CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kamera CCTV Terakam Serangan Tembakan, Budak 4 Tahun Nyaris Maut

14-4-2017 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2759| Komen: 5

Description: Isnin lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun berdepan detik menggerunkan apabila nyaris terkena dua das tembakan dalam satu serangan di Chandler, pinggir bandar Phoenix, Arizona.
Isnin lalu, bertempat di Chandler, pinggir bandar Phoenix, Arizona, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun berdepan detik menggerunkan apabila nyaris terkena dua das tembakan dalam satu serangan.


Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup CCTV, insiden tembakan itu menunjukkan kanak-kanak perempuan itu berada dalam sebuah kedai gunting rambut milik datuknya.

Memetik laporan CNN, tembakan berkenaan dilepaskan dua lelaki yang mahu menembak sebuah kedai tatu yang terletak bersebelahan dengan kedai gunting rambut tersebut, namun tembakan tersasar ke kedai dimiliki datuk kanak-kanak itu.

Dua das tembakan itu hampir terkena kanak-kanak berkenaan yang tidak didedahkan identitinya.

Mujur kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius dan hanya mengalami luka akibat serpihan kaca yang pecah, kata jurucakap polis.

Hanya satu das tembakan yang mengena kedai tatu itu, manakala dua das lagi tersasar ke arah kedai gunting rambut.

Polis berjaya menahan dua suspek, Michael David Hart, 23, dan Rafael Santos, 21, yang disyaki terlibat dalam serangan berbahaya itu.- CARI




sumber foto: CNN



5

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
9

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pixie902 14-4-2017 05:47 PM
berpantang maut sebelum ajal...panjang umur mu dik...
Quote Artemesiaa 14-4-2017 05:54 PM
Nyaris2 lagi mau trauma budak tu
Quote cheergirlz 14-4-2017 06:05 PM
peerrgghh...mmg ngeri laa klu jd bdk tue..trauma kot..
Quote nononcrux 15-4-2017 12:47 PM
Allahu siannye budak tu, ajal dimana-mana
Quote chinta89 16-4-2017 01:03 PM
panjang umur

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.056547 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top