CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jualan dan Pengiklanan 'Water Kangen' Tidak Ikut Peraturan- MOH

9-7-2016 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7750| Komen: 75

Description: Kangen water didakwa merupakan air alkali yang telah diionkan kononnya mampu menghapuskan 99 peratus bakteria serta berkesan untuk mengurangkan kolestrol dan juga penyakit berkaitan saraf.
Oleh : TS LOO


Menurut laporan Bernama, Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kerajaan memandang serius berhubung laporan mengenai penjualan air Kangen yang telah menjadi perbincangan hangat netizen dan telah viral di media sosial, jadi tindakan tegas akan diambil untuk membenteras pengedar minuman terbabit. 


"Kementerian kesihatan akan menjalankan ujian makmal ke atas produk ini kerana produk tersebut mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan."

Difahamkan, Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan. 

Kangen water didakwa merupakan air alkali yang telah diionkan kononnya mampu menghapuskan 99 peratus bakteria serta berkesan untuk mengurangkan kolestrol dan juga penyakit berkaitan saraf.

Ia juga didakwa boleh menghapuskan radikal bebas dan mengaktifkan sel-sel penting seperti DNA selain dikatakan mempunyai PH yang tinggi hampir menyamai PH air zam-zam.


Mesin 'Kangen Water' dijual pada harga lebih RM5,000 sehingga RM20,000 seunit bagaimanapun, air berkenaan turut dibotolkan dan dijual pada harga RM10 hingga RM20.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai penjualan/pengiklanan air Kangen atau mana-mana produk makanan/minuman lain yang diragui akuannya boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. 

Selain itu, mereka juga boleh melayari laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. - CARI




sumber : Bernama


15

Bagus
18

Marah
12

Terkejut
16

Sedih
23

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 9-7-2016 09:24 AM
mesin air kangen tu rm10,000 lebih dgrnya kt malaysia. klo kt aliexpress dlm rm1,500 je
Quote Innrukia 9-7-2016 09:46 AM
apa kelebihan air ni smpai ramai yg beli?
Quote otai_g 9-7-2016 10:31 AM
Ummah Melayu scam dan bisnes berpisah tiada.
Quote oppol 9-7-2016 10:32 AM
Apa yang di jual,air ke penapis?.
Quote famri7 9-7-2016 10:54 AM
Ummah bodoh dungu dan permasalahannya.cash lah elohim timpa bala kebodohan
Quote dizzzek 9-7-2016 10:56 AM
KANGEN -> MISS
Quote TuntungReturn 9-7-2016 11:19 AM
mesin air kangen bgk yg x taw sejenis mesin air yg bleh ubah die punya ph. so dpt menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Quote Changa 9-7-2016 11:40 AM
Baik kau beli jah mesin air alkali ke apa yg Panasonic itu, lagi murah dan reliable
Quote awaynepian 9-7-2016 11:56 AM
Bkn ummah melayu je beb..tpt aku ummah oriental yg beriya jual air n mesin nih..siap leh instalment
Quote hambaallah1709 9-7-2016 01:06 PM
emak aku pon ade beli air ni...sebab nye ialah, ade kenalan kami dulu kencing manis teruk...
busuk kaki nye, lepas minum air kangen, dah elok...
so dia pon beli lah mesin air kangen ni..
mak den pon sama jugak la membeli ...topup air ni rm5 sebotol
Quote GhostWalking 9-7-2016 04:13 PM
dizzzek replied at 9-7-2016 02:56 AM
KANGEN -> MISS

Kangen-Miss-Dewa19
Quote dizzzek 9-7-2016 04:17 PM
hambaallah1709 replied at 9-7-2016 01:06 PM
emak aku pon ade beli air ni...sebab nye ialah, ade kenalan kami dulu kencing manis teruk...
busuk  ...

tertipu la ni
Quote cmf_premierleag 9-7-2016 04:17 PM
hambaallah1709 replied at 9-7-2016 01:06 PM
emak aku pon ade beli air ni...sebab nye ialah, ade kenalan kami dulu kencing manis teruk...
busuk  ...

Serius ke lps minum air ni bleh sembuh penyakit kencing manis?
Quote hambaallah1709 10-7-2016 12:03 AM
cmf_premierleag replied at 9-7-2016 04:17 PM
Serius ke lps minum air ni bleh sembuh penyakit kencing manis?

dulu kaki kenalan mak ni memburuk...
hari hari kena g dressing kat klinik...
lepas minum air kangen ni katenye dah tak luka lagi kat area kaki tu..
dah boleh buat keje macam biasa...
mak iols tak beli pon mesin nye cume topup air kat mane2 ejen ...sebotol topup rm5...
pastu de jenis ph plak yang sesuai utk org dewasa budak dll..
Quote mamarock 10-7-2016 12:30 AM
TuntungReturn replied at 9-7-2016 11:19 AM
mesin air kangen bgk yg x taw sejenis mesin air yg bleh ubah die punya ph. so dpt menyembuhkan pelba ...

So.. Pencenlah doktor2x semua lepas ni. Minum air kangen terus baik sakit gitu
Quote Atifan 10-7-2016 12:41 AM
lps ni sure ada yg mntk pm kalau berminat
Quote ultra78 10-7-2016 01:24 AM
Yang mana lebih mujarab? Air jampi atau air kangen?
Quote TuntungReturn 10-7-2016 07:13 AM
cmf_premierleag replied at 9-7-2016 04:17 PM
Serius ke lps minum air ni bleh sembuh penyakit kencing manis?

pesakit kencing manis ckp cm tu.   tukang jual pun ckp cm tu. mcm stevia,kononya ganti gula untuk pesakit kencing manis,sudah kene potong kakk jgk.
Quote lasagnaklcc 10-7-2016 08:48 AM
Coway pon dah jual yg alkaline water purifier...

Btw family ada beli yg dlm botol2 utk cuci muka sbb penyewa rmh promote... berkesan la actually. Muka abah den dah kurg kusam. Ni testimonial tak tipu punya

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.067890 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top