SUNGAI BULOH – Pertubuhan Nur AlMustafa Malaysia menyifatkan tuduhan mudir membeli sebidang tanah seluas 11 hektar di Melaka untuk membina perkampungan Kerajaan 9 sebagai satu fitnah yang sangat berat. Pengerusinya, Hasnul Hakim Mohd Zain berkata, perancangan asal adalah untuk membina sebuah Kota Cinta yang bakal menjadi pusat pengajian Islam dalam sebuah komuniti yang mencintai Allah SWT dan rasulnya. “Bagaimanapun, cadangan tersebut masih jauh kerana kita tidak mempunyai kekangan dari segi dana. “Malah, semua ahli di madrasah ini juga berkhidmat secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang upah atau bayaran dan tidak menggunakan dana infaq seperti yang digembar-gamburkan,” jelasnya dalam sidang akhbar bertempat di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM), Sungai Buloh di sini hari ini. Hasnul menegaskan, maula yang didakwa terlibat langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan apa-apa hal ehwal madrasah dan hanyalah tetamu yang dijemput untuk mengimarahkan program yang diadakan oleh pertubuhan.
Tambah Hasnul, pihaknya juga menafikan dakwaan menggunakan mawla sebagai ‘magnet duit’ untuk mendapatkan kutipan dana. Dalam pada itu, Hasnul menjelaskan, untuk mendirikan sesebuah madrasah, pihaknya perlu menyiapkan satu kertas kerja bagi menampung usaha pendidikan pelajar dan dakwah yang berterusan. “Sekiranya (bukti) sedia ada tentang madrasah tidak mencukupi, pihak berkaitan boleh semak dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk lihat sendiri baki akaun madrasah,” ujarnya. Hasnul berkata, disebabkan kekangan kewangan, pihak madrasah tidak mampu untuk membeli sebidang tanah, apatah lagi tanah seluas 11 hektar seperti yang didakwa oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini. “Pihak kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kami mengutip dana awam untuk tujuan tersebut. “Ia hanyalah satu cetusan idea untuk bina perkampungan muslim namun tidak dapat diteruskan kerana kekangan kewangan,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Samerosie replied at 22-2-2024 10:21 AM
Mula2 kota cinta la lama2 bina teko giant, labu giant, sipar giant bagai.
Sazreena replied at 22-2-2024 12:01 PM
Al-Arqam 2.0 ke....
KiddInc replied at 22-2-2024 05:10 PM
Al-Arqam tu bagus konsep dia...ioolllsss suka sangat...tolak tepi issue merepek yg lain tu la...
...
otai_g: Kena dgr kedua2 belah pihak jg ...
adiwarna replied at 22-2-2024 01:32 PM
Netizen2 terpaling holier than thou ni bila mall pusat beli belah dibuat, marah kutuk kecam berjemaa ...
Samerosie replied at 22-2-2024 10:21 AM
Mula2 kota cinta la lama2 bina teko giant, labu giant, sipar giant bagai.
sekngucing replied at 23-2-2024 02:28 AM
Diorang nak hidup off grid..mcm satu pertubuhan haritu masa covid nak hidup off grid tp dirangkap ...
Sazreena replied at 22-2-2024 07:11 PM
Kebanyakan kumpulan nasyid lejen adalah saki-baki bekas kumpulan Nada Murni...yeah good concept ta ...
KiddInc replied at 23-2-2024 10:02 AM
ioolls baru tgk caprice nyer podcasst.....ghupenye masih wujud jemaah dari al- arqam ni eh...n sem ...
Triple_8 replied at 22-2-2024 10:33 AM
Tugu Selipar Arab itu wajib ada.
Sazreena replied at 23-2-2024 04:06 PM
Ya benerrr...skang ni katanya dah berpindah ke Rawang..ganti nama lain..Wallahua'lam.
ADVERTISEMENT