CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gagal Bayar Hutang Lebih RM1 Juta Pada Tahun 2018, Barang Rumah & 4 Kereta Mewah Dsv Bakal Dilelong

25-11-2024 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 47389| Komen: 157

 


Aset serta beberapa buah kereta mewah milik usahawan sensasi, Datuk Seri Vida di Ipoh, Perak terpaksa disita berikuta gagal menyelesaikan hutang.

Memetik mStar Online, perintah tersebut dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan sekita jam 9 pagi tadi di banglo milk usahawan itu.

Difahamkan, usahawan itu gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan pengubahsuaian banggunan pejabat usahawan itu yang terletak di Elite Industrial Park, Seksyen 33, Shah Alam.

Barangan disita antaranya empat buah kereta iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7. 

Menurut peguam plaintif, sekiranya Vida dapat membayar ganti rugi dalam tempoh dua minggu, proses lelongan barangan yang disita akan dihentikan.


“Tarikh lelongan sudah ditetapkan pada 9 Disember depan dan barnagan yang disita merupakan keseluruhan barangan di rumahnya serta empat buah kereta,” kata peguam.

Difahamkan, Vida tiada di kediamannya ketika proses sitaan dipercayai berada di China.

Menurut wakil syarikat Ah Design Communication, pihak mereka terpaksa mengambil tindakan berikuta selepas beberapa kali cuba berbincang dan pernah berurusan dengan peguam namun tiada maklum balas.


Sumber :  mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 25-11-2024 07:05 PM
Kalo toka toka semua tu tak abis utang cmn plk.. adakah boleh dilelong..
Quote shara154 25-11-2024 07:12 PM
Sbb tu ke lari ke sepanyol konon2 anak belajar
Quote BlackpingU 25-11-2024 07:21 PM
Suruhlah anak ko byr hutang ko...belanja sebulan 300k takkan tak mampu tolong mak kohkohkoh

Ni kat China tengah borong baju2 branded gred AAAA untuk anak dia show off kat tollolwers b40 dia kot
Quote princessmiang 25-11-2024 07:22 PM
Tololwer tiktok pun terkagum2 menangis tengok badak ni dengan anak dia bermewah2 kat spain..asalkan bukan kaya type c katanya..bodoh punya budak tiktok..bodoh mcm keledek
Quote apedehal 25-11-2024 07:40 PM
Cringe nya bideo makeup tu..nyesal bukak n tgk
Quote heythere123 25-11-2024 07:47 PM
sebenarnya iols rasa tok bida ni bukan buat legit bisnes pon. Cuci cuci mungkin la
Quote Fazzbulous 25-11-2024 07:50 PM
bisnes apa je bidah ni skang selain kulit ikan tu?musykil btul...
Quote SR4tahun 25-11-2024 08:00 PM
apedehal replied at 25-11-2024 07:40 PM
Cringe nya bideo makeup tu..nyesal bukak n tgk

Passl komen uols ni iols bukak ig sheols tu lalu iols pun menyesallllll
Quote lolipopmanish 25-11-2024 08:03 PM
Kata kaya hutang pon tak boleh bayar ke
Quote epal_putih 25-11-2024 08:03 PM
Cikb buleh tulun kut...
Quote habisnamadahni 25-11-2024 08:08 PM
Fazzbulous: bisnes apa je bidah ni skang s ...
dia ada kedai emas kan
Quote Nt-ViruS 25-11-2024 08:24 PM
takkan tak mampu bayar. Anak dia pakai G wagon kalau jual 2nd hand pun 800k tak lari
Quote petai011212 25-11-2024 08:41 PM
kalau kira2 keta2 dan barang rumah tu cukup kut nak bayar hutang. sebab tu lawyer/owner pun tak gigih marah2 sangat.

cuma pelik kenapa court tak suruh bekukan acc, lagi baik ambil cash dari lelong barang kan,

ada law practitioner yg boleh explain?
Quote Imkhai 25-11-2024 08:50 PM
petai011212 replied at 25-11-2024 08:41 PM
kalau kira2 keta2 dan barang rumah tu cukup kut nak bayar hutang. sebab tu lawyer/owner pun tak gigi ...

Xada duit kot dlm acc tu haha tgk la mewah dia mcm mn aku caya je tokvida ni pkai brg ori dan fake campur2 ni hah dia ada kt china ntah2 beli brg2 mewah gred AAA
Quote toxicated 25-11-2024 08:54 PM
Saja malas bayar bukannya takde duit
Quote wikedsaikel 25-11-2024 08:58 PM
SR4tahun replied at 25-11-2024 08:00 PM
Passl komen uols ni iols bukak ig sheols tu lalu iols pun menyesallllll

Aku rasa ok je. Tu guna AI ke make up dgn baju sendiri?
Quote dua_chzy 25-11-2024 09:02 PM
It is time.
Quote akies 25-11-2024 09:11 PM
takkan takde duit nak bayar hutang.

Quote hokeypokey 25-11-2024 09:13 PM
eh baru jer baca bagi cikB 70k utk shopping..

Lihat semua komen(157)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.115509 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top