meroyan duit raya tak abis2
Quote boudinniA 8-3-2025 10:45 AM
Netizen treat fattah dengan syuhada bekas isteri hafidz sama. Apa sahaja kata-kata theyols netizen terus percaya dan akan terus kecam dan maki ex theyols fazura dan hafidz kaw-kaw punya.
Quote haruslah 8-3-2025 11:23 AM
So gamba tu dr mana?
Quote whimsicalmusic 8-3-2025 09:10 PM
haruslah: So gamba tu dr mana?

die screenshot dari ig fatima tu
Quote weezerfan 8-3-2025 09:49 PM
Ig bgtau semua updet pasal budak tema ni.tapi ex laki x tau.
Quote Akalditipumata 8-3-2025 11:13 PM
boudinniA: Netizen treat fattah dengan sy ...
end up.. EX2 Tu hidup aman2.. hidup diorg yg kacau.. [em:4:]
Quote eyansss 9-3-2025 03:14 PM
boudinniA replied at 8-3-2025 10:45 AM
Netizen treat fattah dengan syuhada bekas isteri hafidz sama. Apa sahaja kata-kata theyols netizen t ...

kan...  agungkan sangat, last2 hamek ko kantoi macam2...  tunggu masa je hero pujaangg ni punya turn...
Quote kepompong 9-3-2025 09:46 PM
Muka fatimah dlm tered ni macam muka humairah . Itu je nak komen
Quote MadameOnion 12-3-2025 02:15 PM
hai..saya datang dari masa depan..rupanya kantoi penipuan abedol kejung....dasar muka tak malu acik2 keledek yg mengomen kat atas2 ni....dasar pemfitnah
Quote MadameOnion 12-3-2025 02:17 PM
adelea replied at 8-3-2025 09:51 AM
Fazura ni spesies ngai gak ker ?
Duit nak , bapak tak bg jumpa dgn anak

bethollll sesangat....kejammm si janda....
Quote princessmiang 12-3-2025 03:12 PM
boudinniA replied at 8-3-2025 10:45 AM
Netizen treat fattah dengan syuhada bekas isteri hafidz sama. Apa sahaja kata-kata theyols netizen t ...

Sejenis keledek bodoh tak nak siasat cerita sebenar! Si kayu ni menipu je
Quote adelea 14-3-2025 05:02 PM
boudinniA replied at 8-3-2025 10:45 AM
Netizen treat fattah dengan syuhada bekas isteri hafidz sama. Apa sahaja kata-kata theyols netizen t ...

Fattah tu dgn syuhada macam langit dgn bumi
Stop le generalize …

Syuhada  and Hafidz .. i lebih percaya hafidz

Fazura and Fattah … fattah lagi better bertiang than fazura … sorry to say laa uolsss …
Quote boudinniA 14-3-2025 05:25 PM
Pendapat masing-masing lah.
Tidak perlu sorry2 uols. Rasa kelakar pula
Quote princessmiang 14-3-2025 05:47 PM
adelea replied at 14-3-2025 05:02 PM
Fattah tu dgn syuhada macam langit dgn bumi
Stop le generalize …


HAHAHAHAHHAHAHAHAH KELEDEK2

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.093751 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top