CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Hari Raya 2015 Trending Lihat artikel

Satu Keluarga Minta Sedekah di Utara

1-7-2015 05:03 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 9066| Komen: 59

Description: Sanggup 'bermusafir' dari Baling ke Pulau Pinang selama sebulan ini, mereka menggunakan sepenuhnya manfaat bulan Ramadan di mana ketika ini ramai di kalangan masyarakat yang ringan tulang untuk menghu ...
Oleh Adib Za

Bagi sesetengah individu atau keluarga, mereka menjadikan bulan Ramadan ini sebagai lubuk rezeki bagi mereka. Maklumlah, bulan berkat ini, rezeki dilihat semakin melimpah ruah. 


Namun, berbeza dengan cara melibatkan diri dalam perniagaan, bazar atau sebagainya, keluarga yang satu ini 'mengumpul' rezeki dengan cara meminta sedekah.

Sanggup 'bermusafir' dari Baling ke Pulau Pinang selama sebulan ini, mereka menggunakan sepenuhnya manfaat bulan Ramadan di mana ketika ini ramai di kalangan masyarakat yang ringan tulang untuk menghulurkan sedekah.

Memetik laporan Sinar Harian edisi utara, keluarga ini yang ditemui kelihatan zahirnya sempurna dan sihat tubuh badan.

Namun, mereka mengakui sumber pendapatan hasil berniaga kurang memberangsangkan sepanjang Ramadan.

(Sumber foto: Alislamiyah)


“Kami hanya ingin mendapatkan zakat saja. Lagipun memang kami layak, kalau tunggu saja di rumah mungkin kami akan makan nasi putih saja masa hari raya nanti.

“Lagipun tiada siapa yang marah, kami minta cara baik. Mana yang bagi kami ambil, kami tak paksa mereka bagi,” ujar Hasnah, ahli keluarga tersebut menerusi Sinar Harian.

Kesanggupan keluarga ini meraih simpati orang ramai demi kelangsungan hidup sebenarnya menimbulkan perasaan bercampur baur pada mereka yang mendengarnya.

Mereka berasa kasihan dan simpati, dalam masa yang sama sukar menerima insan yang cukup sifat dan sihat tubuh badan hanya meminta sedekah untuk meneruskan hidup.

Adakah tiada lagi cara lain untuk menampung kehidupan yang semakin mencabar ini?

Ternyata pendedahan ini membuka mata kita bagaimana sesetengah individu sanggup melakukan apa sahaja demi meneruskan kelangsungan hidup.

Apa pun, diharapkan agar keluarga ini mampu menjana lebih pendapatan daripada perniagaan mereka selepas ini agar tidak perlu lagi menagih simpati sebegini.

Sama-sama kita doakan.  -CARI Infonet
15

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
23

Sedih
15

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primemova 1-7-2015 08:19 AM
Org lain gigih cari rezeki jual kat bazar remdan... Yg makcik cari rezeki mintak sedekah di bulan remdan ...
Quote jengkoil 1-7-2015 08:20 AM
Harus kah diberi kapak pada kakak ini?
Quote bluehedgehog 1-7-2015 08:22 AM
tarak tangan dan kaki ke? malas punya keluarga
Quote scorpionkiki 1-7-2015 08:24 AM
Inilah budaya subsidi....masih menebal nooo
Quote harimau76 1-7-2015 08:28 AM
KALAU DAH BOLEH KUAR anak kecik tu, maknanya sihat la tubuh badan.. awat tak dok rumah amik upah mengasuh ker, berniaga kuih ker.. byk jer lagi keje lain leh buat.. belajar jahit ker..
Quote cegitu 1-7-2015 08:30 AM
baloq liat orang penang kata....
Quote GhostWalking 1-7-2015 08:30 AM
aku tak sabar nak tengok awani 745 malam ni pasal depa buat research sejam dok kat pasar ramadhan mintak sedekah boleh dapat berapa ringgit
Quote zameyla 1-7-2015 08:31 AM
kilang banyak area penang nie kak...daripada dating sebulan jer baik dayang kerja terus kat cni...nak raya pulun buat OT kaw...kaw...
Tiap2 bulan dapat income, bukan setakat bulan Ramadhan ja...
Quote Star_el 1-7-2015 08:33 AM
wah mencari rejeki di Pulau Pinang tu!
Quote sabar_sabariah 1-7-2015 08:34 AM
macam ni pon ada...
apa masalah dorang ni.
takleh hadam betul la perangai camni.
ceh!
Quote nurun04 1-7-2015 08:35 AM
Hasil BR1m ni..sume nk kena suap je..warga asing merantau jauh cari keje kat mlysia..memalukan je makcik ni..
Quote damian_lee 1-7-2015 08:41 AM
ceh ... geram tul ... ngan orang yang duk pasrah memanjang ....
Quote pearl.silver 1-7-2015 08:46 AM
nurun04 replied at 1-7-2015 08:35 AM
Hasil BR1m ni..sume nk kena suap je..warga asing merantau jauh cari keje kat mlysia..memalukan je ma ...

boleh bayangkan bangla buruh kontrak kat penang tu bg sedekah kat akak cukup sifat ni..

Quote pearl.silver 1-7-2015 08:47 AM
bulan romadon mengemis, 11 bulan lagi die buat apa nk dpt makan nasi ngn lauk?
Quote budakmanentah 1-7-2015 08:52 AM
tringat kat bangla yg mintak tlg aku kluarkan duit dia sebanyak 3k...mula2 aku xcaya, betul ke ade 3k?aku ckp aku nk check balance dulu. betul, balance ade 7k++. dia nk bwk kluar 3k utk hantar ke bangla

aku tnya cmna dpt duit byk. dia ckp "kirja ari2, bili jangan"

dia keje sapu sampah kat shopping compleks je...akakkkk, akak sihat tubuh badan...dah dtg penang ape salah keje sapu sampah kat shopping compleks
Quote leylapple 1-7-2015 09:11 AM
harimau76 replied at 1-7-2015 08:28 AM
KALAU DAH BOLEH KUAR anak kecik tu, maknanya sihat la tubuh badan.. awat tak dok rumah amik upah men ...
Namun, mereka mengakui sumber pendapatan hasil daripada berniaga tidak mencukupi sepanjang Ramadan.


maybe masak tak sedap. org tak berapa nak beli...last2 minta sedekah je noks...

orang kata, masakan tu mencerminkan keikhlasan hati nak buat keja..tak ikhlas jadi tak sedap...selain dari skill la
Quote Mary_jane 1-7-2015 09:14 AM
Keluar lah bekerja cik, dok rumah memang lah tak dapat apa. Hidup ni tak eloklah meminta-minta sedang acik sekeluarga ada kudrat untuk bekerja. Sedangkan orang asing berlumba-lumba datang malaysia nan makmur sebab nak cari kerja yang kita plak dok tercongok jadi beggar.
Quote wafeloren 1-7-2015 09:14 AM
harimau76 replied at 1-7-2015 08:28 AM
KALAU DAH BOLEH KUAR anak kecik tu, maknanya sihat la tubuh badan.. awat tak dok rumah amik upah men ...

xlumayan katenye..
Quote harimau76 1-7-2015 09:16 AM
leylapple replied at 1-7-2015 09:11 AM
maybe masak tak sedap. org tak berapa nak beli...last2 minta sedekah je noks...

orang kata, ...

dalam ertikata lain, nak duit cara senang la kan... tak mo susah..

Lihat semua komen(59)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.073238 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top