CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Bagi saya peti ais tak penting, apa yang saya mahu adalah kejujuran" - Ina Naim

24-11-2024 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 52831| Komen: 122

 


Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim menafikan dakwaan sebilangan pihak kononnya dia hidup dalam keadaan daif sepanjang menjalani rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Inteam tersebut.

Kata Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd. Naim, 40, alatan rumah seperti peti sejuk bukan satu keperluan kerana yang penting adalah sikap positif daripada arwah suami terhadap dirinya.

“Peti ais tiada itu betul sebab saya hari-hari pergi pasar beli makanan segar.

“Bagi saya peti ais bukanlah satu benda yang penting untuk rumah tangga tapi yang penting adalah kejujuran, kasih sayang dan sikap bertolak-ansur,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Perkara tersebut diluahkan selepas usahawan selebriti iaitu Datuk Aliff Syukri mengajukan soalan tentang tanggapan orang Ina didera dan hidup daif semasa bergelar isteri kepada Suhaimi.

Rata-rata netizen memuji sikap bersederhana anak jati Johor itu dan bersetuju dengan kenyataannya mengenai rumah tangga.

“Ina Naim ini baik betul, macam isteri-isteri nabi. Semoga kita dapat mencontohi dia,” ujar netizen.
“Sokong apa yang Ina katakan. Masa lalu dia, biarlah terus berlalu, sekarang dia dengan kehidupan masa kini,” tutur peminat.

Sebelum ini, ramai mengecam tindakan Suhaimi yang tidak menyediakan keperluan seperti mesin basuh, peti sejuk dan sofa sehingga ada yang berpendapat dia mendera isterinya.

Terdahulu, Ina berkahwin dengan Suhaimi atau Mohd. Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007, namun Allahyarham meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Kini, Ina bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd. Khairul Rizal Mohd. Shukor selepas setahun pemergian arwah suami.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 24-11-2024 11:39 AM
Banyak lah masa kau nak pegi pasar hari2 macam keturunan old money takyah keje, anak2 ada pengasuh khas yg hantar sekolah, tucen, koko, sukan
Quote youell 24-11-2024 11:43 AM
Cit pooodahhh..
Quote red_velvet 24-11-2024 11:50 AM
Makcik fb ke tt tu yang samakan yenna macam isteri nabi??? Jauh panggang dari api ye makcik.. Isteri nabi takde bertabaruj joget2 lagu APT, Isteri nabi takde hamak popularity tetap menyanyi walaupun suara hauk, Isteri nabi takde gelak kuda sambil cakap nafkah batin lagi penting, isteri nabi takde terliuk2 depan bekas tunang nyanyi penawar rindu, isteri nabi berjuta ganda lebih warak Dan solehah dari yenna bunga ni...
Quote nazriatie 24-11-2024 12:16 PM
kepompong replied at 24-11-2024 11:39 AM
Banyak lah masa kau nak pegi pasar hari2 macam keturunan old money takyah keje, anak2 ada pengasuh k ...

Pergi pasar hari2 boleh. Hantar anak sekolah x blh plk dgn alasan bdk2 sekolah pagi x solat subuh. Bodoh much
Quote kepompong 24-11-2024 12:27 PM
nazriatie replied at 24-11-2024 12:16 PM
Pergi pasar hari2 boleh. Hantar anak sekolah x blh plk dgn alasan bdk2 sekolah pagi x solat subuh. ...

yenna memang bodoh
Lantak kau lah

tapi si tololwers nak ikut si bodoh dah kenapa
Quote nazriatie 24-11-2024 01:02 PM
kepompong replied at 24-11-2024 12:27 PM
yenna memang bodoh
Lantak kau lah


Tolowers biasa laa..guna agama sikit, settle.
Quote emera 24-11-2024 01:03 PM
Keluar lg cerita psl pompuan ni.
Quote kepompong 24-11-2024 01:09 PM
tknk kasi keluar... takyah komen  

kihkihkih tp i komen jugak
Quote menjad 24-11-2024 01:15 PM
Sekolah kan anak ler weiiii. Ko dah puas hidup dah berlaki dah pung. Hak anak tuh tunaikan ler, sekolah kannnnnnn budak2 tuh kat proper skoool
Quote Hoola 24-11-2024 01:20 PM
amboi mkcik ni
dari abam mawi
arwah suhaimi
kwin br pun meriah kisah ko bak hang
Quote wikedsaikel 24-11-2024 01:23 PM
Gambar depan tu terkejut aku ingat kaka jurah woi. Kalau kasi renovate nih mesti sama dgn kaka jurah.
Quote amyfaha 24-11-2024 01:36 PM
Bebal yg selayaknyaaaaa ditinggal mawiii. Org tny peti ais,ko jawap pasal kejujuran. Comparela ngan tv ke mesin basuh ke.. Tah la yinnnaaa... Skrg ni makin mental loookkk ko ngan laki ko
Quote cm_vungtau 24-11-2024 01:40 PM
Rindu pulak dulu2 dapat jadi tai tai kejap, boleh la tetiap hari pergi pasar. Sekarang ni pergi pasaraya ajelah tu pun seminggu sekali kadang2 pergi kadang2 tak
Quote sarah_ary2 24-11-2024 01:42 PM
wikedsaikel replied at 24-11-2024 01:23 PM
Gambar depan tu terkejut aku ingat kaka jurah woi. Kalau kasi renovate nih mesti sama dgn kaka jurah ...

nampak ada iras sikit dgn kaka jurah tp yg penting sebelum ni ada org kata iras lopa jugak, dahsyat ina iras pelakon cun cun
Quote mrsLucky 24-11-2024 01:46 PM
siapa kenal ina tolong bagi tau pakai lah braces...gigi bawah tu sangat banyak dan senget...
i am sure tambah cantik...ina senyum manis
Quote Mizlyn 24-11-2024 02:02 PM
Oo yeah.. Kalau mcm tu tolong amalkan perkara itu sampai sekarang..tambah2 toklaki baru pun mengidolakan arwah ss kan..

Kalau skrg ko guna peti ais /mesin basuh ape pula hujah2 u yenna?
Quote cik_Sally 24-11-2024 02:21 PM
Dah ahli perniagaan pulak lakinya.
Quote Ai_kiu 24-11-2024 02:45 PM
Berapa byk benang daaaa utk yinnah
Quote chandrahusin 24-11-2024 03:44 PM
Ina dh jd duta produk ilhammuslimah tak silap
Siap diraikan
Selain dgn Alep Syokri
Untung laki baru dia
Glam lps kawin Inq

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.074042 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top