CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Satu Rukun Nikah Tidak Dipenuhi, Pernikahan Rizky Febian Dan Mahalini Tidak Sah

26-11-2024 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21807| Komen: 83

 


Pengadilan Agama Jakarta Selatan telah membuat keputusan muktamad dengan memutuskan pernikahan pasangan selebriti, Rizky Febian dan Mahalini Raharja pada 10 Mei 2024 yang lalu tidak sah di sisi undang-undang.

Humas Pengadilan Agama Jakarta Selatan, H. Suryana, berkata satu rukun nikah tidak dipenuhi iaitu berkaitan dengan status wali pernikahan.

"Dari hasil pemeriksaan, majlis hakim mengambil keputusan pernikahan yang dilaksanakan mendapati salah satu rukun nikah tidak terpenuhi."

 

"Salah satunya adalah wali yang menikahkan mereka bukan wali yang berhak."


Menurut HibGlam, Suryana berkata wali nikah yang menikahkan Rizky dengan Mahalini adalah seorang ustaz tetapi pemilihan individu tersebut bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang.

"Setelah dia (Mahalini) mualaf kemudian bernikah, secara automatik memang orang tua pengantin perempuan juga bukan muslim, di situ bererti walinya bukan orang tuanya."
 
"Dalam persidangan ditemukan fakta ternyata yang menikahkannya adalah seorang ustaz dan dia menikahkan dengan menamakan dirinya sebagai wali hakim."

Suryana turut menambah, berdasarkan peraturan Menteri Agama Nombor 30 Tahun 2005, wali hakim yang sah adalah pihak yang persetujui Menteri Agama dan didelegasikan pelaksanaannya oleh ketua setempat.

Menurut Undang-Undang Perkawinan di Indonesia, wali dalam pernikahan terbahagi kepada dua jenis, iaitu wali nasab dan wali hakim.

Wali nasab adalah wali yang memiliki hubungan saudara dengan mempelai perempuan. Wali hakim pula digunakan dalam kes tertentu seperti pengantin perempuan tidak memiliki wali nasab atau wali nasab tidak diketahui keberadaannya.

Namun, dalam isu Rizky dan Mahalini, majlis hakim menemukan bahawa proses pengangkatan wali hakim tidak memenuhi kriteria undang-undang.

Suryana menegaskan keputusan pengadilan dilakukan mengikut prosedur undang-undang iaitu fakta persidangan dan aturan perundangan sedia ada.

Menurutnya lagi, Rizky Febian dan Mahalini harus mengikuti langkah berikutnya sama ada membuat semakan semula atau menjalani proses pernikahan sekali lagi mengikut ketetapan perundangan.


Sumber : HibGlam, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 26-11-2024 03:10 PM
kawin bukan main grand lagi, tapi tak sah pulak
Quote Burong_Hantuk 26-11-2024 03:15 PM
Erkkkkkkkk
Quote Kancilkering 26-11-2024 03:21 PM
laki dia pun satu..dh tau dia muaalaf settlekanlah wali betul betul…..gelojoh nak nikah ..yihhhhhhh
Quote sukacactus 26-11-2024 03:34 PM
Lah pulak!
Quote asma87 26-11-2024 03:43 PM
Menyemak la ,,,,,,,
Quote sayurmayur88 26-11-2024 03:59 PM
tak sah dari segi undang2 sivil jer, dari segi agama sah la..
Quote emera 26-11-2024 04:05 PM
Yg kawin campur kat sana, nikah sivil eh? Mcm jamal mirdad dgn lydia kandau.
Quote lolipopmanish 26-11-2024 04:08 PM
Mcm mcm dorang ni
Quote nuryakmal 26-11-2024 04:08 PM
carry weight ke. they can even change religion suka hati
Quote BoongaKertas 26-11-2024 04:09 PM
ya ampun, kesiannya. dah bukan salah depa lah kot kan? baca citer atas tu, wali hakim tu tak sah dr segi prosedur perundangan. yih, ingatkan msia jer yg susah bab kawen2 cerai2 ni. tp sheols x preggy lg kan? meols tumpang simpati yach.
Quote hokeypokey 26-11-2024 04:19 PM
halah2.. sblm nikah tu pun mesti la dh bersedap kawen dah.. yg majlis tu pun nk rasmi hubungan jer.. mcm la deols kisah sgt hukum hakam ni.. akad nikah jer skali lagi, settle la.. blum beranak lagi kan..
Quote johan-adx 26-11-2024 04:26 PM
bab hukum jgn sambil lewa..sbb tu kena amik yg plg layak.
Quote syamzana 26-11-2024 04:28 PM
yg mana ummah tempatannya ni??
Quote IzzahF 26-11-2024 04:30 PM
konoha, dorang pedulik apa
Quote bambimo 26-11-2024 04:44 PM
Edited by bambimo at 26-11-2024 04:47 PM

tenkiu la bg pencerahan nmpak kt X..xfaham apa root cause of the problem
rupanya pasal ni
Quote amyza 26-11-2024 04:56 PM
Banyak betul kontroversi mahalini. Dah cantik pegi renovate muka dekat korea pulak. Patut laki tu lah pegi renobate muka kasi jadi oppa
Quote Shayang 26-11-2024 04:59 PM
Putih melepak betul, suami tu pun putih juga ker?
Quote pasubungaa 26-11-2024 05:19 PM
So mcm mna tu? kalau parents bukan muslim, siapa yang layak jadi wali untuk dorang ek?
Quote hunters 26-11-2024 05:43 PM
dekat setahun dh bru nk hbaq xsah...dgr2 mahalini pregnant dh..
Alah indon tukar agama atas kertas ja..blkg agama asal

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039413 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top