Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’ bagi mengambarkan tentang rezeki dan tuah masing-masing yang berbeza.
Walaupun dilihat sebagai pekerjaan berkelas rendah, tidak bekerja dalam pejabat, tidak menghadap komputer, pemandu lori merupakan salah satu pekerjaan yang menawarkan upah atau gaji yang tinggi. Satu klip video tular dari akauan TikTok @Madrizz_Official yang menjawab soalan dari pengikutnya yang ingin tahu berkenaan gaji yang diperolehi. Jelas pemilik akaun tersebut, gaji kasar pemandu lori sepertinya boleh mencecah sehingga RM8,000 sebulan.
“Gaji kasar boleh cecah sehingga RM8,800 sebulan, selepas ditolak EPF (KWSP), pinjaman dan komitmen bulanan, gaji yang diperolehi saya sebulan adalah RM6,215,” jelasnya. Rata-rata orang ramai turut meninggalkan komen dan ada menyatakan gaji pemandu lori sebenarnya lebih tinggi dan ada yang mencecah belasan ribu ringgit. Sumber: K! ONLINE |
Skuau replied at 13-1-2022 05:23 PM
Trisna???
jas7512 replied at 13-1-2022 05:00 PM
But ikut komisyen atau trip kan...gaji pokok biasa rendah sj utk syarikat logistik tapi klu rajin mm ...
sarahmirza replied at 13-1-2022 05:28 PM
Korang baru tau ke?
Dari zaman i study u dah tau gaji drebar lori besar2 ye, bukan lori tanah tu m ...
merrissa replied at 13-1-2022 05:46 PM
dah kejar commission tu ada smpai mendadih tu...lepas tu langgar bunuh org...then mengaku tak bersa ...
noor2 replied at 13-1-2022 05:25 PM
Bukan....adala sekor...perangai meriak gaji mcm trisna la jugak..
ADVERTISEMENT