CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 5

[Tempatan] Malaysia Akan Terus Perjuangkan ASEAN Berpaksikan Rakyat - Najib

[Copy link]
Post time 20-11-2015 09:24 AM | Show all posts |Read mode
KUALA  LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Apabila menjadikan ASEAN berpaksikan rakyat sebagai satu daripada keutamaan Malaysia selaku pengerusi perkumpulan pada 2015, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kuala Lumpur akan terus memperjuangkan penerusan pendekatan itu pada tahun-tahun akan datang.

Perdana Menteri mengambil perhatian bahawa rantau perlu melakukan lebih banyak lagi untuk memastikan populasinya yang terdiri lebih 600 juta orang dapat merasakan yang ASEAN sebahagian daripada kehidupan mereka.

"Kami mahu ASEAN dekat di hati mereka, dan kami mempunyai perjalanan yang jauh untuk mencapainya.

"Dan sebab itu satu daripada sebab kenapa semasa kepengerusian Malaysia ini kami mahu menekankan ASEAN berpaksikan rakyat, dan akan terus memperjuangkan  bagi pendekatan ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada beberapa soalan daripada Bernama bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada hujung minggu ini.

Najib menyifatkan warga ASEAN sebagai kekuatan paling utama bagi komuniti itu.

"Kami percaya bahawa dengan membenarkan mereka mencapai aspirasi mereka ... akan dapat mengukuhkan dan membantu membawa ASEAN ke peringkat pertumbuhan bersama yang seterusnya," kata beliau.

Beliau menyebut tadbir urus baik, ketelusan, peningkatan taraf hidup, pembangunan mampan, pemerkasaan wanita dan penambahan peluang bagi semua golongan sebagai antara aspirasi yang ingin dicapai warga ASEAN.

Najib berkata, beliau dan para pemimpin lain dalam pertubuhan itu menerima pakai Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN Berorientasikan dan Berpaksikan Rakyat pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di Kuala Lumpur dan Langkawi pada April.

Sehubungan itu, kata beliau, negara anggota ASEAN telah melaksanakan pelbagai usaha di peringkat nasional dan serantau untuk meningkatkan penglibatan semua sektor masyarakat dalam aktiviti ASEAN.

Najib mendedahkan bahawa penggalakkan yang berasaskan peraturan, komuniti berorientasikan rakyat dan berpaksikan rakyat telah dimasukkan dalam Visi Komuniti ASEAN 2025, dengan beberapa langkah telah dirumuskan dan dilaksanakan untuk menggerakkan agenda itu.

Ini termasuk memasukkan pengajian ASEAN dalam kurikulum institusi pendidikan negara anggota ASEAN, pelaksanaan efektif Laluan ASEAN di lapangan terbang antarabangsa, dan penggalakkan pembangunan ekonomi saksama di seluruh rantau itu.

"Langkah-langkah ini bertujuan untuk memastikan semua warga ASEAN daripada semua sektor masyarakat akan dapat menyumbang ke arah dan menikmati faedah-faedah hasil daripada komuniti yang lebih berintegrasi dan saling berhubung," katanya.

Najib turut menyentuh tentang sikap pesimis terhadap penubuhan ASEAN pada  1967, dengan hanya segelintir yang optimistik bahawa ASEAN akan berjaya dan makmur.

"Diramalkan bahawa ASEAN akan kecundang ... susulan situasi di rantau yang kompleks dan tidak dapat diramal (ketika itu).

"Bagaimanapun, 48 tahun kemudian, kami telah membuktikan yang mereka salah. ASEAN menjadi semakin kuat, lebih bersepadu dan lebih makmur daripada sebelumnya - dan ini baik bagi semua lebih 600 juta populasi kita," katanya.

-- BERNAMA               
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 09:52 AM | Show all posts
ada lagi ker yang dengar cakap2 dia nie?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 jual nama rakyat jua. :zz
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 11:22 AM | Show all posts
bagi dia, timur tengah sentiasa menjadi pujaan hatinya, mana tak nya...dpt derma billion doh...asean hado
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 11:32 AM | Show all posts
Butuh ngkau lar... Hamekawww!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 11:58 AM | Show all posts
malas nak komen dah...lantak ko laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 85864 Replies : 3852
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 40285 Replies : 334
Khai Bahar bawa BF g Sarawak
leftenanhensemKhai Bahar bawa BF g Sarawak
Views : 59372 Replies : 107
Puteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah curi tumpuan netizen
YgBenarPuteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puter
Views : 85596 Replies : 204
Datin Intan Najwa Mengandung
irveneDatin Intan Najwa Mengandung
Views : 36104 Replies : 111
YESTANE BUNIAN: Illuminati @ Freemason @ Satanic @ Dehumanization @ Depopulation @ Agendas @ Secrets
tumpanglalu74YESTANE BUNIAN: Illuminati @ Freemason @
Views : 33405 Replies : 231
AirAsia mula penerbangan domestik dari Lapangan Terbang Subang
AbahmungAirAsia mula penerbangan domestik dari L
Views : 14890 Replies : 19
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92925 Replies : 1185
Peniaga Ini Masak Nasi Goreng ‘Special’ Campur Ais Krim Berharga RM6.Anda berminat?
YgBenarPeniaga Ini Masak Nasi Goreng ‘Special
Views : 10432 Replies : 3
Kena lagi episod 3:Netizen terkesima grafik atlet Malaysia yang akan ke Olimpik Paris seolah muka 'wanted'
YgBenarKena lagi episod 3:Netizen terkesima gra
Views : 87552 Replies : 34

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-7-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061369 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list