CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Impian Perunding Jualan Nak Payudara Besar Bertukar Mimpi Ngeri

23-2-2024 07:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6256| Komen: 32



Kuala Lumpur: Hasrat seorang perunding jualan memiliki payudara besar bertukar mimpi ngeri apabila terpaksa membuang kedua-dua payudaranya menerusi pembedahan pada Januari lalu.

Ia selepas dia berdepan kesakitan serta mempunyai ketulan pada payudara akibat mengambil suntikan silikon kira-kira 20 tahun lalu.

Mangsa mahu dikenali sebagai Chan, 48, berkata, dia melakukan prosedur itu yang dibuat oleh pakar kecantikan yang tidak bertauliah.

"Pada mulanya, saya membuat rawatan muka dengan pakar kecantikan itu, namun dia mengesyorkan saya menjalani prosedur suntikan silikon.

"Dia memberitahu kos bagi suntikan terbabit hanya RM5,000 dan saya setuju menjalani prosedur berkenaan di salon kecantikan itu," katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong serta Penasihat Undang-Undang jabatan itu James Ee.


Menurutnya, dia mula melihat ketulan pada payudaranya kira-kira lima tahun selepas prosedur berkenaan sebelum merasai kesakitan tidak lama selepas itu.

"Tahap kesakitan itu tidak tertanggung sehingga saya saya sukar tidur. Pada 2022, saya pergi ke hospital swasta dan melakukan mamogram serta ultra bunyi, tetapi tiada apa-apa luar biasa dikesan pada payudara saya.

"Akhirnya saya melakukan ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) dan diberitahu oleh doktor bahawa ketulan itu disebabkan silikon berkenaan," katanya.

Chan berkata, dia kemudian pergi berjumpa dua pakar bedah plastik dari hospital sama yang menasihatkannya supaya membuang payudara atau terpaksa hidup dalam kesakitan sepanjang hayat.

"Apabila semua seperti tiada harapan, seorang rakan mengesyorkan saya pergi ke luar negara untuk menjalani pembedahan mengeluarkan silikon itu.

"Saya menjalani pembedahan mengeluarkan silikon itu di Vietnam pada Januari lalu membabitkan kos sebanyak RM25,000.

"Nasib baik pembedahan itu berjalan lancar dan saya bertuah kerana masih hidup meskipun kehilangan kedua-dua payudara.

"Ia sekali gus menyebabkan saya berani tampil berkongsi kisah ini kepada orang ramai,"katanya.

Sementara itu, Michael Chong berkata, prosedur kecantikan atau pembedahan plastik yang dijalankan oleh individu tidak berlesen akan memudaratkan kesihatan pesakit.

"Kami mendapati ada banyak kes wanita terpedaya dengan iklan pembedahan kecantikan di media sosial termasuk suntikan silikon yang akhirnya memakan diri mereka.

"Orang ramai yang mahu menjalani pembedahan atau prosedur kecantikan dinasihatkan supaya melakukan prosedur itu dengan pengamal perubatan bertauliah," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-2-2024 08:06 PM
Patutnya 20 tahun lepas pakai push up bra sahaja.


Quote akido_kido 23-2-2024 08:07 PM
tek besar2 pun nak gi mana..
Quote mrseller 23-2-2024 08:18 PM
akido_kido replied at 23-2-2024 08:07 PM
tek besar2 pun nak gi mana..

Lagi besar tek, sales lagi tinggi
Quote Belibis 23-2-2024 08:21 PM
mrseller replied at 23-2-2024 08:18 PM
Lagi besar tek, sales lagi tinggi

Jual apa sebenarnya hingga perlu tek besar?? Jual kereta atau jual poen.
Quote Tinot7 23-2-2024 08:42 PM
Belibis replied at 23-2-2024 08:21 PM
Jual apa sebenarnya hingga perlu tek besar?? Jual kereta atau jual poen.

Semua jualan.. asalkan customer lelaki..
Quote ice_sky92 23-2-2024 08:46 PM
Cakap pasal tek ni, teringat pulak ada video perempuan melayu ni ada tek besar ya berlakon nak beli kereta ditemani jurujual lelaki yang sangap. Tek dia macam belon tunggu masa nak letup. Syak pakai silikon juga.
Quote honeybee1802 23-2-2024 08:47 PM
Acik yg paling kanan tu agaknya ada cucuk2 tak?
Quote amyza 23-2-2024 08:49 PM
Kena pegi thai or korea. Lebih selamat. Kat korea siap ada bilik utk patient diorg pantau & jaga. Tertengok haritu indon mancungkan hidung, mula2 nampak azab lah. Lama2 elok tirus mcm kpop idol.
Quote dua_chzy 23-2-2024 09:33 PM
amyza replied at 23-2-2024 12:49 PM
Kena pegi thai or korea. Lebih selamat. Kat korea siap ada bilik utk patient diorg pantau & jaga. Te ...

