CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Famili Duo : Anak Jamal Abdillah, Zaki Dan Yamani Dinobatkan Sebagai Juara , Bawa Pulang RM100,000

6-2-2023 09:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 16402| Komen: 148



Keputusan pertandingan akhir Famili Duo akhirnya berpihak kepada pasangan adik-beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang dinobatkan sebagai juara pada pertandingan yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, malam tadi.

Memetik Kosmo, kemenangan tersebut melayakkan anak-anak Raja Pop Jamal Abdillah itu membawa pulang ganjaran lumayan berupa wang tunai berjumlah RM100,00.

Zaki dan abangnya menyampaikan medley Potret dan Pelukan Angkasa untuk set pertama, disusuli medley lagu Hutang, Bunga dan Kau Pun Sama bagi segmen kedua.

Pasangan The Jebats iaitu Ayda dan Fyna Jebat yang selama ini diramal juara hanya akur di tempat kedua dan pulang membawa hadiah RM25,000, manakala Wani Kayrie dan Bella Astillah (sepupu) berada di tangga ketiga dengan hadiah bernilai RM15,000.





Pasangan duo sepupu, Sissy Imann dan Naib Daniel tidak berputih mata apabila tetap layak di tempat ke empat dengan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.


Dari awal pertandingan, seramai tujuh pasangan dipilih untuk bertanding dalam program realiti kekeluargaan selama lapan minggu tersebut, namun tiga daripada duo terbabit tersingkir pada peringkat separuh akhir.

Berkonsepkan kalah mati bersaing hingga minggu ketujuh, peserta yang terpaksa akur meninggalkan pentas ialah Ara Johari dan sepupunya, Shaffiq Erwin, Sabhi Saddi dan Fareed PF K-Clique (adik-beradik) serta Siti Sairah dan Siti Saida (adik-beradik).


Persaingan Famili Duo musim yang bermula pada 18 Disember tahun lalu menyaksikan Mas Idayu dan Ajai sebagai juri tetap, manakala Janna Nick bersama Sean Lee bertindak selaku hos.

Terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap peserta pilihannya dalam Famili Duo dengan memberikan undian untuk Yamani Abdillah dan Zaki.

Perkara tersebut dimuat naik dalam InstaStory yang memaklumkan memberikan undiannya jatuh kepada anak Raja Pop Jamal Abdillah itu atas persembahan menakjubkan.



“Pusingan kedua ini memang sangat hebat. Undian Mak Iti (gelaran manja Siti) buat Zaki dan Yamani,” tulis pelantun lagu Cindai itu.

Patutlah menang, penyanyi nombor satu negara pun dah dapat jangka awal-awal lagi siapa pemenangnya dengan memberi undi kepada anak Raja Pop negara. Tahniah buat Zaki Dan Yamani dan juga semua peserta. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 6-2-2023 01:39 AM
Syukur ayda dan fina tak menang. Persembahan dah macam kat drag party
Quote Bihungoreng 6-2-2023 01:55 AM
Syokor bukan bella stilah yg monang
Quote gerbera.memopad 6-2-2023 02:02 AM
Juara & Naib Juara pun dah jauh betul beza hadiahnya.
Quote dudaberhias 6-2-2023 02:12 AM
yang gigih buat kontroversi semua tak menang... adan uke gittuhh...
memang layak pun deorang ni menang k...

tak kosser nak nengok jap lagi isteri pertama datang cabut wig si fyna perebut botol kicap dan si isteri taat somi fetish somi curang tu...
Quote lolaaluluu 6-2-2023 02:44 AM
naahhhh hamekk! yg bebas kontroversi yg menang. buat penat cipta gossip murahan lulzzz..
Quote MiaLibra 6-2-2023 03:02 AM
Alhamdulillah..selayaknya Yamani dan Zaki menang !
Quote DeLuna85 6-2-2023 03:02 AM
Senyap2 je adik beradik ni tak buat gosip murahan. Tau2 menang.
Quote ashilalat 6-2-2023 03:11 AM
Syukur bukan yg beriya² cipta kontreversi yg menang.

