Oleh : TS LOO
Apa yang dendam sangat sehinggakan seorang individu sanggup melepaskan 12 tembakan ke arah sebuah rumah? Malam kelmarin, sekitar jam 9.50pm, difahamkan seorang penembak melepaskan tembakan rambang ke arah sebuah rumah di Taman Bukit Desa yang bertempat di Jalan Banting yang menghala ke arah Seremban. Mujurnya tembakan yang dilepaskan tidak terkena anggota rumah tersebut yang terdiri daripada seorang wanita dan 3 orang kanak-kanak yang ketika itu berada di dalam. Setelah menerima aduan, pihak polis bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan. Berikutan sebelum ini seorang wanita yang merupakan tuan rumah tersebut pernah dua kali bergaduh dengan seseorang sehingga membuat laporan di balai polis, jadi pihak polis sedang menjalankan siasatan samada kejadian tembakan kali ini adakah berhubung kait dengan pergaduhan tersebut.
Berdasarkan laporan, ketika kejadian, tuan rumah tersebut sedang bersama tiga orang anaknya di ruang tamu, tiba-tiba seorang lelaki menjerit "Hoi" tiga kali di hadapan rumahnya. Kemudian, wanita tersebut pun buka pintu untuk meninjau keadaan sebenar, tanpa disangka, dia ternampak seorang lelaki yang menutup mukanya, angkat pistol menembak ke arah rumahnya. Dengan segera, wanita tersebut membawa ketiga-tiga anaknya sembunyikan diri. Difahamkan, sebanyak 12 tembankan telah dilepaskan oleh penembak berkenaan. Pihak polis sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.- CARI
|
14
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
oppol replied at 5-7-2016 06:53 PM
Penembak amatur nak kill ke nak sergah org nie.patut tembak kepala kau sendiri
dodolgemok replied at 5-7-2016 08:16 PM
Cacai2 dulu modalnya adalah "syukur malaysia masih aman". Sekarang ni cam gampang semua jenis jenaya ...
sabbath_shalom replied at 5-7-2016 08:19 PM
Acah2 ISIS sis...
oppol replied at 5-7-2016 09:47 PM
Dia ingat drama gerakhas ke panggil hoi tembak orang.
putehkundor replied at 6-7-2016 10:25 AM
Kelas lah sedikit kan daripada pakai parang
oppol replied at 6-7-2016 10:52 AM
Kelas apanya,beng!beng!bang!duablas das di lepaskan. satu pun tak hinggap.patut dia simpan sebutir ...
ADVERTISEMENT