Oleh Izzah Abbasy Bila dengar sahaja perkataan 'hotel', sudah pasti akan membayangkan suasana bilik yang mewah dilengkapi dengan tilam yang empuk, bilik mandi yang luas, penyaman udara yang sejuk, pemandangan yang tenang dan kolam renang. Berbeza dengan hotel yang dibina oleh Nazi ini, adakah anda teruja untuk tinggal semalaman di dalam biliknya? Jom, sama-sama kita melihat perbezaan yang terdapat pada hotel ini.
Hotel yang terletak sepanjang 3 batu di pulau Ruegen, Jerman ini merupakan hotel terbesar di dunia yang pernah dibina oleh Nazi. Hotel ini mempunyai 10,000 bilik yang dapat memuatkan 20,000 penghuni dalam satu-satu masa. Namun, setelah 70 tahun pembinaannya, hotel ini tidak pernah digunakan. Hotel yang dikenali dengan nama Hotel Prora ini dibina pada 1936 dan siap pada 1939 yang menggunakan lebih 9000 orang tenaga kerja.
Rancangan asal pihak Nazi ialah untuk membina hotel bagi pekerja Jerman untuk menyebarkan Propaganda Nazi. Pihak Nazi ingin membina 4 resort di kawasan hotel ini yang dilengkapi dengan panggung wayang, kolam renang, dewan serbaguna dan jeti untuk kapal persiaran berlabuh. Namun, rancangan pihak Nazi gagal apabila perang bermula. Pembinaan resort terbengkalai akibat perubahan dasar yang dilakukan oleh Hitler yang memindahkan semua pekerja pembinaan hotel ke Peenemünde untuk membina V-Weapon untuk berperang dengan pihak Allied. - CARI Infonet
Sumber Foto : penpatah.blogspot.com |
11
Bagus |
12
Marah |
13
Terkejut |
18
Sedih |
10
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
makton replied at 24-7-2015 07:33 AM
hotel ni pernah dijadikan lokasi penggambaran kan?
konon2 ni kawasan yg terdedah dgn radioaktif. pa ...
cikus replied at 24-7-2015 02:11 AM
Chernobyl Diaries.
ADVERTISEMENT