CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Galak Mencuri Sambil Melancong Di Cameron Highlands

11-1-2022 12:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4254| Komen: 25

Description: Taktik membawa keluarga melancong sambil mencuri di pusat peranginan di Cameron Highlands terbongkar susulan penahanan tiga pasangan yang memecah masuk sebuah kenderaan mewah dan melarikan wang tunai ...
Taktik membawa keluarga melancong sambil mencuri di pusat peranginan di Cameron Highlands terbongkar susulan penahanan tiga pasangan yang memecah masuk sebuah kenderaan mewah dan melarikan wang tunai berjumlah RM260,000 Sabtu lalu.


Bagaimanapun, sepasang pasangan suami isteri yang juga rakan subahat berjaya meloloskan diri.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek dipercayai datang dari Sungai Petani, Kedah, menaiki tiga kenderaan berasingan dan menginap di sebuah pusat penginapan di sekitar Brinchang sejak Khamis lalu.

Katanya, polis menerima tujuh laporan berkaitan kejadian pecah cermin kenderaan dan kehilangan barang berharga di sekitar Cameron Highlands dalam tempoh tiga hari, bermula 6 hingga 8 Januari lalu.


Gambar hiasan


“Kejadian terbaharu pada pukul pukul 10.50 malam Sabtu lalu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dengan cermin belakang pemandu dipecahkan suspek selain turut melarikan wang tunai berjumlah RM260,000.

“Bertindak atas maklumat pada 8 Januari, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands berjaya menangkap tiga lelaki dan tiga perempuan di salah sebuah pusat penginapan di sekitar Brinchang pada pukul 11.40 malam,” katanya menurut laporan Kosmo.

Ramli berkata, ketika serbuan dilakukan, kesemua suspek bersama ahli keluarga mereka sedang bersiap untuk melarikan diri, namun berjaya ditahan di tempat letak kereta di mana mereka menginap.

“Bagaimanapun sepasang suami isteri bersama suspek utama berjaya melarikan diri,” katanya.
 
Beliau berkata, polis turut menemui wang tunai RM260,000 disorokkan dalam kawasan sampah di blok mereka menginap selain merampas perkakas untuk memecah kenderaan bersama satu anak kunci gari.


Kredit foto: FB PDRM

Katanya lagi, polis turut merampas empat peket plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 34.74 gram bersama satu peket plastik berisi ketulan mampat daun-daun kering disyaki ganja seberat 4.2 gram.

“Kita turut merampas pelbagai jenis barang kemas termasuk tiga keping emas, 10 buah telefon bimbit, beg sandang warna hitam mengandungi wang tunai berjumlah RM3,843 serta sebuah kereta jenis Perodua Myvi warna putih,” ujarnya.

Ramli berkata, kesemua yang ditahan disiasat mengikut beberapa akta antaranya Seksyen 379 Kanun Keseksaan. iaitu mencuri yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda.

“Siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan memiliki dadah.

Katanya, suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 12 Januari bagi tujuan siasatan manakala usaha untuk mengesan dan menangkap rakan sejenayah yang masih bebas sedang giat dijalankan. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 11-1-2022 12:55 AM
Waahh mmg keluarga penyamun.

Vellfire tu byk nye bwk duit cash. Geng plastic hitam ala2 daten A tu ke
Quote hungryhenry 11-1-2022 12:56 AM
Persoalan:
Apesal bawak cash ratus2 ribu dlm kete?
Quote hareeeesah 11-1-2022 01:20 AM
Mcm tau je velfire tu ada cash? Kantoi terus velfire pun ada kes tetiba bwk cash byk sgt.. sape maki sape la nanti tu
Quote cmf_premierleag 11-1-2022 01:50 AM
duit cash smpi 260K bawak cenggitu je?
sah la duit panas tu
so sbb tu Tuhan bayar cash terus incl perompk.last2 ke dalam lokap
cash cash cash
Quote sharlenetexas 11-1-2022 02:13 AM
cmf_premierleag replied at 11-1-2022 01:50 AM
duit cash smpi 260K bawak cenggitu je?
sah la duit panas tu
so sbb tu Tuhan bayar cash terus incl pe ...

Semua kena cash.

Quote venom1 11-1-2022 07:33 AM
nak berjudi tak ada kasino kat Cameron Highlands..fikir positif mungkin nak beli tanah atau apartment kat situ
Quote syamzana 11-1-2022 07:49 AM
venom1 replied at 11-1-2022 07:33 AM
nak berjudi tak ada kasino kat Cameron Highlands..fikir positif mungkin nak beli tanah atau apartmen ...

dasat urusniaga pakai cash ratus2 ribu
Quote noell 11-1-2022 08:23 AM
hungryhenry replied at 11-1-2022 12:56 AM
Persoalan:
Apesal bawak cash ratus2 ribu dlm kete?

esok2 kena soalsiasat kabo jer tuh keta adik bg pinjam tataw ada byk cash dlm keta
Quote Thunderclouds 11-1-2022 08:46 AM
Brani yach bwk cash byk2..pakej tggal lam keta lg
Quote KamikuP 11-1-2022 09:28 AM
Keluarga Malaysia = Keluarga Penyamun Tarbus
Quote Decaffeinated 11-1-2022 09:33 AM
Sekali baca cekap nya polis Cameron Highlands. Fikir balik... tah lah
Quote supernaturalee 11-1-2022 09:47 AM
KamikuP replied at 11-1-2022 09:28 AM
Keluarga Malaysia = Keluarga Penyamun Tarbus





[youtube]1_PYJ-vFSOE[/youtube]
Quote chinta89 11-1-2022 10:19 AM
Decaffeinated replied at 11-1-2022 09:33 AM
Sekali baca cekap nya polis Cameron Highlands. Fikir balik... tah lah

itulah, x sempat nk melarikan diri dah kena cekup.

btw, tertarik dgn cash2 yg super banyak. diorg npae bawak cash byk sgt...... somethng btl.
Quote misc 11-1-2022 10:31 AM
Kedah panaih lit lit baq hang jom pi merompak tempat sejuk pulak.
Quote nononcrux 11-1-2022 10:57 AM
cmf_premierleag replied at 11-1-2022 01:50 AM
duit cash smpi 260K bawak cenggitu je?
sah la duit panas tu
so sbb tu Tuhan bayar cash terus incl pe ...

atau mungkin suspek dah aim vellfire tu dulu..
Quote Nenolen 11-1-2022 11:27 AM
mcm tak percaya ja ada keluarga penyamum mcm dlm pilem...medoniaaa org SP...
Quote keane.somewhere 11-1-2022 11:52 AM
Takut nak bercuti kawasan penyamun.

Meols suka backpack dengan hubby je....masuk hutan
Quote Decaffeinated 11-1-2022 04:57 PM
chinta89 replied at 11-1-2022 10:19 AM
itulah, x sempat nk melarikan diri dah kena cekup.

btw, tertarik dgn cash2 yg super banyak. diorg ...

aku speku mangsa juga yang bagi lead


Quote noell 11-1-2022 04:59 PM
keane.somewhere replied at 11-1-2022 11:52 AM
Takut nak bercuti kawasan penyamun.

Meols suka backpack dengan hubby je....masuk hutan

aisey hg dh jumoa ka laki hang bugisdoom??jumpa kat tanah kuboq ka camna??penggali kuboq ropanya laki hg sure @Kurex jeles neh

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060535 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top