CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bukan Saya Pilih, Jangan Kaitkan Saya Dengan Azam Baki" - Muhyiddin

11-1-2022 01:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2390| Komen: 8

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelantikan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat mengikut peraturan ditetapkan.


Katanya, bukan beliau yang memilih Azam untuk memegang jawatan itu dan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) melakukan pelantikan itu.


Kredit foto: Bernama

“Proses lantikan tidak begitu begitu mudah, harus melalui satu proses dan diperakui oleh jawatankuasa di mana KSN yang mengemukakan cadangan nama (Azam Baki).

“Bukan saya yang pilih, tapi dicadangkan jadi saya fikir proses itu (pelantikan Azam Baki) tidak salah dan teratur, jangan kaitkan saya dengan kes ini,” katanya dalam sidang media Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN), sebentar tadi.



Kredit foto: IG Muhyiddin

Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM semasa Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 11-1-2022 05:58 AM
Ini semua salah kerajaan abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra. Kita tidak pernah lagi mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra sepertimana abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra itu.

Bersyukurlah kita semua kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra yang telah mengilhamkan Pelan Pemulihan Negara bagi membolehkan negara kita mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu. Marilah kita berganding bahu bersama-sama together-gether saling bantu-membantu antara satu sama lain bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang telah diilhamkan oleh abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra agar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu dapat dicapai di bawah pemerintahan kerajaan abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra ini.

(217 patah perkataan sahaja)
Quote kitmal 11-1-2022 07:11 AM
sapa yang sokong..............atau saya sebagai ketua tak tahu apa apa
Quote Simunggu 11-1-2022 08:18 AM
Rindu zaman BN/UMNO...
Quote MissYouSayang 11-1-2022 08:32 AM
Adik yidin kot yg pilih
Quote nikaido 11-1-2022 09:05 AM
Haha walhal Azam sendiri petik nama abahcow
Quote Minami2013 11-1-2022 09:08 AM
nikaido replied at 11-1-2022 01:05 AM
Haha walhal Azam sendiri petik nama abahcow

Kantoi

Special appreciation dlm speech kot.
Quote Solokkk 11-1-2022 09:23 AM
Dah bosan yg amat dgn kata2 murahan politician2
Quote glump 11-1-2022 09:26 AM
Banyak lagi benda yg abah buat Tak kantoi lagi..cepat2 lah kantoi.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.104529 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top