CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Terkurung 4 Hari Di Rumah 'Blind Date' Lepas Tiba-tiba Lockdown

13-1-2022 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1620| Komen: 8

Description: Seorang wanita di China terkurung empat hari bersama jejaka yang baru dikenalinya apabila dia terkandas di rumah lelaki berkenaan disebabkan pelaksanaan perintah berkurung Covid-19, lapor Badan Penyia ...
Seorang wanita di China terkurung empat hari bersama jejaka yang baru dikenalinya apabila dia terkandas di rumah lelaki berkenaan disebabkan pelaksanaan perintah berkurung Covid-19, lapor Badan Penyiaran Britain semalam.


Wanita dikenali sebagai Wang itu memuat naik hantaran di WeChat pada minggu lepas dengan memberitahu bahawa dia terkandas di rumah lelaki yang dikenalinya menerusi janji temu janji buta (blind date).


Kredit foto: BBC

Berdasarkan hantarannya, dia baru pulang ke bandar Zhengzhou dari Guangzhou menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

“Disebabkan umur saya semakin meningkat, ibu bapa menetapkan 10 sesi temu janji untuk saya bersama lelaki berlainan.


“Lelaki kelima itu mendakwa bahawa dia amat bagus dalam memasak, jadi, dia menjemput saya pergi ke rumahnya untuk merasai masakannya,” kata Wang.

Bagaimanapun, ketika menikmati makanan di rumah lelaki itu, kawasan tersebut tiba-tiba berada dalam pelaksanaan perintah berkurung akibat kenaikan mendadak kes Covid-19.



Kredit foto: BBC

Situasi tersebut menyebabkan Wang terkandas di rumah lelaki itu selama empat hari.

Sementara itu, meskipun menyifatkan keadaan tersebut sebagai bukan sesuatu yang ideal, Wang mengakui bahawa lelaki berkenaan memasak setiap hari ketika mereka terkandas bersama-sama.

“Dia bagaimanapun tidak banyak bercakap,” kata Wang.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 13-1-2022 09:35 PM
Hat ni memang ciri para qoum hawa suka lah ni. Pandai masak lepaih tu tak banyak bunyi. Buat ja pa bala benda hat depa suruh
Quote ninja9 13-1-2022 09:42 PM
BartholomewKuma replied at 13-1-2022 09:35 PM
Hat ni memang ciri para qoum hawa suka lah ni. Pandai masak lepaih tu tak banyak bunyi. Buat ja pa b ...

lelaki mcm tu diambik kesempatan kebaikannya maka besar kemungkinan akan mencari skandal..
Quote shamsadis 13-1-2022 09:43 PM
lebarnya dahi ko dik
Quote BartholomewKuma 13-1-2022 09:46 PM
ninja9 replied at 13-1-2022 09:42 PM
lelaki mcm tu diambik kesempatan kebaikannya maka besar kemungkinan akan mencari skandal..

Hat nak cari skandal sat gi tu laki pa pompuan? Mahap la na hang punya maksud tak sampai kat otak aku ni ha. Seloo pulak aku mlm ni. Jadi hat kemungkinan pi cari skandal esok lusa ni hat pompuan ka laki?
Quote BartholomewKuma 13-1-2022 09:47 PM
shamsadis replied at 13-1-2022 09:43 PM
lebarnya dahi ko dik

Tu tanda bijak la kot no?
Quote ninja9 13-1-2022 09:50 PM
BartholomewKuma replied at 13-1-2022 09:46 PM
Hat nak cari skandal sat gi tu laki pa pompuan? Mahap la na hang punya maksud tak sampai kat otak  ...

laki lah yg cari.. dah kurang kebahagian bila diperlakukan hampir spt kuli...... ah gurau2...

Quote maydanoz 13-1-2022 09:54 PM
BartholomewKuma replied at 13-1-2022 09:35 PM
Hat ni memang ciri para qoum hawa suka lah ni. Pandai masak lepaih tu tak banyak bunyi. Buat ja pa b ...

gelak aku baca ..ada benernye
Quote Redmyvi 14-1-2022 07:47 AM
Mungkinkah itu dinamakan jodoh.. elok terkandas kt rumah org pandai masak

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.157212 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top