Oleh Izzah Abbasy
Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Perkumpulan 2015 menyatakan Kuala Lumpur akan terus memperjuangkan penerusan pendekatan menjadikan ASEAN berpaksikan rakyat pada tahun-tahun akan datang. Najib mengambil perhatian bahawa rantau perlu melakukan lebih banyak lagi untuk memastikan populasinya yang terdiri lebih 600 juta orang dapat merasakan yang ASEAN sebahagian daripada kehidupan mereka. "Kami mahu ASEAN dekat di hati mereka, dan kami mempunyai perjalanan yang jauh untuk mencapainya. "Dan sebab itu satu daripada sebab kenapa semasa kepengerusian Malaysia ini kami mahu menekankan ASEAN berpaksikan rakyat, dan akan terus memperjuangkan bagi pendekatan ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang," katanya. Najib mendedahkan bahawa penggalakkan yang berasaskan peraturan, komuniti berorientasikan rakyat dan berpaksikan rakyat telah dimasukkan dalam Visi Komuniti ASEAN 2025, dengan beberapa langkah telah dirumuskan dan dilaksanakan untuk menggerakkan agenda itu. Baca selanjutnya : Bernama
|
1
Bagus |
4
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
4
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT