CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Malu Anak Masuk Sekolah Tahfiz, Joy Revfa Mula Pakai Sopan

11-1-2022 04:00 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3133| Komen: 15|Original author: LilRose

Description: "Sebelum ni pakai tudung selalu nampak rambut, kadang-kadang Arryan tegur saya, katanya rambut ibu terkeluar tu... jadi secara tak langsung saya pun kena lebih berhati-hati soal pemakaian."
Kredit foto: IG


"Sebelum ni pakai tudung selalu nampak rambut, kadang-kadang Arryan tegur saya, katanya rambut ibu terkeluar tu... jadi secara tak langsung saya pun kena lebih berhati-hati soal pemakaian."

Berikutan anak tunggalnya, Muhammad Arryan Firdaus menyambung pengajian ke sekolah agama, usahawan kosmetik Joy Revfa bukan sahaja semakin mendalami ilmu agama, malah dia turut berhati-hati dalam soal pemakaian.

Menerusi Instagram, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 35, berkongsi beberapa foto dia bersama anaknya yang memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah tahfiz di ibu negara.





"Alhamdulillah Arryan sudah masuk darjah dua tahun ini, dia sambung pengajian di sebuah sekolah agama... sejujurnya sebagai ibu rasa seronok sangat anak sambung belajar sekolah agama sebab memang banyak kebaikan dia masuk sekolah tahfiz itu.

"Saya pun mula memperbaiki diri antaranya mengenai pemilihan pemakaian yang lebih sopan dan menutup aurat, saya kena berubah untuk jadi contoh kepada Arryan... sekarang nak pakai pakaian ketat dan tudung singkat pun rasa malu," katanya kepada mStar.


Kredit foto: IG

Katanya, Arryan memang bercita-cita menjadi ustaz sejak kecil. Disebabkan cita-cita anaknya itu juga Joy menghantar Arryan ke tadika agama.

"Dia sejak kecil suka dengar orang mengaji dan buka YouTube bacaan zikir.

"Alhamdulillah sekarang Arryan dah mula menghafaz Al-Quran... dia juga ada ajar saya sebutan dalam Iqra.

"Yang bagusnya apabila anak masuk sekolah agama ini, bukan sahaja boleh mendidik anak-anak tetapi secara tak langsung didik jiwa ibu bapa juga," ujarnya.


Kredit foto: IG

Semoga Joy bertahan istiqamah dengan perubahan ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 11-1-2022 02:19 AM
Nasib baik anak tak tegur mummy stop la edit melampau. Edit skit2 je.

Quote dudaberhias 11-1-2022 03:04 AM
dia ni dari dulu memang pakai sopan la... cuma garit tu tetap la garit dan delusional...
siap sanggup buat fake fb nak tunjuk ada dato nak kat dia... hahahaha
Quote Tinot7 11-1-2022 03:28 AM
Sumer gambaq filter ka?
Quote miszclassique 11-1-2022 03:59 AM
Dia ni nasib baik la ada anak untuk teman dia... Kalau tidak mesti masih gila mcm dulu2 tu delusional sampai buat fb kekasih bayangan
Quote kiah_mai_pulak 11-1-2022 07:34 AM
retisssssssss ke minah ni???
Quote iluma 11-1-2022 08:59 AM
Edited by iluma at 11-1-2022 03:44 PM

teruk sgt gmbr dia filter kt ig
terus jadi Barbie
sekali kt IG org lain terus jadi KEPAM
Quote 3chanceno 11-1-2022 09:09 AM
Retis ke dia nie sampai ada benang di bodgos?
Quote selipar_hijau 11-1-2022 09:46 AM
cuba bubuh gambar2 biasa dia tanpa filter
Quote laksmanabentan 11-1-2022 11:41 AM
iluma replied at 11-1-2022 08:59 AM
teruk sgt gmbr dia filter kt if
terus jadi Barbie
sekali kt IG org lain terus jadi KEPAM

sekepam apa sheolllssss???
tak pernah tengok sheollsss tanpa filter... huduh bebenor ker???
Quote TeropongThaico 11-1-2022 11:44 AM
selipar_hijau replied at 11-1-2022 09:46 AM
cuba bubuh gambar2 biasa dia tanpa filter

Kan... Teringin gak nak tengok muka asli gitewww..
Quote TomyamPuteh 11-1-2022 11:45 AM
Comel anak dia
Quote ren14 11-1-2022 11:59 AM
pemakaian filter pon kena kurangkan jugak sis...
Quote auntyonion 11-1-2022 12:33 PM
Kat mana eh nak tgk muka sebenar dia..filter bertingkek2 [em:11:]
Quote nakkomenjugak 11-1-2022 02:36 PM
Haa acik joyyy
filter selagi boleh filter
nanti anak dah besar dah paham dunia
memang kena ceramah kooo hari2
haa nangisss ko kat di balik bucu katil nanti
Quote haruno_sakura 11-1-2022 02:51 PM
Alhamdulillah
btw encem gak anak dia ni hehe

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.069794 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top