CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2015 Trending Lihat artikel

Projek Kucing Gelandangan Ramadan

6-7-2015 01:36 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 7528| Komen: 37

Description: Jika Ramadan sering sinonim dengan amal jariah terhadap golongan kurang berkemampuan seperti anak yatim, warga emas dan sebagainya, namun ia disambut berbeza dengan wanita ini.
Oleh Adib Za

Jika Ramadan sering sinonim dengan amal jariah terhadap golongan kurang berkemampuan seperti anak yatim, warga emas dan sebagainya, namun ia disambut berbeza dengan wanita ini.


Zeti Norin Omar, 32 menganggap bulan Ramadan sebagai platform untuk menyebarkan programnya khusus untuk membantu kucing jalanan atau gelandangan kepada masyarakat di sekitar Pulau Pinang. 

Memetik laporan Bernama, program yang dinamakan sebagai #ProjekKucingGelandangan mengajak orang ramai untuk menjadi 'feeder' atau penyumbang makanan kepada kucing yang tidak bertuan ini. Menjadi seorang pencinta haiwan merupakan titik permulaan wanita ini menwujudkan program berbentuk kemanusiaan ini, dia juga mensasarkan tempat seperti medan selera yang lazimnya memiliki jumlah kucing jalanan yang ramai. 

"Kalau bukan bulan puasa ramai orang memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar ni. Tapi pada bulan puasa kita tahu di waktu siang tak ada yang berniaga, tak ada orang yang nak bagi makanan. Jadi, kita galakkan orang ramai taja satu beg makanan RM50 di mana saya akan mengedarkan kepada 'feeder'.

"Kami ada beberapa 'feeder' yang dah melakukan aktiviti ini sepanjang tahun. Untuk bulan puasa ini saya ada rekrut 'feeder' baharu, saya ajar mereka macam mana nak beri makan kucing-kucing ini," katanya menerusi agensi berita Bernama.


Zeti berkata sehingga kini seramai tujuh 'feeder' menyertai program itu di beberapa kawasan tumpuan iaitu di Bayan Baru, Relau, Balik Pulau, Batu Maung, Air Itam dan Jelutong.

(Sumber foto: Bernama)


Semoga semakin ramai yang terbuka mata dan hati untuk menjadi penyumbang makanan kepada kucing jalanan ini. Seharusnya haiwan ini disayangi dan bukannya disepak terajang yang lazimnya berlaku pada kucing jalanan yang lain. Semoga ramadan ini mampu melembutkan hati ramai orang. - CARI Infonet
14

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote delsmomm 5-7-2015 05:02 PM
bestnye..
byk kucen dia dpt tolong.....

Quote rayray28 5-7-2015 05:44 PM
Sy cdg dia spent sket duit tu utk kasikan kucin betina kawasan tu..supaya boleh kontrol populasi..
Quote FOTHER-MUCKER 5-7-2015 05:51 PM
Kalau dah habis Ramadhan?
Quote FanTasyCreaTioN 5-7-2015 05:57 PM
niat dan perbuatan sangat baik
tapi harap
lepas bagi makan tu
bersih kan balik kawasan tu

dan setuju dengan @rayray28
Sy cdg dia spent sket duit tu utk kasikan kucin betina kawasan tu..supaya boleh kontrol populasi..





Quote JohnDeSouza 5-7-2015 06:39 PM
Setuju! Baik kasikan kucing betina
Quote MissNigga 5-7-2015 06:51 PM
kan lebey baguih kalo dia rebus dulu ikan tue ...
bagi ikan mentah kat kucing .... takut nanti cacing membiak dalam pewot kucing tue
Quote ipes2 5-7-2015 08:20 PM
sangat mulia.
cuma kena lah ada project utk spay dan neuter kucing kucing ni. sebab nya dalam jangka masa umur kucing betina ia boleh give birth t close to 100 kittens.
banyak Negara yang beri khidmat ini secara percuma
Quote lyricko 5-7-2015 08:20 PM
Tu la pasal..org rebus dlu ikan tu...xelok bg mkn y mentah...kucing pon cm mnusia gk...
Quote abangbeca 5-7-2015 08:36 PM
Kucing makan ikan mentah biasa akan muntah... Nak wat amal pun jgn sampai menyusahkan org lain... Kita datang tabur2 jer makanan ntah apa2 konon nak beramal tapi org  yg dok kat situ yg terpaksa bersihkan muntah kucing or sisa2 ikan busuk yg bersepah yg kita tinggalkan..
Quote MeghanK 5-7-2015 08:48 PM
rayray28 replied at 5-7-2015 05:44 PM
Sy cdg dia spent sket duit tu utk kasikan kucin betina kawasan tu..supaya boleh kontrol populasi..

setuju dgn cdgn u..kebanyakan owner kucing takut/tak mahu nak neuter kucing sbb kesian nanti tak boleh nak mengawan tapi bila dah dapat baby kucing banyak2, dorang pergi buang pulak kat pasar
Quote MeghanK 5-7-2015 08:50 PM
abangbeca replied at 5-7-2015 08:36 PM
Kucing makan ikan mentah biasa akan muntah... Nak wat amal pun jgn sampai menyusahkan org lain... Ki ...

yeke arwah kucing ayah saya biasa makan ikan mentah jugak..ok je mungkin lain kucing lain peel kot
Quote timahterung 5-7-2015 10:24 PM
Memang betul cakap feeder  Surena tu, ada setengah orang sepak kucing macam takde akal.. ntah apa dalam kepala otak tu sampai bertindak macam tu..dasar goblok.
Quote sekngucing 6-7-2015 12:50 AM
32 tahun???
Quote axl_bach 6-7-2015 01:01 AM

7 kilogram??

Quote sekngucing 6-7-2015 01:10 AM

apa yang 7 kilogram??

Quote naswakaya 6-7-2015 07:09 AM
istri sya bela hmpir 40 ekor kucing..dia minat dn kesihan kt kucing
dlm kereta mesti ada mknan kucing..utk dberi pd kucing2 yg dia jumpa d tepi jln..restoran dll
Quote mbaksusi 6-7-2015 03:51 PM
mmg bgs lah pompuan ni....bkn semua org sanggup spent kan...tahniahh
Quote babak 6-7-2015 03:59 PM
Kucing x bleh di beri makan ikan mentah, lama kelamaan dia sakit...ikan tu kena rebus dulu untuk matikan cacing.
Quote gaara_X 6-7-2015 04:04 PM
kipidek.......kemah boss

Lihat semua komen(37)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.080296 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top