Sissy sentap, fyna bini bernombor dan bella setilah isteri bodoh terpaling tersakiti boleh balik rumah sambung nangis di bucu katil.

Tahniah anakk² Tok Mal. Walau berlainan mak, boleh bekerjasama jd duo.
Quote Perawankota 6-2-2023 03:22 AM
Ramai sokong saki dgn yamani ni
Quote mzsnam 6-2-2023 03:24 AM
ashilalat replied at 6-2-2023 03:11 AM
Syukur bukan yg beriya² cipta kontreversi yg menang.

Sissy sentap, fyna bini bernombor dan bella s ...

Dato jamal berapa isteri ya boleh tahu
Quote dio5774 6-2-2023 03:47 AM
gerbera.memopad replied at 6-2-2023 02:02 AM
Juara & Naib Juara pun dah jauh betul beza hadiahnya.

Itu la pasal.patut naib juara kurang2 50k kan..mungkin tak ada sponsor besar kot...kalau rating naik boss susu mesti intai2 nak sponsor next season
Quote antiQue 6-2-2023 03:49 AM
mzsnam replied at 6-2-2023 03:24 AM
Dato jamal berapa isteri ya boleh tahu

Sekarang 1 lah.. Tapi dia pernah kahwin 4x.. Dengan Basariah Latif, then maknya si Osama Yamani, then dengan mak nya si Zaki Yamani, then baru dengan isteri sekarang.
Quote faraway1 6-2-2023 04:29 AM
Harap bapak tak muncul minta duit
Quote adelea 6-2-2023 05:11 AM
faraway1 replied at 6-2-2023 04:29 AM
Harap bapak tak muncul minta duit

Muncul ??? Mmg bapak yg bela kot …
Dia ambik semua anak dia dibesarkan di bawah jagaan dia …

Quote ashilalat 6-2-2023 05:25 AM
faraway1 replied at 6-2-2023 04:29 AM
Harap bapak tak muncul minta duit

Tak dengar pulak jamal x bayar nafkah. Kalao x silap jamal pon ada bgtau dia dah sediakan rumah sorang satu utk setiap anak kalau x silap.

Walau pon pak nya mendadah, tp nmpak management duit dia agak ok.

Artis nama besar mcm Jamal, M.Nasir, Siti x mungkinlah sengkek. Bukan level² picisan yg harap duit royalti yg berapa sen je. Show diorg pon ribu riban. Sure 7 keturunan boleh survive.
Quote anilanil 6-2-2023 06:15 AM
faraway1 replied at 6-2-2023 04:29 AM
Harap bapak tak muncul minta duit

Bapaknya kaya. Selain nyanyi, jadi tokey ikan. Anaknya pon kaya. Umo 16 tahun buka kafe sendiri.
Quote asfaz 6-2-2023 06:39 AM
adelea replied at 6-2-2023 05:11 AM
Muncul ??? Mmg bapak yg bela kot …
Dia ambik semua anak dia dibesarkan di bawah jagaan dia …


Merepek apa kau ni? Screenshot_2023-02-06-06-38-23-04_680d03679600f7af0b4c700c6b270fe7.jpg

Yang bawak anak smua dia jaga tu Awie.
Quote rayray28 6-2-2023 06:54 AM
Bihungoreng replied at 6-2-2023 01:55 AM
Syokor bukan bella stilah yg monang

X sedap langsung yihhhhh sgt..itupun tgk kt ig je dh x lalu..dgn pakaian tah hape2
Quote rayray28 6-2-2023 06:56 AM
asfaz replied at 6-2-2023 06:39 AM
Merepek apa kau ni?

Yang bawak anak smua dia jaga tu Awie.

Zaki ni hrtu kontroversi jap dgn apaknya pahtu dh berbaik2 dh..yg osama slalu gk tgk melepak umh apaknya main dgn adik2 yg kecik tu

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.105242 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top