CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dapat Sebidang Tanah, Remaja Kahwin Duda Kaya Separuh Usia Sebab Harta?

11-1-2022 12:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2407| Komen: 18

Description: Kisah pernikahan duda kaya separuh usia dengan seorang remaja berusia 18 tahun di Kota Makassar menjadi tular selepas wanita itu dikatakan menerima wang hantaran sebanyak 100 juta rupiah (RM29,403), l ...
Kisah pernikahan duda kaya separuh usia dengan seorang remaja berusia 18 tahun di Kota Makassar menjadi tular selepas wanita itu dikatakan menerima wang hantaran sebanyak 100 juta rupiah (RM29,403), lapor laman berita Timur Kota semalam.


Tidak cukup dengan itu, ahli perniagaan dikenali sebagai H Sule itu dikatakan turut menyerahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Fortuner dan sebuah rumah kepada isterinya.


Kredit foto: timurkota

Seorang ahli keluarga gadis itu bagaimanapun tampil menjelaskan hal sebenar dengan memberitahu bahawa nilai hantaran yang diterima itu adalah benar, namun tidak bagi kenderaan SUV tersebut dan rumah.


Menurutnya, pengantin perempuan menerima wang hantaran sebanyak 70 juta rupiah (RM20,582), manakala selebihnya sebanyak 30 juta rupiah (RM8,821) terdiri daripada sebidang tanah.

“Saya sendiri mendengar ketika akad nikah diadakan. Tiada kereta atau rumah yang diberikan sebagai hantaran,” katanya.

Tambah individu tersebut, pernikahan itu juga berlangsung secara sederhana, namun ia menjadi tular kerana nilai hantaran tersebut telah diperbesarkan oleh netizen.


Kredit foto: timurkota

“Majlisnya juga biasa sahaja. Mungkin kerana pengantin lelaki dikenali ramai dan isterinya masih remaja, jadi ramai yang tersalah sangka mengenai pernikahan ini,” jelasnya.

Berita mengenai perkahwinan tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Daripada hantaran ini saya sedar bahawa wang adalah segalanya. Semoga ‘datuk’ bahagia selalu,” kata seorang netizen.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 11-1-2022 12:59 AM
mcm tulah....
Quote nurul_akmar 11-1-2022 09:42 AM
Baguslah.. alang2 nk kawen dgn org yg beza sgt jarak umur, biarlah berbaloi.. walaupun kat msia setakat 20-30k, tp di indonesia, besar nilai dia..
Quote chinta89 11-1-2022 10:14 AM
biarlah, muda2 dpt rezeki org kaya, maintain kecantikan sampai bila2. duit ada kan, hehe
Quote e_elida 11-1-2022 10:39 AM
lah..kalau kat area sulawesi tu..lagi2 yang bugis..siap2 lah dengan tangga hantaran tue..
Quote manehnya 11-1-2022 10:55 AM
dapat tanah, pisang elok dak
Quote Artemesiaa 11-1-2022 02:09 PM
Baguslah fikir masa depan bukan masa sekarang je
Quote CiliPadiSedap 13-1-2022 12:00 PM
bibik friska tersenyum sinis
Quote nakkomenjugak 15-1-2022 01:17 PM
Yasssss snatch that money bag sissss
Quote sarahmirza 15-1-2022 01:40 PM
Edited by sarahmirza at 15-1-2022 01:41 PM

Nun thread sana ramai yg mengutuk.
Sampai ada yg mcm tak tidur malam fikir masalah dalam kain pengantin...
Mampu ke?  Zalim ke?  Blah3x...

Thread sini lain pula komennya..
I macam biasa,  suka hati ko la nak kahwin...
Janji bahagia sudah.

Quote bungarose 15-1-2022 02:18 PM
Ok letteww
Win win situation
Quote hyie 15-1-2022 02:31 PM
sibuk pulak ye nak tau orang tu boleh beromen ke tidak tau lah dia nanti, takkan semua benda netizen nak sibuk bagi tunjuk ajar yihhhh
Quote krustykrab 15-1-2022 09:06 PM
Alah..serupa ctlijah, zizikbung, ragad bersama2 atuk masing2
Quote gideoncross 15-1-2022 10:04 PM
krustykrab replied at 15-1-2022 09:06 PM
Alah..serupa ctlijah, zizikbung, ragad bersama2 atuk masing2

Zizikbung tu yg x mnahan iol nak trgelak hahahaha lollll.
Quote gideoncross 15-1-2022 10:05 PM
hyie replied at 15-1-2022 02:31 PM
sibuk pulak ye nak tau orang tu boleh beromen ke tidak  tau lah dia nanti, takkan semua be ...

Ummah Mulayu Meleis mmg suka tang ni hahahaha.
Quote gideoncross 15-1-2022 10:06 PM
nakkomenjugak replied at 15-1-2022 01:17 PM
Yasssss snatch that money bag sissss

Secure that money bagggg.
Quote nakkomenjugak 15-1-2022 10:12 PM
gideoncross replied at 15-1-2022 10:06 PM
Secure that money bagggg.

khenzzzz
tak yah susah2 keje
macam kawan iol tu haaa
dapat tarik duda kaya
dari tomboy time sekolah terus meletzzz bak cinderella
setiap siblings sheol dibagi modal bisnes
sheol la yang paling glow up lepas habis sekolah dalam batch iol
diangkat jadik vvip
member2 seangkatan masih marhaen
Quote cmf_jeangrey 15-1-2022 10:31 PM
Fair la tu...si tua dpt yg muda, cantik ranum...igt semua benda murah ke
Quote eyansss 17-1-2022 09:02 AM
nakkomenjugak replied at 15-1-2022 10:12 PM
khenzzzz
tak yah susah2 keje
macam kawan iol tu haaa

sama cam retis sejuk beku yang kawen sanding sorang2 tu...  dibaginya modal bisnes kat semua adik beradik n now memasing dah senang...  berbaloi la kawen ngan orang tua...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057186 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top