CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hari Raya 2015 Trending Lihat artikel

Iklan Raya Paling Sedih 2015

1-7-2015 05:21 PM| Diterbitkan: CMFreporter3| Dilihat: 15829| Komen: 102

Oleh : Izah Zaty



Padah dadah, Herman hanya mampu memohon maaf kepada ayah dengan hanya berkerusi roda dan tanpa suara. Iklan video ini betul-betul menyentuh perasaan, menitis juga air mata walaupun cuba menahannya. Jika kita di tempatnya, sekuat manapun belum tentu sehebat Herman. Herman mungkin dulunya bukanlah seorang lelaki kurang upaya, tetapi pembabitan diri dalam sarang dadah telah mematikan dirinya sendiri. Dia bukan sahaja cacat kekal, malahan sukar untuk bergerak dengan normal. Bukan dia minta untuk jadi sedemikian, bukan juga perlu menyalahkan takdir namun begitulah jika tersalah langkah menyentuh najis dadah ini. 


Ayah mana boleh menerima anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang yang akhirnya ke pusat pemulihan dadah. Sudah pasti luluh hati, kecewa dan marah itulah sifat seorang ayah jika mendapat tahu. Sayunya hati apabila melihat anak orang lain membesar dengan sempurna tetapi anak kita meringkuk derita dalam pusat pemulihan. Apatah lagi ketika di bulan puasa dan semasa Hari Raya Aidilfitri. Mampukah kita jika Allah memberi ujian yang sama seperti Herman? Muhasabah diri dan cuba memandang ke bawah.



Semenjak pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad, jarang sekali kita dapat melihat Iklan Aidilfitri yang betul-betul menusuk jiwa tetapi bagi iklan video ini yang berjudul “Herman Tiada Noktah Untuk Kemaafan” ia betul-betul mengubah perasaan kita. Saban tahun, kita asyik mendengar kisah dadah ini. Realitinya ia sangat klise. Tetapi cuba kita fikir, dimana silapnya sehinggakan kes ini tidak mampu selesai sehingga kini. 

Jom, sama-sama kita hayati iklan video ini. Mudah-mudahan ia melemahkan keegoan kita sebagai anak dan seterusnya menghargai pengorbanan seorang ayah. - CARI Infonet


20

Bagus
20

Marah
13

Terkejut
18

Sedih
19

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idadzira 1-7-2015 11:57 AM
sedih la juga
Quote lindarafee 1-7-2015 11:57 AM
meleleh air mate. batal pose plak kang.
Quote Simunggu 1-7-2015 11:57 AM
xada rasa apa apa...
Quote lurve82 1-7-2015 12:01 PM
sakit kepala nak tahan dari hujan
Quote purplegreen 1-7-2015 12:01 PM
Sedihnye...
Menitik air mata tgk kat opis ni haa..
Quote pittjie 1-7-2015 12:02 PM
tengok iklan ni semalam. anak buah aku duduk depan aku. pastu dia toleh kat aku kata "ee mami menangissss!". padahal mata dia yang dah merah2. aku usik la dia balik. udah masing2 tak ngaku menangis padahal masing2 mata dah merah.
Quote Modngengade 1-7-2015 12:03 PM
mcm mana herman tino boleh terjebak dgn najis dadah uoulsss?
Quote nuyunnisa 1-7-2015 12:06 PM
Dah tengok ad ni kt tv smlm...ade rasa sebak jgk la...esp part yg bapak d ckp ' mmg la ayah maafkan ko nak'....sedih part nih..
Quote orglama 1-7-2015 12:09 PM
Modngengade replied at 1-7-2015 12:03 PM
mcm mana herman tino boleh terjebak dgn najis dadah uoulsss?

herman ni jantey bukan tino...
Quote Madel 1-7-2015 12:12 PM
Hari Raya kan hari utk bergembira..tapi kebanyakan  iklan raya semua nya sedih2 belaka
Tak suka betul laa..
Quote EJALTI 1-7-2015 12:14 PM
Iols suka iklan raya yg happy2....
Quote crankshaft 1-7-2015 12:14 PM
IKLAN RAYA tanpa element sedih bukan IKLAN RAYA namanya.......

Quote bellaa 1-7-2015 12:14 PM
ok. video nih berjaya buat bella nangis..

k bai
Quote revolusi_30 1-7-2015 12:15 PM
Bukan OKU kalau amek dadah tegar.  
Quote epis 1-7-2015 12:15 PM
meleleh air mata... dah la kat opis skg ni, huhu...
Quote revolusi_30 1-7-2015 12:15 PM
Lagi Sedeh iklan Google India ...
Quote hzln 1-7-2015 12:18 PM
revolusi_30 replied at 1-7-2015 12:15 PM
Lagi Sedeh iklan Google India ...

tepek lah sis
Quote Mizlyn 1-7-2015 12:19 PM
Tiada noktar utk kemaafan..

Sedih ok... sedih tang bapak dia...
Quote crankshaft 1-7-2015 12:19 PM
Edited by crankshaft at 1-7-2015 12:21 PM
bellaa replied at 1-7-2015 12:14 PM
ok. video nih berjaya buat bella nangis..

k bai

Nko pi bukak posa sudaaaahhhh....

Kah kah kah

Lihat semua komen(102)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.143743 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top