Oleh : Dean BZ Tapak bazar Ramadan ini didakwa terletak di Parit Tengah Darat, Rengit Batu Pahat, Johor. Namun, memetik dari SikapKeli.my, Ketua Kampung Parit Tengah, Rengit Husaimi Hashim menafikan bahawa wujud sebuah bazar ramadan seperti yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini. Menurutnya, sejak dari arwah bapanya lagi yang menjadi ketua kampung belum pernah wujud bazar seumpama tersebut seperti yang disebarkan. “Tidak ada bazar seumpama itu wujud di kampung ini,” “Memang saya tidak nafikan ramai yang bertanya mengenai tempat bazar Ramadan di Kampung Parit Tengah yang kononnya di kebun sawit namun ia tidak pernah wujud. “Sejak arwah ayah menerajui kampung ini pada tahun 90-an sehinggalah saya pula kini, tidak ada bazar Ramadan seumpananya dibuka,” katanya. Sejak gambar tersebut menjadi viral begitu ramai kenalan menghubunginya untuk mengetahui lokasi berkenaan dan kesahihan gambar tersebut. Nampaknya lokasi sebenar bazar ramadan seperti didalam gambar masih kabur. Siapa punya kerjalah sebar lokasi tak betul ni, tetapi kalau betul ada bazar dalam hutan macam ni, memang "rare". Dah macam dalam cerita pendekar Melayu zaman dulu. kan! - CARI Infonet.
|
16
Bagus |
20
Marah |
17
Terkejut |
5
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rospinki replied at 30-6-2015 10:12 AM
kot tkde sewa..pasal tu buat dlm sawit. elokler..
FMKiller replied at 30-6-2015 09:59 AM
Kat perlis dah lama ada. Tapi dekat pokok getah laa, bukan kelapa sawit..
ADVERTISEMENT