Tak selamat mana Korea tu. Ramai dah mati disebabkan komplikasi plastic surgery. Sana lagi teruk. Banyak kes ghost doctor - meanindoktor non surgical or freshie takda pengalaman yang bedah ko tanpa pengetahuan ko bila ko dah tak sadar dibius, sedangkan ko bayar mahal huntok dapatkan khidmat doktor pakar di klinik tu. Area Gangnam pun banyak klinik shady sebegini. Usually deols hire warga China untuk jadik ghost doctor. Pehtu bila ko mati sebab komplikasi, mahkamah pun buat dek ja sebab dah kena sogok. Gitulah dunia. Boleh tengok pendedahan pasal ni di Youtube. Ada kes aku tengok, CCTV tunjuk patient tengah bleeding (sebab dia buat surgery potong tulang rahang pipi untuk dapatkan wajah tirus, padahal rupa original helok je), tapi nurse ngan doktor buat dek, siap main2 fon kat bilik bedah.
Quote amyza 23-2-2024 09:51 PM
dua_chzy replied at 23-2-2024 09:33 PM
Tak selamat mana Korea tu. Ramai dah mati disebabkan komplikasi plastic surgery. Sana lagi teruk.  ...

Mak oiii, main² dgn nyawa org. Yg dtg tu penuh harapan, skali tiber mati katak.
Quote Jitu 23-2-2024 09:59 PM
salah @ifanonline la ni
Quote sukacactus 23-2-2024 10:04 PM
Buat apa la teks besar2
Bknnya boleh pakai bra biasa2, dah la bra mahal
Quote airfilterkotor 23-2-2024 10:45 PM
honeybee1802 replied at 23-2-2024 08:47 PM
Acik yg paling kanan tu agaknya ada cucuk2 tak?

Muka dia persis istri solehah versi tante girang drama korea.

Pada hemat aku, tak.
Sebab?
Baju yg dia pakai tu tidak ada tanda² melandai ke arah hadapan, agak flat saja.
Quote honeybee1802 23-2-2024 11:19 PM
airfilterkotor replied at 23-2-2024 10:45 PM
Muka dia persis istri solehah versi tante girang drama korea.

Pada hemat aku, tak.

Bukan alter kt situ...kt muka...mcm ada tegang...
Quote ifanonline 23-2-2024 11:54 PM
Edited by ifanonline at 23-2-2024 11:55 PM
Jitu replied at 23-2-2024 09:59 PM
salah @ifanonline la ni

malaysia takde pakar dlm membesarkan tetek...pakar plastic surgery kurang, kalau ada pun mahal

nak tetek besar, tetapi nak bayar murah...

nak besarkan tetek mudah, tak perlu belanja besar...upah je lelaki ramas, raba, isap setiap hari...bayar la sedikit wang kpd pemberi servis tu
Quote mrseller 23-2-2024 11:59 PM
Tinot7 replied at 23-2-2024 08:42 PM
Semua jualan.. asalkan customer lelaki..

Pandaii. Jgn bangang mcm yang bertanya
Quote LadyCarefree 24-2-2024 12:00 AM
Kesian.
Tetek besar kena ejek. Tetek kecik kena kutuk. Gitulah.
Yang untung konek orang tak nampak melainkan sendiri tunjuk macam halep putik jagung dan sewaktu dengannya lah.
Quote gigahertz 24-2-2024 01:35 AM
honeybee1802 replied at 23-2-2024 12:47 PM
Acik yg paling kanan tu agaknya ada cucuk2 tak?

Muka acik sebelah tu dia mcm nak gelak.
Quote gigahertz 24-2-2024 01:38 AM
ifanonline replied at 23-2-2024 03:54 PM
malaysia takde pakar dlm membesarkan tetek...pakar plastic surgery kurang, kalau ada pun mahal

nak ...

U bayangkan kalau ada malaysia ada kepakaran tu
Client tu bayar tapi komplen kat media sosial dengan resit
Mahal giler. Mesti meriah bahagian komen

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.226726 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top