CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Punca Kematian Disyaki Akibat Mangsa Terlibat Perniagaan 'Money Games'

8-7-2016 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6420| Komen: 15

Oleh : TS LOO



Rabu lalu, kira-kira 2.45 petang, seorang Wanita berbangsa Cina berusia 32 tahun difahamkan merupakan seorang ejen hartanah, maut ditembak beberapa das tembakan dari jarak dekat di Taman OUG, Jalan Klang Lama. kini disyaki punca kejadian adalah disebabkan pembabitan mangsa dalam perniagaan berunsur 'Money Game'. 

Menurut laporan Oriental Daily News, pihak polis dikatakan tidak menolak kejadian tembakan yang terjadi ada hubung kait dengan aktiviti 'Money Game' yang dijalankan oleh mangsa bersama suaminya. 

Akan tetapi, suami kepada mangsa sejurus kemudian membuat penafian bahawa mereka pernah membabitkan diri dalam pelaburan yang berunsur 'Money Game' di Nanning, China, sebaliknya menyatakan isterinya iaitu si mangsa sebelum ini pernah membuat gabungan pelaburan dengan seorang lelaki berbangsa Cina dalam perniagaan jubin seramik, tetapi telah ditipu oleh lelaki Cina terbabit sejumlah wang berjuta ringgit. 


Menurut laporan akhbar Sin Chew Jit Poh, suami kepada mangsa turut beritahu, isterinya sebelum ini pernah mengupah detektif swasta untuk mengesan lelaki Cina tersebut dan bersedia untuk menghantar orang mengambil balik duit mereka yang kena tipu, tanpa diduga isterinya telah dibunuh dengan kejam.

Tambahnya lagi, kini lelaki Cina itu tidak dapat dikesan, tetapi segala dokumen yang berkaitan dia telah pun serah kepada pihak polis dan diharapkan pihak polis dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya. - CARI





15

Bagus
11

Marah
21

Terkejut
16

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizzzek 8-7-2016 12:23 PM
tt baru bangun ke?
Quote si-buta 8-7-2016 12:30 PM
Cashhhhhh. Cash games
Quote mak_wa95 8-7-2016 01:22 PM
wartawan biasa..

copypaste je, apa susah
Quote akakmasihvogue 8-7-2016 01:49 PM
hal businsess laa nib...
Quote AbukRokok 8-7-2016 02:34 PM
harap lebih ramai lg tauke2 dan leader leader MLM ditembak mati hehehe
Quote abangbeca 8-7-2016 02:37 PM
Knp tak sambung tred yg dah ada..
Quote dizzzek 8-7-2016 02:46 PM
AbukRokok replied at 8-7-2016 02:34 PM
harap lebih ramai lg tauke2 dan leader leader MLM ditembak mati hehehe

amin......
Quote shida81 8-7-2016 03:10 PM
Ari tu kata x de musuh x de masaalah.... Ni Br skit.... Jap lg smua terbarai....
Quote dizzzek 8-7-2016 03:24 PM
shida81 replied at 8-7-2016 03:10 PM
Ari tu kata x de musuh x de masaalah.... Ni Br skit.... Jap lg smua terbarai....

biasalah
bila mati
semua jadi mulia
jadi saint
Quote poison_paradise 8-7-2016 05:12 PM
Hrp lebih ramai kene tembak kepala money game..
Quote CrowneGlory 8-7-2016 05:14 PM
Ingatkn ISIS yg tembak
Quote CrowneGlory 8-7-2016 05:14 PM
Ingatkn ISIS yg tembak
Quote MamaMima711 8-7-2016 05:24 PM
Dh agak dh..ada la benda salah dia atau suami dia buat.kalau kt dudk leklok x de buat salah pd org, xde nak kena tembak tetiba unless tembakan tersasar atau salah target
Quote Esmiria 8-7-2016 07:07 PM
aku act lbih wonder ejen wanita tu.lawo ke dok.hmm

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.200742 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top