Iklan Raya Paling Sedih 2015: Kisah Benar Lelaki OKU Mohon Kemaafan Ayah
Semenjak pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad, jarang sekali kita dapat melihat iklan hari Raya yang betul-betul menusuk jiwa.
Namun, apa yang dipertontonkan oleh Iklan Aidilfitri berjudul “Herman Tiada Noktah Untuk Kemaafan” ini memang boleh buat air mata bergenang.
Kisah Benar ; Herman
Pada pemahaman kami, Herman ini mungkin dulunya bukanlah seorang lelaki kurang upaya, namun mungkin dek kerana pengambilan dadah, dia kini terpaksa mengharungi hidup berkerusi roda dan tanpa suara.
Namun, walaupun tanpa kata-kata yang mampu terluah, Herman tetap mahu berjumpa dan memohon kemaafan daripada ayahnya.
Korang tengoklah video ni dulu. Mampu tak nak tahan air mata tu daripada jatuh berlinangan. -- OH BULAN!
tengok iklan ni semalam. anak buah aku duduk depan aku. pastu dia toleh kat aku kata "ee mami menangissss!". padahal mata dia yang dah merah2. aku usik la dia balik. udah masing2 tak ngaku menangis padahal masing2 mata dah merah.