View: 5319|Reply: 37
|
[Tempatan]
Projek kucing gelandangan sepanjang Ramadan
[Copy link]
|
|
Projek kucing gelandangan sepanjang Ramadan
5 Julai 2015
![](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.407845.1436080026%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg)
Pencinta haiwan Zeti Norin Omar, 32, menyediakan ikan mentah ketika memberi makanan kepada kucing jalanan di Kompleks Sri Aman, Relau. 
 ada bulan Ramadan ini. - Foto Bernama
GEORGETOWN - Menjadikan bulan Ramadan sebagai platform untuk menggalakkan masyarakat melakukan amal jariah, seorang pencinta haiwan mengorak langkah dengan menganjurkan program #ProjekKucingGelandangan bertujuan memberi makanan kepada kucing jalanan.
Sudah menjadi kelaziman golongan anak yatim, warga emas dan gelandangan menerima bantuan daripada orang perseorangan, badan-badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan sepanjang bulan Ramadan ini, tetapi bagi haiwan ia sesuatu yang kurang diberi perhatian.
Namun, berlainan pula bagi Zeti Norin Omar, 32, yang mengambil pendekatan berbeza dengan memberi makanan kepada kucing jalanan atau kucing gelandangan di negeri ini pada bulan yang mulia ini menerusi program itu.
Walaupun sebelum ini beliau sangat aktif dengan aktiviti sedemikian, Zeti Norin menggunakan bulan Ramadan ini untuk mengilhamkan projek itu bagi mengumpul lebih ramai 'feeder' atau penyumbang makanan untuk turut serta.
"#ProjekKucingGelandangan ini memang saya buat bermula 1 Ramadan lepas untuk menggalakkan orang ramai membantu para 'feeder' menyediakan makanan terutamanya makanan kering. Kami sasarkan tempat-tempat seperti astaka makanan dan medan selera.
"Kalau bukan bulan puasa ramai orang memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar ni. Tapi pada bulan puasa kita tahu di waktu siang tak ada yang berniaga, tak ada orang yang nak bagi makanan. Jadi, kita galakkan orang ramai taja satu beg makanan RM50 di mana saya akan mengedarkan kepada 'feeder'.
"Kami ada beberapa 'feeder' yang dah melakukan aktiviti ini sepanjang tahun. Untuk bulan puasa ini saya ada rekrut 'feeder' baharu, saya ajar mereka macam mana nak beri makan kucing-kucing ini," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata setakat ini pihaknya berjaya mengumpul 15 bungkus makanan kucing dengan setiap bungkusan seberat tujuh kilogram yang diperoleh hasil sumbangan orang perseorangan dan wang sendiri.
Katanya sehingga kini seramai tujuh 'feeder' menyertai program itu di beberapa kawasan tumpuan iaitu di Bayan Baru, Relau, Balik Pulau, Batu Maung, Air Itam dan Jelutong.
Setiap 'feeder' perlu memberi makanan kepada kucing sekurang-kurangnya dua kali sehari pada sebelah pagi dan malam, kata Zeti Norin.
"Kami akan cuba dapatkan penaja sebanyak mungkin dan kami akan buat 'bank makanan'...'bank makanan kucing terbiar'. Kalau ada penaja baharu dan baki makanan yang dikumpul, saya akan terus bagi makanan (kepada kucing) sepanjang tahun atau sampai tahun depan," katanya.
Zeti Norin berkata orang awam yang berminat untuk menjadi 'feeder' atau memberi sumbangan boleh melayari laman Facebook Zetty Petzilla Cat KuchentaCattery untuk maklumat lanjut.
Sementara itu, seorang 'feeder' Surena Md Daud, 43, berkata beliau sudah lali dengan gelaran 'mak kucing', 'gila kucing' dan 'meow meow' yang diberikan oleh masyarakat setempat berikutan minatnya terhadap kucing.
Ibu kepada seorang anak lelaki berusia 14 tahun itu berkata beliau mula menjadi 'feeder' sejak 10 tahun lepas dan setiap hari beliau menyediakan dua hingga tiga kilogram ikan mentah untuk diberi kepada kucing jalanan di Kompleks Sri Aman, Relau dekat sini.
"Kena marah hampir bertumbuk tu biasa. Ada yang tendang kucing yang tengah makan, saya tegurlah dan dia cakap kasar hampir bertumbuklah. Saya pun tak mahu benda ni berpanjangan sebab saya takut bila saya tak ada mereka ambil kesempatan bunuh kucing-kucing ini," katanya.
Surena berkata beliau memperuntukkan RM500 setiap bulan untuk membeli ikan mentah dan whiskas. -Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnye..
byk kucen dia dpt tolong.....
![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sy cdg dia spent sket duit tu utk kasikan kucin betina kawasan tu..supaya boleh kontrol populasi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah habis Ramadhan? |
|
|
|
|
|
|
|
niat dan perbuatan sangat baik
tapi harap
lepas bagi makan tu
bersih kan balik kawasan tu
dan setuju dengan @rayray28
Sy cdg dia spent sket duit tu utk kasikan kucin betina kawasan tu..supaya boleh kontrol populasi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju! Baik kasikan kucing betina |
|
|
|
|
|
|
|
kan lebey baguih kalo dia rebus dulu ikan tue ...
bagi ikan mentah kat kucing .... takut nanti cacing membiak dalam pewot kucing tue |
|
|
|
|
|
|
|
sangat mulia.
cuma kena lah ada project utk spay dan neuter kucing kucing ni. sebab nya dalam jangka masa umur kucing betina ia boleh give birth t close to 100 kittens.
banyak Negara yang beri khidmat ini secara percuma |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la pasal..org rebus dlu ikan tu...xelok bg mkn y mentah...kucing pon cm mnusia gk... |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing makan ikan mentah biasa akan muntah... Nak wat amal pun jgn sampai menyusahkan org lain... Kita datang tabur2 jer makanan ntah apa2 konon nak beramal tapi org yg dok kat situ yg terpaksa bersihkan muntah kucing or sisa2 ikan busuk yg bersepah yg kita tinggalkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
rayray28 replied at 5-7-2015 05:44 PM
Sy cdg dia spent sket duit tu utk kasikan kucin betina kawasan tu..supaya boleh kontrol populasi..
setuju dgn cdgn u..kebanyakan owner kucing takut/tak mahu nak neuter kucing sbb kesian nanti tak boleh nak mengawan tapi bila dah dapat baby kucing banyak2, dorang pergi buang pulak kat pasar ![](static/image/smiley/default/3doh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Memang betul cakap feeder Surena tu, ada setengah orang sepak kucing macam takde akal.. ntah apa dalam kepala otak tu sampai bertindak macam tu..dasar goblok. |
|
|
|
|
|
|
|
istri sya bela hmpir 40 ekor kucing..dia minat dn kesihan kt kucing
dlm kereta mesti ada mknan kucing..utk dberi pd kucing2 yg dia jumpa d tepi jln..restoran dll
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg bgs lah pompuan ni....bkn semua org sanggup spent kan...tahniahh |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing x bleh di beri makan ikan mentah, lama kelamaan dia sakit...ikan tu kena rebus dulu untuk matikan cacing. |
|
|
|
|
|
|
| |
|